Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Saturday, August 15, 2015

An unsettled feeling

i know u are the best in 'pretending' all the way or could i say 'profesional' in certain way, but i'm surprised becoz suddenly i realized that i'm good at it too.. and that's something i learnt from you..
but.. deep inside, 'why must this happen?'. it sadden me..no matter what i do, you never look at me.. i know i'm not the best but i'm trying to make effort though it seems effortless..
then.. i make a hard desicion.. to go far from you.. with hopes.. that you would found what u have always been searching..
maybe someday you will see the qualities in me.. when i'm gone..forever..

Monday, August 10, 2015

PSKPP BARAM 2015

Cik Aifa mengambil kesempatan ni join pskpp baram wakil zon baram tengah atau ZBT...
Alhamdulillah..
Usaha kami membuahkan pingat emas..

Tart Blueberi kegemaran cik aifa

Sob sob sob.. Dah habis.. Jumpa lagi tahun depan.. Next year nak tempah banyak sket.. Kot2 boleh bawak balik umah sendiri dgn cik somi dgn umah mak mentua skali ke.. Kui3.. Berangan nak kahwin xhabis2

Pertandingan sudoku sk sungai sebatu

Friday, August 07, 2015

Come join us

Let's register as SIMPLEHIJAB's affiliate agent to earn some extra income.

1. Free registration.
2. You don't need to keep stocks.
3. You don't need to handle orders.
4. All you do is just sharing URLs and earn comission.

Register now:
simplehijab.co/?id=qwiy

System will be launching in September 2015. Spread the news. We need more agents. Thank you.

simplehijab.co/?id=qwiy

ku sepak teranjangnya agar dia membenciku dan minta cerai..

Crita ini sy kongsikan buat anda.. Baca smpai habis ya.. Sebak rasa dada bila baca ni..

Sumber dari -http://ketumviral.blogspot.in/2015/08/ku-sepak-teranjangnya-agar-dia.html

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini…tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

Admin Kisahbenar: Ambil ikhtibar dari kisah ini, sayangilah isteri anda selagi masih ada.

P/S: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat sila kongsikan di wall facebook anda. Jangan lupa like page kisah benar untuk membaca lebih banyak kisah menarik.

Sunday, July 26, 2015

Tak tenang

Apakah ini.. Dengan dia.. Aku jadi lemah.. Air mata aku menitis.. Bukan ini yang aku mahukan.. Aku mahu bahagia dengan nya.. Adakah ada bahagia antara aku dengan nya.. Allah.. Permudahkanlah antara kami..

Pesan buat anakanda

Medina, Raisha, Ziqri, Waiz..
Pesan bonda untuk anakanda sekalian..
Bonda rindu kamu semua..
Bonda tak tahu ada atau tidak hayat bonda untuk bersama kamu semua, untuk membesarkan kamu, untuk mendidik kamu..
Sedangkan bonda tak sempurna..
Bonda rindu anakanda sekalian
Andainya tiada hayat untuk anakanda, maafkan bonda..
Itu semua salah bonda pada kehidupan bonda sendiri yang sebabkan bonda tidak dapat menatap wajah anakanda semua..
Andai anakanda ada hayat di dunia, dan hayat bonda pula tidak lama untuk bersama, bonda mohon ampun atas kelemahan bonda..
Sungguh bonda rindu..

Love

Fall in love knowing your heart is going to break.
And I know that sounds awful.
But fall anyways. Fall like a summer thunderstorm, and don’t look back unless you’re searching for flowers that will bloom in your wake.
Wander into uncharted territory, and let your guard down. Hang on to laughter like perfect days, and remember that hearts can change like the weather, but spring will come again.
Love can be heart break. And in the event, pick up the pieces and give them away. Give them to people who deserve you, and don’t feel like you’re losing something, someone, or yourself.
If you have love to give, you should always give.
Then when it comes back your way in some form of forever. You will realize, you could fall a million times, just to get to here, to now.
And it would be worth it.
-A scribbler

i will.. but would you?

Saturday, July 25, 2015

Posting baru

InshaaAllah walaupun dalam keadaan line xda dok pedalaman ni, saya akan cuba kembali membuat perkongsian di laman kesayangan saya ni.. Walaupun by phone app.. Boleh tulis je pun jadila.. Harap masih ada yang sudi membaca nukilan saya..

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat

Assalamualaikum.. Salam Syawal..
Nak share sedikit apa yang dibaca di internet.. Sebab brdesup masuk dalam jiwa bila membacanya..

Cerita ini diperolehi daripada laman web thevocket.com. Cerita asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Ianya mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini.

Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15.
Saya catat dan mahu kongsikan.
Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buatbaca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca AlQuran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kitatak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudahmahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai20″.

Saya buat contengan kata dia dalam kepala)***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap.Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambutkita tersisir rapi. Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macammain bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan. Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukanwang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati merekabersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Ps- jom.. sama-sama kita praktikkan..

#MencariRedhaAllah

Wednesday, July 15, 2015

catatan 15 julai 2015

malaysia digemparkan dengan pelbagai berita dan skandal politik, anak bangsa dan pelbagai lagi.
lali dengan semua yang berlaku.. tidak tahu mau percaya yang mana satu.. jadi, aku memilih untuk hanya berdiam diri..

refleksi Ramadhan 2015

berpuasa jauh di dalam pengalaman ini banyak membuat aku bersyukur dan sedar antara keperluan dan kehendak.. sebulan bulan Ramadhan aku hanya sempat sekali ke bazar Ramadhan di bandar Miri.. itupun atas belas ihsan seorang cikgu sekolahku yang sudi bawa ku kesana kebetulan dia bawa anak dia ke klinik sebab sakit.. Alhamdulillah.. ada jugak rezeki bertemu bazar.. terbayang rupa bazar yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.. namun, apabila tiba aku disana, aku terdiam.. aku terkedu.. banyaknya pilihan hingga aku buntu untuk membeli yang mana.. bila ingin beli, aku berfikir 'kalau aku beli, nanti tak habis'.. alih2 aku beli seekor ayam bakar untuk stok berbuka 4 hari..yelah.. makan sorang je kan.. barulah aku sedar, syukurnya aku berada di pedalaman. Alhamdulillah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang paling tiada pembaziran.. Ramadhan ini banyak mengajar aku erti berdikari.. kalau aku di kawasan bandar, sudah tentu hari-hari ke bazar beli makanan.. malas mahu fikir apa yang nak dimasak.. senang kata.. malasnya memasak.. tapi di sini, aku fikir dan aku masak.. suatu perubahan positif bagi aku.. Alhamdulillah.. walaupun masih lagi malas, namun lebih baik berbanding langsung tak memasak..kan.. kadang-kadang makanan tu sampai 2 3 hari.. sayang mahu buang, makan masa berbuka sahaja, makan sorang pulak, manala nak habis..

Ramadhan ini juga membuat aku rindukan rumah Allah.. Allah.. rindunya... menitis air mataku apabila dapat jejakkan kaki di rumahMu walaupun sekadar berhenti solat Asar dan Maghrib sebelum masuk kembali ke pedalaman.. Ramadhan ini, langsung tak berpeluang nak tunaikan terawih berjemaah di rumahmu.. terawih sendirian.. pertama kali terawih sendirian.. bertuahnya mereka yang di tempat mereka ada surau dan masjid dan dapat terawih di sana.. ruginya kalau surau dan masjid di depan mata tapi tidak pergi berjemaah.. aku rindu alunan suara imam melagukan ayat-ayat Al-Quran sewaktu bertemu denganMu.. rindu... sungguh.. aku rindu.... doaku, diberi lagi peluang untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan dan solat terawih dirumahMu..

Ramadhan ini juga buat aku rindu kepada umi, abah dan adik-adik.. dulu walaupun berjauhan tapi tak sejauh ini.. masih lagi dapat mengjangkau pulang mencuri2 detik ingin bersama keluarga.. berbuka dan bersahur bersama.. rindu suara abah melaung petang-petang suruh masuk ke dapur memasak.. namun tahun ini semua tu tidak ada.. dari mula puasa sehingga akhir puasa.. tiada langsung peluang untuk bersama mereka.. kecuali esok Ramadhan terakhir.. harapnya terlepas rindu ku pada mereka..

Ramadhan ini juga membuat aku dekat padamu Ya Allah.. kalau dulu, aku bermain, tidur, menghadap tv, laptop.. namun bila bersendirian, datang rasa bosan lalu mengambil kitabMu dan bila aku bacanya, seolah-olah engkau dekat dengan aku.. terenung kembali segala amalanku.. walaupun pada awalnya kerana bosan baru aku mengaji, tapi lama-kelamaan aku sedar betapa sudah lama aku tidak mengagungkanMu.. maafkan aku Ya Allah.. berkatilah aku.. Amin..

Ramadhan ini banyak membuat aku rindu padaMu Ya Allah.. terima kasih 

Catatan 6 julai 2015



Aku juga punya sekeping hati… hati yang masih hidup perasaannya.. hidupku seharian memikirkan hati hati orang lain.. sehingga kadang-kadang aku lupa yang hakikatnya aku juga punyai hati..
Susah hati memikirkan.. dosa-dosa lalu.. Ramadhan kian pergi.. membuatkan hati aku hiba.. mampukah aku taat begini selepas Ramadhan.. aku telah kalah dengan diriku.. aku telah kalah dengan syaitan.. aku telah kalah dengan nafsu.. hanya yang tinggal.. aku dan Allah.. serta taubatku.. adakah Allah kan terima taubatku ini.. adakah aku ini beriman.. solat pun tidak pernah khusyuk.. bagaimana khusyuk itu? Aku tak tahu…ya Allah.. aku tak tahu…aku tak tahu.. Islam apakah aku ini.. Islam kah aku..
Ya Allah.. jangan bawa Ramadhan pergi.. aku takut Ya Allah… aku hiba… aku sedih sebab aku tak tahu.. hanya engkau yang memahami…
Aku tak mampu ceritakan pada orang lain.. mereka tidak akan faham apa yang aku maksudkan..aku mahu bertaubat.. namun aku tak tahu bagaimana taubat itu.. aku tidak faham.. aku tidak tahu.. dan aku menangis bagai anak kecil kerana aku tidak tahu..
Ya Allah.. sampai bila aku harus begini… berilah aku ketenangan ya Allah.. aku sangat memerlukan ketenangan.. aku lemah…
Betapa manisnya nikmat Ramadhan ini… Ramadhan ini membuat aku banyak berfikir.. tentang kehidupan.. tentang diriku.. tentang jodoh.. tentang masa lalu.. dan aku sesal.. seandainya aku hargai diriku suatu masa dahulu…
Terima kasih ya Allah. Sedarkan aku walaupun sudah terlambat.. namun belum terlambat sebelum aku hembuskan nafas terakhir aku..
Kenapa ya Allah.. Ramadhan ini aku sayu sekali. Adakah ini Ramadhan terakhir buatku ya Allah.. aku pohon padamu ya Allah.. seandainya aku pergi.. biarlah bersama dengan Ramadhan Ya Allah..aku tak mampu ya Allah.. untuk hadapi seksa kuburmu.. sedangkan di dunia ini aku rasa aku tak mampu..




selamat Hari Raya 2015

selamat hari raya..
Ramadhan dah nak meninggalkan kita..
berat rasa hati..
terfikir.. 
terdetik..
cukupkah segala amalan yang telah dilakukan.. 
pastinya tidak.. namun.. semoga diberkati dan dikabulkan bersama keberkatan Ramadhan.. Aminn...

sekarang masih lagi di sekolah..
petang ni baru flight ke kl.. 
pagi esok baru flight ke kelantan..
lama betul tak balik..
4 bulan... unbelievable.. rindunya....

Saturday, June 20, 2015

Hakikat hidup di pedalaman

aku rse kalau aku psting kat bandar mcm org lain, aku takkan faham dan tahu

-kesusahan hidup sendiri, dok sorg2

- dalam ni tak ada pilihan tk beli makanan, semua buat sndiri, bru sdar sbenrnya 'beli makanan' itu hanyalah 1 pilihan, dan kdg2 sikap malas tu yg lebih menjadi raja dlm diri.. dlm kata lain, boleh asah diri sendiri dlm bdg mskan

- urus diri sndiri, xdanya org nk tlg tukarkan cadar, selimut and so on kalo xbuat sndiri, kalau stakat bsuh baju sndiri itu biase

- bajet stok makanan utk at least sebulan, sbab kalo dok lua, apa xda boleh trus ke kedai

- ajar diri utk makan makanan yang sbenarnya walaupun brg tu boleh dikatakan fresh tp xfresh sbenarnya.. tanya diri sendiri, penah tak makan syur layu usia smgu? biasanya buang kan slps beberapa hari? atau prnah x makan ikan yang dah sebulan dlm freezer?

- packing beg seminimun mgkin, cnth penah g kursus 2mgu hanya bawak baju tshirt 2helai skali yg pakai, smpai pekan beli sbun debu rm1, bsuh bju tu hari2 n gilir.. larat nak bawak banyak2 benda nk naik eksprs n 4wd bagai?

- cara packing brg bsh supaya tahan lama, sblm ni kat umah, beli sumbat dlm peti, pstu nk msk bru keluarkan, xda nya rajin nk packing makanan ikut hari mcm skang

- ajar diri g mana2 bwk bekal, slain brjimat tp kdg2 bila klua ambik mse lama so kdg2 otw tu lapar xda kedai nk beli mkanan, xcmpur lg was2 halal haram
- sentiasa bawa shopping beg dlm handbag, sng, beli brg trus msk dlm tu, xda nk banyak2 plstik, sbab xlarat nk bimbit kat tangan

- ajar diri untuk lbh brjimat, tmbah2 kalo slalu klua bandar, nak tak nak kena dok hotel, plg xhbs pun 100, transprt klua msk, makan, kira yg plg basic nak tak nak, at least 400 konfem habis utk keluar 3 hari, walaupun kluar tu hanya utk urusn di bank yg boleh slesai dlm 1jam je.. itu tanpa beli apa2 brg lain.. cuba cmpur dgn beli brg lain contoh kata brg makanan je.. n cuba pula trpksa klua setiap mgu ats urusan rasmi.. skali kua hujung mgu 3 ari ni lbh brbaloi rsenye kalo bayar sewa sebulan duduk dibandar.. 2 kali klua sma dgn bajet isi minyak keta bulanan..

- cmana nak habiskan mse sorg diri, nsb baik ada laptop, and hp walaupun line ada 5 6 jam je shari, line pulak tu habis posing semata2 cri line..kdg2 ikut budak2 msk jungle trekking.. yg 1st skali col mak ayah, kluar di bandar bru dpt col mreka, jd mana yg ada line tu, slalu2 lah col makayah anda.. aku ni smpai mimpi2 mak ayah dtg dlm tido tau dak..

- kalo klua pun asl ada tempat tidur, yakin slamat, trus checkin, xdanya nk memilih2 tempat nak star2..

- xda transprt, jd bila nak beli brg, setengah jam jalan kaki tak berhenti tu prkara biasa smbil angkut brg kiri kanan, ada tu smpai ulang2 alik sbab xlarat sgt berat barang,lg lama dr tu xyah ckpla.. anda mampu? mampu kalau anda buat.. hehe

- org tgk dok dlm ni xbyar api air, tp cukup kata air, air dlm tu xleh minum, minuman hanya drinking water, sebulan 4 5 kotak at least, utk memasak dan minum, darabla brapa rm habis utk air, bila air anda ada x cecah mcm tu? kalo dok sorg xkan smpai cmtu kan? jd brsyukurlah..

- dok dlm ni, pakai jgk baju sluar dan sgala keperluan lain, sma shja kalau nk banding dgn siapa2 pun..

- konklusinya, sy bukan mrungut, tp sy nk share pd semua apa yg sy lalui, semoga ada yg memahami sbab sy tahu tak semua org memahami.. sy brsyukur dgn keadaan sy, hidup di tempat walau pd hakikatnya sush tp selesa bg sy, banyak didik sy jd sbar dan berdikari.. sy harap lepas ni dah tak da la isu gaji org pedalaman tgi, mahal, org tu kaya, dimana2 kita brkrja, gaji banyak mana pun, benda tu setimpal dgn kadar kesusahan yg dilalui di setiap tempat,sy mcm tu, ada org lain yg lagi sush, lg dlm, yg nak kluar ke bandar tak ada 1000 xbleh kluar, jd, jgn lupa yg kita mencari keberkatan dalam bekerja.. bukan mrungut tak brsyukur dgn apa yg diperolehi dan lihat pd apa yg dimiliki org lain.. lihatlah pd diri sendiri.. kalau tak cukup, cukupkanlah, kalau lebih, brkongsilah.. Dalam kata lain, bersedekah.. sekian..

Thursday, February 19, 2015

Posting

Alhamdulillah..
Akhirnya berkesempatan juga nak update wall ni.. Maafla smua.. Dah xslalu bleh update.. Sbab ada mslah tenet sket..

Ok 1st of all cik aifa nak bgtau yang cikaifa now dah mula mengajar di sebuah sekolah dalam daerah baram di negeri sarawak bumi kenyalang..

Finally.. Impian brtahun menjadi kenyataan..
And i find it really fun and kena dgn jiwa ni.. Haha.. Cakap macam nk dok lame lagi je sini..
InsyaAllah 5 tahun dah di set kat kepala.. Kalo lebih tu rezeki di bumi kenyalang la.. Lagipun mgkin nanti syg nak tukar sbab i find it budak2 kat sekolah ni sgt bagus dan berjurus bak kata org kelantan.. So.. Sygla nk tgal.. Trfikir jgk kalau pindah nanti dpt school yg brmasalah mcm mana.. So mcm xnak cari masalah gitu..

Hehe.. Dgn nature dan udara segar kat cni, i really love them..
Dpt pedalaman yg boleh dikata tak la dalam sgt.. Msh snang nak klua msk, Alhamdulillah...

Cuma kat cni susah sketla nak jumpa makanan halal.. Tambah2 kat dlm.. So, memg kluar bandar beli stok untuk at least sebulan gitue.. Belajar manage diri.. Kan bagus tu..

Cuma sedikit bosan bila dok dalam tu.. Xtau apa nak buat besides g skolah balik skolah.. Kena usaha buat aktiviti ptg ni.. Acece.. Kita tgkla nanti cmana..

And btw i got a really kind and sporting housemate.. So.. Im so hepy.. Thanks for all the guidance.. And my new schoolmate.. I means teachers.. Esp mr. Naj sbab dr awal msk daftar sma2 really2 sgt byk membantu and bincang everything from small matter to big matter.. So, its really helps me a lot.. Xlah trkapai2 sorg kat tempat baru..

Now, stay dkat bandaraya miri umah cik ct.. Ada jgk sorg 1 maktab dpt kat bandar ni.. So, bolehla tmpang brmalam cuti2 yg panjang ni.. Alhamdulillah.. ANd rzeki di tempat baru, kawan kpd housemate nya sudi pulak tgal keta kat umah ni selama cny so dptla cikaifa drive merata kat bandar miri ni.. Almost 70% dah taw jalan cni.. Ok lps ni kot bole buat consideration utk beli kereta...hahaha

Sekejap je mse brlalu.. Ari ni dah khamis.. Ahad nak msk dalam dah.. Cepatnya rse..
But apapun i love everything..

Ps- rindu rumah but i still love it here..

Search This Blog