Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Sunday, July 26, 2015

Tak tenang

Apakah ini.. Dengan dia.. Aku jadi lemah.. Air mata aku menitis.. Bukan ini yang aku mahukan.. Aku mahu bahagia dengan nya.. Adakah ada bahagia antara aku dengan nya.. Allah.. Permudahkanlah antara kami..

Pesan buat anakanda

Medina, Raisha, Ziqri, Waiz..
Pesan bonda untuk anakanda sekalian..
Bonda rindu kamu semua..
Bonda tak tahu ada atau tidak hayat bonda untuk bersama kamu semua, untuk membesarkan kamu, untuk mendidik kamu..
Sedangkan bonda tak sempurna..
Bonda rindu anakanda sekalian
Andainya tiada hayat untuk anakanda, maafkan bonda..
Itu semua salah bonda pada kehidupan bonda sendiri yang sebabkan bonda tidak dapat menatap wajah anakanda semua..
Andai anakanda ada hayat di dunia, dan hayat bonda pula tidak lama untuk bersama, bonda mohon ampun atas kelemahan bonda..
Sungguh bonda rindu..

Love

Fall in love knowing your heart is going to break.
And I know that sounds awful.
But fall anyways. Fall like a summer thunderstorm, and don’t look back unless you’re searching for flowers that will bloom in your wake.
Wander into uncharted territory, and let your guard down. Hang on to laughter like perfect days, and remember that hearts can change like the weather, but spring will come again.
Love can be heart break. And in the event, pick up the pieces and give them away. Give them to people who deserve you, and don’t feel like you’re losing something, someone, or yourself.
If you have love to give, you should always give.
Then when it comes back your way in some form of forever. You will realize, you could fall a million times, just to get to here, to now.
And it would be worth it.
-A scribbler

i will.. but would you?

Saturday, July 25, 2015

Posting baru

InshaaAllah walaupun dalam keadaan line xda dok pedalaman ni, saya akan cuba kembali membuat perkongsian di laman kesayangan saya ni.. Walaupun by phone app.. Boleh tulis je pun jadila.. Harap masih ada yang sudi membaca nukilan saya..

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat

Assalamualaikum.. Salam Syawal..
Nak share sedikit apa yang dibaca di internet.. Sebab brdesup masuk dalam jiwa bila membacanya..

Cerita ini diperolehi daripada laman web thevocket.com. Cerita asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Ianya mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini.

Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15.
Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buatbaca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca AlQuran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kitatak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudahmahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai20″.

Saya buat contengan kata dia dalam kepala)***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap.Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambutkita tersisir rapi. Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macammain bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan. Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukanwang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati merekabersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Ps- jom.. sama-sama kita praktikkan..

#MencariRedhaAllah

Wednesday, July 15, 2015

catatan 15 julai 2015

malaysia digemparkan dengan pelbagai berita dan skandal politik, anak bangsa dan pelbagai lagi.
lali dengan semua yang berlaku.. tidak tahu mau percaya yang mana satu.. jadi, aku memilih untuk hanya berdiam diri..

refleksi Ramadhan 2015

berpuasa jauh di dalam pengalaman ini banyak membuat aku bersyukur dan sedar antara keperluan dan kehendak.. sebulan bulan Ramadhan aku hanya sempat sekali ke bazar Ramadhan di bandar Miri.. itupun atas belas ihsan seorang cikgu sekolahku yang sudi bawa ku kesana kebetulan dia bawa anak dia ke klinik sebab sakit.. Alhamdulillah.. ada jugak rezeki bertemu bazar.. terbayang rupa bazar yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.. namun, apabila tiba aku disana, aku terdiam.. aku terkedu.. banyaknya pilihan hingga aku buntu untuk membeli yang mana.. bila ingin beli, aku berfikir 'kalau aku beli, nanti tak habis'.. alih2 aku beli seekor ayam bakar untuk stok berbuka 4 hari..yelah.. makan sorang je kan.. barulah aku sedar, syukurnya aku berada di pedalaman. Alhamdulillah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang paling tiada pembaziran.. Ramadhan ini banyak mengajar aku erti berdikari.. kalau aku di kawasan bandar, sudah tentu hari-hari ke bazar beli makanan.. malas mahu fikir apa yang nak dimasak.. senang kata.. malasnya memasak.. tapi di sini, aku fikir dan aku masak.. suatu perubahan positif bagi aku.. Alhamdulillah.. walaupun masih lagi malas, namun lebih baik berbanding langsung tak memasak..kan.. kadang-kadang makanan tu sampai 2 3 hari.. sayang mahu buang, makan masa berbuka sahaja, makan sorang pulak, manala nak habis..

Ramadhan ini juga membuat aku rindukan rumah Allah.. Allah.. rindunya... menitis air mataku apabila dapat jejakkan kaki di rumahMu walaupun sekadar berhenti solat Asar dan Maghrib sebelum masuk kembali ke pedalaman.. Ramadhan ini, langsung tak berpeluang nak tunaikan terawih berjemaah di rumahmu.. terawih sendirian.. pertama kali terawih sendirian.. bertuahnya mereka yang di tempat mereka ada surau dan masjid dan dapat terawih di sana.. ruginya kalau surau dan masjid di depan mata tapi tidak pergi berjemaah.. aku rindu alunan suara imam melagukan ayat-ayat Al-Quran sewaktu bertemu denganMu.. rindu... sungguh.. aku rindu.... doaku, diberi lagi peluang untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan dan solat terawih dirumahMu..

Ramadhan ini juga buat aku rindu kepada umi, abah dan adik-adik.. dulu walaupun berjauhan tapi tak sejauh ini.. masih lagi dapat mengjangkau pulang mencuri2 detik ingin bersama keluarga.. berbuka dan bersahur bersama.. rindu suara abah melaung petang-petang suruh masuk ke dapur memasak.. namun tahun ini semua tu tidak ada.. dari mula puasa sehingga akhir puasa.. tiada langsung peluang untuk bersama mereka.. kecuali esok Ramadhan terakhir.. harapnya terlepas rindu ku pada mereka..

Ramadhan ini juga membuat aku dekat padamu Ya Allah.. kalau dulu, aku bermain, tidur, menghadap tv, laptop.. namun bila bersendirian, datang rasa bosan lalu mengambil kitabMu dan bila aku bacanya, seolah-olah engkau dekat dengan aku.. terenung kembali segala amalanku.. walaupun pada awalnya kerana bosan baru aku mengaji, tapi lama-kelamaan aku sedar betapa sudah lama aku tidak mengagungkanMu.. maafkan aku Ya Allah.. berkatilah aku.. Amin..

Ramadhan ini banyak membuat aku rindu padaMu Ya Allah.. terima kasih 

Catatan 6 julai 2015



Aku juga punya sekeping hati… hati yang masih hidup perasaannya.. hidupku seharian memikirkan hati hati orang lain.. sehingga kadang-kadang aku lupa yang hakikatnya aku juga punyai hati..
Susah hati memikirkan.. dosa-dosa lalu.. Ramadhan kian pergi.. membuatkan hati aku hiba.. mampukah aku taat begini selepas Ramadhan.. aku telah kalah dengan diriku.. aku telah kalah dengan syaitan.. aku telah kalah dengan nafsu.. hanya yang tinggal.. aku dan Allah.. serta taubatku.. adakah Allah kan terima taubatku ini.. adakah aku ini beriman.. solat pun tidak pernah khusyuk.. bagaimana khusyuk itu? Aku tak tahu…ya Allah.. aku tak tahu…aku tak tahu.. Islam apakah aku ini.. Islam kah aku..
Ya Allah.. jangan bawa Ramadhan pergi.. aku takut Ya Allah… aku hiba… aku sedih sebab aku tak tahu.. hanya engkau yang memahami…
Aku tak mampu ceritakan pada orang lain.. mereka tidak akan faham apa yang aku maksudkan..aku mahu bertaubat.. namun aku tak tahu bagaimana taubat itu.. aku tidak faham.. aku tidak tahu.. dan aku menangis bagai anak kecil kerana aku tidak tahu..
Ya Allah.. sampai bila aku harus begini… berilah aku ketenangan ya Allah.. aku sangat memerlukan ketenangan.. aku lemah…
Betapa manisnya nikmat Ramadhan ini… Ramadhan ini membuat aku banyak berfikir.. tentang kehidupan.. tentang diriku.. tentang jodoh.. tentang masa lalu.. dan aku sesal.. seandainya aku hargai diriku suatu masa dahulu…
Terima kasih ya Allah. Sedarkan aku walaupun sudah terlambat.. namun belum terlambat sebelum aku hembuskan nafas terakhir aku..
Kenapa ya Allah.. Ramadhan ini aku sayu sekali. Adakah ini Ramadhan terakhir buatku ya Allah.. aku pohon padamu ya Allah.. seandainya aku pergi.. biarlah bersama dengan Ramadhan Ya Allah..aku tak mampu ya Allah.. untuk hadapi seksa kuburmu.. sedangkan di dunia ini aku rasa aku tak mampu..




selamat Hari Raya 2015

selamat hari raya..
Ramadhan dah nak meninggalkan kita..
berat rasa hati..
terfikir.. 
terdetik..
cukupkah segala amalan yang telah dilakukan.. 
pastinya tidak.. namun.. semoga diberkati dan dikabulkan bersama keberkatan Ramadhan.. Aminn...

sekarang masih lagi di sekolah..
petang ni baru flight ke kl.. 
pagi esok baru flight ke kelantan..
lama betul tak balik..
4 bulan... unbelievable.. rindunya....

Search This Blog