Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Wednesday, July 15, 2015

catatan 15 julai 2015

malaysia digemparkan dengan pelbagai berita dan skandal politik, anak bangsa dan pelbagai lagi.
lali dengan semua yang berlaku.. tidak tahu mau percaya yang mana satu.. jadi, aku memilih untuk hanya berdiam diri..

refleksi Ramadhan 2015

berpuasa jauh di dalam pengalaman ini banyak membuat aku bersyukur dan sedar antara keperluan dan kehendak.. sebulan bulan Ramadhan aku hanya sempat sekali ke bazar Ramadhan di bandar Miri.. itupun atas belas ihsan seorang cikgu sekolahku yang sudi bawa ku kesana kebetulan dia bawa anak dia ke klinik sebab sakit.. Alhamdulillah.. ada jugak rezeki bertemu bazar.. terbayang rupa bazar yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.. namun, apabila tiba aku disana, aku terdiam.. aku terkedu.. banyaknya pilihan hingga aku buntu untuk membeli yang mana.. bila ingin beli, aku berfikir 'kalau aku beli, nanti tak habis'.. alih2 aku beli seekor ayam bakar untuk stok berbuka 4 hari..yelah.. makan sorang je kan.. barulah aku sedar, syukurnya aku berada di pedalaman. Alhamdulillah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang paling tiada pembaziran.. Ramadhan ini banyak mengajar aku erti berdikari.. kalau aku di kawasan bandar, sudah tentu hari-hari ke bazar beli makanan.. malas mahu fikir apa yang nak dimasak.. senang kata.. malasnya memasak.. tapi di sini, aku fikir dan aku masak.. suatu perubahan positif bagi aku.. Alhamdulillah.. walaupun masih lagi malas, namun lebih baik berbanding langsung tak memasak..kan.. kadang-kadang makanan tu sampai 2 3 hari.. sayang mahu buang, makan masa berbuka sahaja, makan sorang pulak, manala nak habis..

Ramadhan ini juga membuat aku rindukan rumah Allah.. Allah.. rindunya... menitis air mataku apabila dapat jejakkan kaki di rumahMu walaupun sekadar berhenti solat Asar dan Maghrib sebelum masuk kembali ke pedalaman.. Ramadhan ini, langsung tak berpeluang nak tunaikan terawih berjemaah di rumahmu.. terawih sendirian.. pertama kali terawih sendirian.. bertuahnya mereka yang di tempat mereka ada surau dan masjid dan dapat terawih di sana.. ruginya kalau surau dan masjid di depan mata tapi tidak pergi berjemaah.. aku rindu alunan suara imam melagukan ayat-ayat Al-Quran sewaktu bertemu denganMu.. rindu... sungguh.. aku rindu.... doaku, diberi lagi peluang untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan dan solat terawih dirumahMu..

Ramadhan ini juga buat aku rindu kepada umi, abah dan adik-adik.. dulu walaupun berjauhan tapi tak sejauh ini.. masih lagi dapat mengjangkau pulang mencuri2 detik ingin bersama keluarga.. berbuka dan bersahur bersama.. rindu suara abah melaung petang-petang suruh masuk ke dapur memasak.. namun tahun ini semua tu tidak ada.. dari mula puasa sehingga akhir puasa.. tiada langsung peluang untuk bersama mereka.. kecuali esok Ramadhan terakhir.. harapnya terlepas rindu ku pada mereka..

Ramadhan ini juga membuat aku dekat padamu Ya Allah.. kalau dulu, aku bermain, tidur, menghadap tv, laptop.. namun bila bersendirian, datang rasa bosan lalu mengambil kitabMu dan bila aku bacanya, seolah-olah engkau dekat dengan aku.. terenung kembali segala amalanku.. walaupun pada awalnya kerana bosan baru aku mengaji, tapi lama-kelamaan aku sedar betapa sudah lama aku tidak mengagungkanMu.. maafkan aku Ya Allah.. berkatilah aku.. Amin..

Ramadhan ini banyak membuat aku rindu padaMu Ya Allah.. terima kasih 

No comments:

Search This Blog