Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Tuesday, January 15, 2013

urusan praktikum 1

sungguh lambat rasanya masa berlalu hari ini..
6 jam dari pukul 2 ptg hingga 10 malam pusing 1 pasir puteh semata-mata cari rumah sewa...
seb baik cik aifa dah booking awal2 dengan makcik tu nak sewa bilik umah dia..

mulanya g tengok sebuah rumah kat kg padang pak amat..
betul2 depan pagar sekolah menengah sains pasir puteh..
rumah cantik, 3 bilik 2 bilik air, ada mesin basuh, meja makan, seterika, peti ais, almari dan tilam king size and single size, and tv..
overall ok la..
cuma tak jadi nak amik sebab pertama jauh dari sekolah..
kedua, jalan sibuk sbb keluar tu ikut jalan kb-pp,
ketiga, jauh dari kedai2 makan dan kemudahan yang lain macam stesen minyak pe sume..
lepas tu g rumah makcik yang buat sewa bilik tu..
memang strategik..
dengan skolah cuma 7 minit je..
kalo pagi jalan sibuk maybe dalam 15 minit je kot..

lepas tu dah sudah g pulak cari rumah sewa untuk matju and mr atoz..
susah giler kot..
sebab serius susah jugak nak dapat rumah sewa area nie...
banyaknya yang mengecewakan adalah bila ditanya mesti jawapannya 'orang baru je masuk beberapa ari lepas'..

mula2 ada makcik nie..
berbelit macam ular..
pening sume.. orang tanya mana nak amik kunci, dia g cakap lokasi rumah yang nak disewa..
bila jumpa kedainya, sorang laki ni cakap rumah tu buat homestay pulak..
rm4500 sebulan kau...
ada yang lagi 1 pulak rumah kebenda xtahula ruang lahar xda bilik langsung rm500..
last2 skali tolak aje..

then g rumah yang depan econjaya tu..
dia cakap tak nak bagi sewa pulak..
huh.. kata nak rombak padahal dah 2 tahun macam tu jugak..
rumput dah naik paras pinggang dah..

lepas tu g umah pakcik and makcik cik aifa..
hurmm... xda jugak..

g pulak round kot perumahan depan smk tok janggut..
macam biasa.. xda okayh..

yang paling lucu bila g ikut kompleks sekolah kamil..
jumpa sorang makcik ni..
dia cakap ada rumah kayu buruk orang baru keluar
kalo orang laki boleh la duduk kan..
sekali g tengok..
macam yang matju impikan...
rumah kayu, lantai krek2 risau takut jerlus, lantai lobang2..
yang paling penting, jamban kat luar umah...hak3
dahla rm150 sebulan..

last skali kitorang nie memang dah putus asa..
benti solat Asar di masjid besar pasir puteh..
then gerak nak balik pulak..
dengan penuh kecewanya kami sebab tak jumpa rumah yang boleh disewa..
yelah, memang hati tak tenang la kan kalo urusan tak selesai..

tibe2 matju kata cuba g cari kat area dekat sekolah dia pulak...
bersyukur pada Allah
akhirnya jumpa yang diidam..
dapat homestay rm600 je..
including bil elektrik dan air.. murah hoke..
sepatutnya per night rm130..
semua lengkap..
depan sekolah pulak tu..
memang tak payah nak pikir minyak keta la pasni...
makan pulak dah tuan rumah tu makcik kantin sekolah tu..
baik2 sangat2...
dan sangat mesra bersama jirannya yang banyak cakap..
xkering gusi weyhh...
pastu kalo tak cukup barang siap pesan lagi suh cakap sebab dia nak tambah..
kalo homestay lain memang jangan harap la kan..
mesti nak kira jugak full payment..
and just cukup setakat pe yang ada dalam tu je..
memang sangat berperikemanusiaan sangat2.... =)

otw balik singgah makan di isma cafe..
lapaq giler.. kul9 baru jumpa makanan..

akhirnya balik dengan tenang ke asrama...
semua urusan telah selesai..
Alhamdulillah...

p/s: penat wohh

No comments:

Search This Blog