Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Sunday, May 19, 2013

penggunaan vs perkongsian

okeh.. dah lama cik aifa tak hupdate.. so ari ni amik masa sket nk hupdate..
lgpun nk study kepala pening ja ni..
datang mrs selesema pulak tuh pg tadi.. tatau nak kata pa dah..

entri pokok kacang lain hari okeh..
xsempat nak snap gambar semalam..
tp Alhamdulillah... hepy sangat sbb banyak dah tumbuh lepas sejengkal..
walau cik aifa tak makan sayur, namun bila tengok dia tumbuh... rasa hapy yang amat..ahha

okeh... apa yang korang faham akan perkataan penggunaan.. bagi cik aifa la (malas nk carik), penggunaan tu maksudnya bagaimana cara kita guna dan bagaimana nak guna sesuatu benda tersebut.. hahah.. ayat berbelit.. sng cakap berkaitan dengan guna lah tp bukan guna-guna..haha.. bagaimana cara kita guna tu maksudnya macam mana kita gunakan sesuatu benda tu.. untuk tujuan apa.. sebanyak mana.. selama mana.. bagaimana nak guna tu.. contohnya hot glue gun.. kalo ada je tp tak tahu nk guna penat jugak tuh.. caranya cucuk kat suis, masukkan inti gam, bukak suis, tunggu panas.. tekan ajelah..

makasud perkongsian pulak adalah cara kita share sesuatu, dan apa yang kita share dan tujuannya sekali.. contohnya macam perkongsian barangan, hidup, kereta, anak, suami dan isteri dan bagai yang lain..

penggunaan dan perkongsian ni amat berkait rapat terutamanya kalau bagi kita yang masih bergelar pelajar khususnya pelajar universiti.. zaman ni lah anda nak kongsi printer, makanan, katil dan segala bagai dengan jumlah yang maksima.. kalo stakat kat umah kongsi dan guna bersama adik-beradik tak berkira sangat kan?

okeh.. hidup berasrama atau serumah.. sama da classmate, housemate, roommate semuanya berkaitan dengan penggunaan dan perkongsian.. okeh dr dua aspek ini, aspek ketiga yang perlu hadir adalah aspek 'perikemanusiaan'... dalam aspek ketiga ni macam2 aspek ada dalam tu.. contohnya, timbangrasa, fikir perasaan orang lain,dan macam2 lagi dan semuanya melibatkan nilai-nilai kemanusiaan.

bagaimana kita nak amalkan penggunaan vs perkongsian yang penuh dengan nilai kemanusiaan yang bagus? banyak caraNYA.. contoh mcm pakat2 beli beras, makan ramai2.. tp masukla share skali.. jangan makan ja hari2.. lain contoh, bawak kereta kawan, agak-agakla isi minyak la skali.. dahla orang dah bagi pinjam kan.. lain contoh lagi, kalo hari ni kawan kita beli jajan kat kita, esoknya tak pun minggu depan, bawakla apa2 untuk dia skali... baru lah tak jadi istilah 'barang kau barang aku, barang aku, aku punyalah'..

ingat.. bila melibatkan perkongsian dan sama2 guna ni, kena fikir mana yang rasa patut.. bukan pakai bedal je semua mentang2 orang bagi guna dan ada istilah kongsi.. kalau kawan kita beli roti, dia tak berkira, fikirlah takkan kita beli roti lagi murah dari dia beli pun nak masuk akaun share jugak.. kan?? sape sokong, mohon angkat tangan beserta kaki... ahhaha... nanti nampak macam kura2 terbalik...



p/s: saje je ni buang masa sbb otak xboleh membca.. pening2...


No comments:

Search This Blog