Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Tuesday, April 08, 2014

Belum bersedia

sejujurnya..
ku belum bersedia untuk menjengah ke alam perkahwinan..

walaupun aku boleh dikatakan minat dan arif tentang segala keperluan dan persiapan perkahwinan..
namun, belum masanya lagi..
orang pasti akan kata.. 'sudah belum jodoh'..
ya mungkin itu betul. namun apa yang dikaitkan bila aku sendiri tak mencari..

sejujurnya aku belum bersedia..
belum bersedia untuk berkorban walau secubit keputusan  untuk pasangan aku..
ya lah.. ramai orang bila sudah ada pasangan, pasti mahu ikut suami.. mahu ikut isteri..
tak kisah minta kerja dimana pun asalkan dapat bersama.
namun aku.. aku tidak begitu..
1 keputusan..
itu adalah sangat sulit bagi aku..
aku belum bersedia untuk berkorban walau 1 keputusan pun kerana orang lain.
ya.. mungkin aku pentingkan diri.. tidak.. tidak.. bukan mungkin.. aku memang..
aku lebih pentingkan kehendak aku..
dimana aku mahu pergi.. kemana aku pergi.. apa yang aku buat..
aku tidak ingin langsung pengaruh apa pun wujud termasuk insan bergelar 'suami'..
minta maaf..
aku takkan korbankan apa yang aku mahu dari aku kecil..
biarlah aku begini buat seketika..
kalau nak dikatakan tua.. biarlah.. aku baru umur 23..
masih jauh lagi perjalanan hidup aku sekiranya dipanjangkan umur..

sejujurnya aku belum bersedia..
untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri..
bagi aku.. semua itu 'leceh'..
aku tahu.. tidak baik katakan begitu pada benda baik..
cuma aku tak mahu berhadapan langsung dengan masalah-masalah yang bagi aku leceh..
nak kena jaga hati, pakaian dan minuman..
aku boleh buat.. tiada masalah.. aku tahu aku mampu...
cuma aku tak suka benda leceh..
apa yang leceh..
bila basuh baju, tak reti nk tolong lipat.. tak reti nak tolong angkat..
bila masak, bukan disuruh at least baikila kalo tak sedap tapi cakap terus tidak sedap.. tak hargai langsung apa yang dibuat..
bila kemas rumah, rumah disepahkan.. barang-barang beralih tempat..
sungguh aku tak suka semua tu..
aku tak suka bila orang usik barang aku..
pinjam ok guna ok.. tapi tidak letakkan balik pada tempatnya..
tidak balik pada kedudukan asalnya..
minta maaflah.. memang aku tak suka orang macam tu..
lebih baik biarkan dulu..
aku terlalu tak suka benda leceh macam tu..

sejujurnya aku belum bersedia..
untuk deal dengan hati manusia..
sedangkan hati aku bertahun-tahun aku pujuk tak terpujuk..
lagikan nk pujuk hati orang.. nak layan hati orang...
hati suami, hati mentua, hati saudara.. aku minta maaf..
aku tak mampu nak hadapi semua tu..

sejujurnya aku belum bersedia..
belum bersedia dari segi kewangan dan perjalanan hidup..
dari kecil aku sudah rancang apa yang aku mahu dan mahu buat dan aku akan pastikan aku akan buat..
cuma masa yang akan tentukan lambat atau cepat..
aku tak mahu perkara ini belum selesai atau belum tercapai namun sudah ada batu penghalang di tengah-tengah..
aku perlukan masa untuk uruskan semua itu..
aku belum bersedia untuk korbankan masa dan duit ke arah perkahwinan lagi...
aku mahu gunakan itu semua untuk capai apa yang telah aku rancang..

sejujurnya aku belum bersedia..
aku belum bersedia untuk menggunakan pendapat dan laksanakan pendapat orang lain...
aku boleh terima pendapat orang lain..
namun sebagai cadangan atau pembaikian atau penambahbaikan sahaja..
sekiranya pendapat itu untuk menghalang aku dari membuat sesuatu..
aku tidak akan terimanya..

sejujurnya aku belum bersedia..
setelah berfikir panjang..
perkahwinan bukan untuk aku..
bukan sekarang masanya..

kematangan, perancangan dan kewangan itu sangat penting bagi aku..
aku pegang dari dulu sehingga sekarang dan tidak akan mungkin pudar...

senang aku simpulkan disini.. Ya.. Aku degil...
tiada apa yang dapat halang aku dari buat apa aku mahu kecuali insan terpilih (ibu bapa dan adikadik sahaja)..

ini keputusan muktamad ku..
biarlah orang mahu kata apa pun..
biarlah...
aku tahu dan aku sudah lama membuat pemerhatian pada apa yang berlaku di sekeliling aku..
dan aku tahu aku tak mahu semua itu mempengaruhi aku..
dan 1 aku perlukan..
ketegasan...
aku perlu tegas..
tidak kira dengan siapa pun..

p/s: perasaan hati ku sudah lama ingin diluahkan namun kata-kata belum cukup untuk gambarkan..

No comments:

Search This Blog