Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Wednesday, January 30, 2013

Sabun Lylezs

okayh.. ni bukan cik aifa jual ok..
tapi cuma nk share and sedikit review tentang produk sabun lylezs..
PERINGATAN sekali lagi.. cik aifa tak jual oke.. cik aifa cuma buat review

semua skali ada 4 sabun..
boleh scroll bawah untuk bace dia punya description ok..
sape berminat boleh beli dr page Lylezs Beauty Care kat facebook..

bagi cik aifa, produk dia mcm okla..
sbb cik aifa ada pakai salah satu sabun die iaitu sabun carrot soap setelah sabun yang cik aifa salu guna tu habis, malas pulak nak beli online, so, g kedai beli sabun ni
kebetulan pulak memang dah lame dah teringin nak try
sebabnya,  cik aifa ada tengok sorg akak ni senior cik aifa kulit muka dia cantik sangat..
dan dia cakap dia pakai carrot soap tu..
dah 2 tahun lebih..
so, cik aifa pun try jugak..
baru je lagi pakainya..
baru 3 bulan je kot mcm tu la...
tp mcm ok la.. nak kata tak naik jerawat langsung tu xlah, tp amountnya dah kurang
kulit yg berminyak ni pun dah kurang dah.. Alhamdulillah..
mungkin sesuai dengan kulit cik aifa kot..
jangan cakap cik aifa tipu pulak kalo korang pakai makin naik jerawat ke ape ke ok??
ni just review dr penggunaan cik aifa sendiri..


Sabun Aloe diperkaya dengn ekstrak Aloe Vera yang melembap,mencerah dan membersihkan kulit. Boleh digunakan bagi anda yang mempunyai msalah jeragat,kulit kering dan gelap,dan pigmentasi.

Harga: RM19.90 SM RM24.90 SS


..menghilangkn parut
..mengecutkan jerawat berpasir,bernanah,sensetif dan keradangan kulit
..mengawal minyak pada kulit wajah
..mencerahkan kulit
..sesuai utk remaja dan semua jantina

Harga: RM19.90 SM RM24.90 SS


Sabun Lime+Rice milk/sabun limau nipis +susu beras digunakan bagi anda yg mempunyai maslah jerawat,kulit terlampau berminyak dan kusam. Membersih dari dalam pori wajah dengan sempurna tanpa meninggalkan sisa minyak.

http://www.lylezsbeautycare.com/sabunlimauberassusu.html


Harga : RM19.90 SM RM24.90 SS


Cara pembelian 'online'

http://www.lylezsbeautycare.com/payment.html



Sabun Rice milk+honey dew dihasilkn utk anda yg mempunyai masalah kulit kombinasi,sensetif,jerawat berpasir,masalah kekusaman/gelap/sunburn.alamilh sendiri untuk kulit yg lembap,dan cerah sekata.

http://www.lylezsbeautycare.com/sabunsusuberas.html



Harga:RM19.90 SM RM24.90 SS

Cara pembelian 'online'

http://www.lylezsbeautycare.com/payment.html


p/s: good nite~!!

Tuesday, January 29, 2013

Putrajaya 1

*mulai tahun ni akan ada entri khas tentang cik aifa ke putrajaya, so nasibla sape yg rajin bace blog ni mesti bohsan kan dgn entry serabut nieyh..haha (siap ada label putrajaya lg.. wot wot wooott~!!)


sila tengok kaki hoke..
cik aifa pakai abah punya selipar gara2 tetinggal sandal kat maktab and bawak balik selipar jamban..hahaha

#sudoku tetap di hati

venue : taman warisan, putrajaya

ni dekat kawasan toilet hoke...
belakang toilet tu menghubungkan surau dan taman kecik.. chantekk

comelnya dia tido..
jumpa kat atas bench kat taman warisan

see, besar kan saiz kucing nie..
geram betol.. nak2 je bawak balik rumah tp xboleh sbb jauh

buah getah
*so, hargailah warisan tradisional kita sbb cik aifa jumpa ni ada dalam peti kaca pameran kat taman ni.. padahal kalau dulu g mana2 senang je jumpa buah ni..

lihatlah betapa pembangunan telah membuatkan sedikit demi sedikit warisan alam kita hilang.. (hahah.. padahal penjajah jugak yg bawak pokok ni masuk tanah melayu)
tp, see.. maksud cik aifa,
sekarang ni g mane2 banyak jumpa pokok hiasan je.. 
i mean kat bandar la kan..

my beloved daddy..

walaupun skojap je pergi, tp insyaAllah akan p lagi..
nanti nak citer pasal Alamanda pulak hoke..
nantikan entri seterusnya.. (haha.. ye ye je wat iklan)
terlupa pulak nak amik gmbo sekolah adik..
serius besar dan lawa.. 5 minit je dr alamanda..
salah satu yg best pasal alamanda ialah tempat parking keta berecon hoke... ko ada??

well, short trip yang penuh bermakna

p/s: out lue.. nk p mandi..

Monday, January 28, 2013

sungguh kejam

Ku mencintaimu lebih dari nyawaku
Bahagia kau pun dengan cintaku
Sepakat mengikat janji untuk saling melengkapi
Bagai fajar menjemput sang embun pagi

Mengapa kau menghilang

Menghindar dari cintaku
Mengapa kau robohkan
Dan meremukkan jantungku
Sungguh kejam kau meninggalkanku tanpa perasaan
Di kala hatiku merajai hatimu
Ku mohon kau jelaskan padaku sebab apa kau meninggalkanku
Bukankah kita berjanji untuk sehidup semati
Kau pun begitu bahagia di pelukanku
Hingga cinta kita bagaikan pelangi
Mengapa kau menghilang
Menghindar dari cintaku
Mengapa kau robohkan
Dan meremukkan jantungku
Sungguh kejam kau meninggalkanku tanpa perasaan
Di kala hatiku merajai hatimu
Ku mohon kau jelaskan padaku sebab apa kau meninggalkanku
Bukankah kita berjanji untuk sehidup semati


p/s : please answer me.. though i know it just a dream..

Sunday, January 27, 2013

kurus

well.. aku akui sangat susah nak kurus...
mcm haku neyh pasal agak tinggi je pun..
kalo x, memang gedempol lah.. 
bukan berisi dah orang panggil kan??

aku akui orang kata maen naik turun beratus anak tangga hari2 boleh turunkan berat badan..
tp bukan dalam masa yang sekejap jugakla..
depend pada rate badan kita kan..
well, kita manusia tak penah puas dengan berat badan kita..
mesti ada yang naikkan tp ramai sangat yang nak turunkan..
termasuk haku hoke...ahha

bagi cik aifa, kurus tu xdala nak kurus sangat..
cuma i dont want perut yang berlipat2 ni hoke..
dalam mimpilah nak perut macam pelakon hindustan tu..
lambat ag der..
dan pernah suatu ketika dulu ku begitu..hak3.. poyo giler..
yelah.. tanpa sedar masa berlalu..
dan tanpa sedar aku abaikan keadaan diri aku ni..
membuatkan dr yang xda selulit dah siap berlipat dah bila dah habis sekolah hari tuh..
faktor utama, makan dan banyak duduk... dan tak bersenam..
bukan sebab tido hoke sbb mase aku dok asrama dulu aku jarang tido tp aku kuat duduk..
duduk apa??
duduk study hoke..
tp xdpat 11 A1 pun..huh...
dasar otak berkarat..

well.. cik aifa skang ni dalam proses nak turunkan berat badan..
but im not on diet ok..
just kurangkan kuantiti makanan..
back to normal..
yelah.. dalam 5 6 bulan ni sape suro ko makan sekali bedal dua pinggan?? 
kan diri sendiri dah susah..

dah 2 minggu start joging..
ini je yang aku mampu sbb nak main tenis xda raket (padahal takut kulit jd gelap)
nak main squash pulak dah aku xsuka..
1 agi mesti kalo main aku jatuh kat gelanggang.. (mana nak taruk muka yang dah xbape nak cantik nieyh)
sebenarnya joging tu bgus..
2 tahun lepas adalah waktu yang tepat dimana aku berenti joging..
but after that aku punya pengambilan makanan xda berlebihan..
that's why berat aku mantain..
but now, im near to overweight hoke..
aku ingat dulu mase aku umo 17 bmi aku 18.9 cam tua ah..
skang bmi aku 23.0 lebih hoke...
aku bukannya nak balik bmi 18.9
tu zaman remaja muda lagi memangla..
but now dah dewasa nak sket je..
dpt 21.0 pun cukupla..

bayangkan..
bayangkan dalam kepala anda..
dr raya tahun lepas sampai skang berat aku naik 15 kg....
pelempang muka sendiri hoke..

yang paling aku stress
bila aku cakap berat aku naik,
dorang sume tak caya
tapi aku tahu sebab kain aku yang longgar tu dan2 je boleh zip..
orang lain naik badan kat bahu jd makin lebar atau punggung makin terkedek2
tapi aku naik kat sisi belakang dan perut..
hape kepeliknya tuh..

dah banyak aku melalut
so,skang jom tido..hahaaha....
buat penat je korang bace..
xda information berguna...hahahahahah

p/s: aku tak suka ahad sebab ada assembly dan tutorial $%^&&$%^*^!!!!!

Wednesday, January 23, 2013

mahal siot!!

td petang g makan kat kedai nasi air kat pantai air tawar..
1 classmate cik aifa ckp pakai pelaris
so g kedai 1 lagi
naik pulak harga makanan dia..
tak mintak telor lah!!!
mencekik giler harga..
ada patot mihun sup rm5..
at least rm4 ok g..
huh
tobat aku tak g dah pasni..
hancur harapan aku pasal tahun lepas boleh akta tetiap minggu aku g makan kat situ tp murah jek...
kesian pulak kat classmate aku sbb kena byor mahal..huh....
maafkan den..
kalo tahu awal2 naik harga camtu, aku g restoran laen..

p/s: tetibe gambar aku dukong kucing tu jd komenan.. pelik...

Monday, January 21, 2013

mimpi jela...


nampak tak cincin yang kat dalam bulatan tu..
hurmmm.. chantek sgt kan..
teringin nya la nak memiliki cincin bentuk macam tu..
macam lingkaran love... 
dalam mimpi jela....huk3

p/s: nitezzZZZ

hari ini dalam sejarah

ari ahad, satu perkara wajib dibuat adalah pergi pasor malam kg.raja..
menu tetap adalah yong tau fu..
disebabkan elaun tak masuk lagi dan atas alasan memperingatkan diri jaga makan,
so, ari ni cuma beli rm3 je..
tp serius kenyang weyh..
walaupun 10 ketul je bendalah tu..
sodap giler...haha

selalunya menu sampingan adalah 'rangka ayam' yang tak lebih bajet dr rm4..
tp, bila memikirkan pe yang jadi,
so, jangan jadikan habit ok~!!

jalan-jalan keliling pasor malam..
terliur pulak nak tgk buku2 ilmiah islamic yang ada dijual kat 2 3 gerai kat situ..
dr jauh intai2 macam tak mampu je nak beli sbb tgk tebal2 pulak tu haa..
tp hati rasa nak g je dekat dgn 1 kedai ni..
tengok buku2 yang ada doa2 pilihan..
tp pikir 2 kali kat tenet pun ada ni haa..
last skali, terlintas kat fikiran tanya pasal Al-Mathurat..
dah lama tak bace..
tp tak bermakna tak tahu ok..
dulu kat skolah paling kurang seminggu dua kali baca masa hujung minggu...
sejak masuk maktab ni boleh kata 2 3 kali je..

tgk harga rm2.80..
terus beli..
akhirnya ada jugak yang mampu ku beli..hehe
azam di hati kalo boleh nak baca paling kurang sekali sehari..Aminn..
semoga dipermudahkan...

*berdasarkan pengalaman, kalo tengah sakit kepala, amik Quran bace, rasa tenang.. kepala pun berkurangan sakitnya..=)

Saturday, January 19, 2013

Kena Kencing

ini kisah bukan kena bohong ke apa ni..
memang aku di kencing betol2 hahah
olehh sape??
cer teka..

nama dia BLACKIE

makhuk jadian Allah
yang teristimewa dan disayangi oleh Rasullullah..
cer teka apa dia??

K.U.C.I.N.G~!!!

cik aifa pun tak tahu kenapa ari ni dia besan sket..
ni bukan besan ada kaitan dgn anak kahwin dgn anak orang ok..
ni bahasa kelantan membawa maksud..
tak tahan nak kencing...
biasa kalo nak kemana-mana atau dalam trip ke mana-mana
mesti ada je nak berenti stesen minyak or toilet awam pasal tak tahan nak kencing..
pendeknya bahasa dia adalah 'besan'..

nak dijadikan cerita..
tadi tengah landing sodap je kat depan tv..
c kucing ni lalu kat tepi..
cik aifa pun amik la gosok2 dia..
sekali rasa panas meleleh je kat tangan..
rupanya tengah mengencing...
habis baju dan kain batik cik aifa..
tak tahulah pe masalah dia..
ari tu kencing dalam besen kosong kat tengah ruang tamu..
kitorang sume tengah sodap je beborak 1 family pas sudah makan malam..
tetibe tercetek dia masuk lam besen tu..
ingat nak wtpe..
tengok2 air kencing dia dah masuk secawan ada kat dalam tu pas dia kua.. isk3...

p/s: ape pun, sy sayang sume kucing sy..
lambtnya nak dpt keje dpt gaji t nak buat rumah kucing..~!!

Thursday, January 17, 2013

derma darah

sebelum balik...
nak jugak update blog..
semalam ada kempen derma darah dr Hospital USM..
so, ini kali kedua cik aifa derma darah...
tu je nak cakap..hahah


p/s: jom balik

Tuesday, January 15, 2013

urusan praktikum 1

sungguh lambat rasanya masa berlalu hari ini..
6 jam dari pukul 2 ptg hingga 10 malam pusing 1 pasir puteh semata-mata cari rumah sewa...
seb baik cik aifa dah booking awal2 dengan makcik tu nak sewa bilik umah dia..

mulanya g tengok sebuah rumah kat kg padang pak amat..
betul2 depan pagar sekolah menengah sains pasir puteh..
rumah cantik, 3 bilik 2 bilik air, ada mesin basuh, meja makan, seterika, peti ais, almari dan tilam king size and single size, and tv..
overall ok la..
cuma tak jadi nak amik sebab pertama jauh dari sekolah..
kedua, jalan sibuk sbb keluar tu ikut jalan kb-pp,
ketiga, jauh dari kedai2 makan dan kemudahan yang lain macam stesen minyak pe sume..
lepas tu g rumah makcik yang buat sewa bilik tu..
memang strategik..
dengan skolah cuma 7 minit je..
kalo pagi jalan sibuk maybe dalam 15 minit je kot..

lepas tu dah sudah g pulak cari rumah sewa untuk matju and mr atoz..
susah giler kot..
sebab serius susah jugak nak dapat rumah sewa area nie...
banyaknya yang mengecewakan adalah bila ditanya mesti jawapannya 'orang baru je masuk beberapa ari lepas'..

mula2 ada makcik nie..
berbelit macam ular..
pening sume.. orang tanya mana nak amik kunci, dia g cakap lokasi rumah yang nak disewa..
bila jumpa kedainya, sorang laki ni cakap rumah tu buat homestay pulak..
rm4500 sebulan kau...
ada yang lagi 1 pulak rumah kebenda xtahula ruang lahar xda bilik langsung rm500..
last2 skali tolak aje..

then g rumah yang depan econjaya tu..
dia cakap tak nak bagi sewa pulak..
huh.. kata nak rombak padahal dah 2 tahun macam tu jugak..
rumput dah naik paras pinggang dah..

lepas tu g umah pakcik and makcik cik aifa..
hurmm... xda jugak..

g pulak round kot perumahan depan smk tok janggut..
macam biasa.. xda okayh..

yang paling lucu bila g ikut kompleks sekolah kamil..
jumpa sorang makcik ni..
dia cakap ada rumah kayu buruk orang baru keluar
kalo orang laki boleh la duduk kan..
sekali g tengok..
macam yang matju impikan...
rumah kayu, lantai krek2 risau takut jerlus, lantai lobang2..
yang paling penting, jamban kat luar umah...hak3
dahla rm150 sebulan..

last skali kitorang nie memang dah putus asa..
benti solat Asar di masjid besar pasir puteh..
then gerak nak balik pulak..
dengan penuh kecewanya kami sebab tak jumpa rumah yang boleh disewa..
yelah, memang hati tak tenang la kan kalo urusan tak selesai..

tibe2 matju kata cuba g cari kat area dekat sekolah dia pulak...
bersyukur pada Allah
akhirnya jumpa yang diidam..
dapat homestay rm600 je..
including bil elektrik dan air.. murah hoke..
sepatutnya per night rm130..
semua lengkap..
depan sekolah pulak tu..
memang tak payah nak pikir minyak keta la pasni...
makan pulak dah tuan rumah tu makcik kantin sekolah tu..
baik2 sangat2...
dan sangat mesra bersama jirannya yang banyak cakap..
xkering gusi weyhh...
pastu kalo tak cukup barang siap pesan lagi suh cakap sebab dia nak tambah..
kalo homestay lain memang jangan harap la kan..
mesti nak kira jugak full payment..
and just cukup setakat pe yang ada dalam tu je..
memang sangat berperikemanusiaan sangat2.... =)

otw balik singgah makan di isma cafe..
lapaq giler.. kul9 baru jumpa makanan..

akhirnya balik dengan tenang ke asrama...
semua urusan telah selesai..
Alhamdulillah...

p/s: penat wohh

penat

sebelom tido.. sila basuh kaki..(sila jadikan amalan okayh..~!!)

so, hari ni siyes rasa sangat penat..
betis ni rasa pegal je...
sebab dok naik turun tangga punya pasal
pastu berdiri lame sangat mase kelas PJ petang td..
tambah pulak 2.4 jalan kaki seround td..
tp xpe.. azam nak turunkan berat badan hoke.. bukan kuruskan badan..hak3..
lambat nak tunggu elaun.. 
rasa macam nak beli je felinna inchloss.. tgk testimoni ramai kata ok... tp sabo jelah dulu..
skang berusaha secara sihat iaitu jog..
actually main naik turun tangga tu 1 senaman..
tapi siyes penat woh naik naik tangga...
sampai sem ini aku berazam taknak basuh kain guna mesin kat bawah
pasal berat kot nak angkut kain naik turun..
alamatnya banyakla syiling t aku leyh simpan dalam cheleng.. (tabung ok.. base klate)

hari ini dengan kesibukan kelas yang habis kul 4..
sempat lagi menggilap dinding bilik nie buang die nye kapur2 putih yang melekat bila disentuh tu sebagai aktiviti utama..
bayangkan (bayangkan ok lam kepala tu...)
aku salin air dr baldi sebanyak 10 kali ulang alik dr pantry
sbb kotorannya banyak sangat..
skang aku agak puas hati dah dengan prestasi dinding bilik aku..
kesan double tape hitam yang banyak tu pun dah tinggal sket je..
xpelah tunggu aku letak potret besar2 kasi tudung dia nanti..haha
masih ada sket2 putih2 bila disentuh dengan tangan..
tp overall ok lar...

esok dak ni cakap report fizik cik rosdi kena anta
tapi maaflah sbb aku xbuat ag
kalo aku buat sekarang pun
bukannya aku boleh fake gambar2 awan tuh..
so, sabou jelah.. start esok aku amik gambo awan..
minggu depan aku anta..
maaf cik..~~!!!!

last skali, akhirnya bilik aku dah banyak sangat tempat yang boleh aku sangkut hanger baju..hahah
disebabkan mase mula2 masuk tu xda langsung tempat nak letak hanger pakaian,
hal ini membuatkan aku gila tempat sangkut..
bersungguh pergi beli paku kat kedai semata2 nak paku tingkap nak jemur baju
btw, hari2 basuh kain, hari2 kering je kain aku
sbb siang hari cahaya matahari masyukk je memancar dr tingkap..
tu pasai jemur baju kat tingkap..
cerdik x??

p/s: good nite..~!! 

Monday, January 14, 2013

makanan

sambil layan my current favourite song (yakin cintamu ku dapat)
dalam hati berangan
bila pulak cik aifa nak jumpa cinta
apalagi nak yakin itulah cinta yang cik aifa dapat
huh... mimpilah...

teringat tadi ashraf ada tanya lam kelas..
aini, kalo ko nk cari laki, nak yang tinggi ke rendah
jawapan cik aifa 'mestilah tinggi sebab aku tinggi'..
itu preferred la kan..
tpi sebenarnya cik aifa tak memilih..
rendah ke tinggi ke yang paling penting dia faham dan dapat terima cik aifa seadanya...
tp for this time being...
hati masih belom terbuka..
rasa bosan.. dan lali dengan kerenah kehidupan..

tapi now..
as tahun ni im turning into 22 years old
so, i think i should start being an adult.. a real adult..right??
time dowsn't wait for us right?
i wanna be more matured..
and improved my life skills especially in cooking because i know its sucked.. LOL

thanks pada cik sarah, cik aida and cik zora sebab teman g paso malam...
cik aifa beli yong tau fu rm4, air kelapa singget, 
pastu sempat pulak singgah lepak kat pantai bukit kluang beli cholek buah rm2..
sape lom datang g pantai ni?
dipersilakanlah..
cantek kot pantainya....
dah hampir 4 tahun tinggal kat sini
tak penah puas datang kepantai..
sbb cik aifa dapat tenangkan kepala otak yang kadang2 serabut nie
tambah pulak dengan keletah kawan2 yang boleh buat ketawa nk pecah perot nie..
hurmm.. sure i'll miss it bila dah kua maktab t.. (T.T) buat ayat sedey plak..

jam dah nak kul 11.. 
nak cari sket pasal kimia..
tapi mesti kalo nak cari pasal study mesti tenet terus lembab cam sipot bha**..haha

p/s: sebelom tido cek jelly crystal buang kalo ada yang pecah (cik sarah suh cari pokok tanam dalam tu - xtahu nak cari pokok apa)

Saturday, January 12, 2013

today

pagi2 bangun awal sudah sarapan terus kua ngan abah
g tengok rumah yang buat sewa bilik kat kampung cik aifa..
bukan kampung yg dimastautin skang ok...
my original village la..
nun kat bandor pasir puteh..
well, i think im satisfied enough..
tp masih tak tahu kawan2 lain cakap macam mana lagi..
sok baru nak bagitau dorang..

lepas tu..
kemas-kemas barang awal2..
pastu kul 11 bertolak ke kuala terengganu..
dengan tujuan nak g membebel kat adik cik aifa yg nomor 4..
baru seminggu pegi
dah tefon suh g anta barang tetinggal la apela..
orang dah ingatkan awal2 menangguh lagi buat alasan nak tengok tv..
pastu mulalah itu tinggal ini tinggal...ish3..
tp sebenarnya i know she's homesick..
yelah.. balik 2 bulan cuti after PMR dok dgn family 24/7
sape tak homesick...
biasalah budak dok asrama homesick...
tambah pulak dari form 1 berenggang dengan family..
cik aifa kira beruntung sebab dapat SBP pun dah form 4..
takat 2 tahun homesick manelah sangat..
tak seteruk yg dr form 1 lah kan..
teringat mase dulu adik nomor 2 masuk hostel, 4 5 kali sehari col cakap nak balik..
sampai skang dok universiti dah still homesick jugak kadang2...  (i know ok miss ainun..hahah)
ni kira kes sama dengan adik nomor 4 la ni..
dan sekarang bertambah kat adik yang nomor 5 pulak..( be tough young man~!!)
yelah sape tak sedih berjauhan dengan keluarga kan?
ada orang cakap bila sekali kita berjauhan dengan keluarga,
dah susah nak balik dok dengan family secara permanent..
kalaupun ada, mungkin tak lama sebab bila kita dah besar, 
tambah yang kahwin ada anak and family sendiri..
dah tak sama dia punya suasana.. betul x??
cik aifa pulak kira beruntung sebab skang belajar jaraknya entah bape kilo tapi sejam je dari rumah..
so, tetiap weekend I'm home..hehe...
tapi skang balik dah xrelaks cam dulu..
sbb tahun lepas ada 5 adik kat umah..
skang ada 3 je yang kecik2..
bila balik je, sume keje macam masak, mengemas, dll yg dulu ramai tukang buat nya semua cik aifa kena buat...haha.. (terpaksa merajinkan diri yang pemalas)

balik dari KT dah kul 5 sampai umah..
kemas barang2.. and main2 crystal jelly bead dalam aquarium (sampai terbawak2 datang asrama -hahah cam budak2.. umi sampai geleng kepala.. t gambar cik aifa upload k)
dalam 5.45 bertolak dari rumah..
pastu sampai kat pengkalan nyireh kul 6.25..
rasa macam malas lagi nak masuk asrama..
so, straight belok kiri ke pantai air tawar..
g umah pak cik cik aifa..
serius cik aifa sangat cerdik sbb xpayah peta dah jumpa carik rumah tu tanpa apa2 pertolongan..haha(masuk perahu kayuh sendiri ok!!)
dapat pulak makan nasi sampai 2 kali..haha...
kul 9 baru masuk maktab..
t leyh slalu g sana..huhu

p/s: ngantuk.. nitezzZZ~!!!

Wednesday, January 09, 2013

gelang dan kerongsang 3D

hai korang...
akhirnya dalam cuti hari tu berjaya try buat gelang 3D untuk adik cik aifa guna manik lebih2 yang tak guna... dan cik aifa juga sempat buat 1 kerongsang 3D..
kalo korang nak tahu, kerongsang jenis 3D ni kalo dekat pasaran harga dia paling kurang rm40 dan keatas... 
makin sarat makin besar makin kemas buatan tangannya makin mahal harga dia...

and this is my own exclusive design...
sape nak belajor...
boleh sangat2...
sape nak beli, nantilah dulu..
belom bersedia nak amik tempahan..
baju yang nak dijahit manik pun ada 3 lagi..
masa amat suntuk...
mohon lah supaya cepat2 siap..




roommate pun ada bagi idea suh buat tudung bunga sakura half moon tu..
cik aifa bukan tak pandai, reti memang reti..
cuma yelah seperti cik aifa cakap tadi..
masa sangat suntuk...

kat bawah gambar selendang bunga sakura yang cik aifa dah jahit...
satu hari dah siap cuma xjumpa hari dah nak buat lagi..
diri sendiri pun xda lagi yang macam ni..
ingat nak beli, tp bila ingat reti buat sendiri,
cerewet mulalah datang menjemput diri sbb susah nak jumpa yang buatan kemas dari penjual kat kedai..hehe...


Makanan Kucing

sape kat sini ada bela kucing??
kalo ada, sila angkat kaki!! cepat!!! ahaha
cik aifa for this time being ada 6 ekor kat rumah..
nak bawak datang asrama risau takut hilang pulak..
xkissah hodoh ke comey ke bulu lebat ke bulu sengkat, semua cik aifa sayang..
sebab mereka semua macam2 kerenah..
jadi pengarang jantung hati ni haa...
tengok je mereka, rasa kebahagiaan meresap jauh ke sanubari..=)

k.. ni nak cite pasal makanan kucing...
sepertimana yang kita telah sedia maklum, biasa kalo orang bela kucing,
mesti bagi makanan dalam paket yang telah dirumus khas untuk kucing..
iaitu whiskers and friskies...
tp kalo kome ni jenis yang idak mampu, mampu ke nak berhabis untuk setiap bulan just untuk makanan kucing..
kalo mampu, belilah...
kalo tak mampu atau malas nak membeli makanan kat kedai, meh nak kasi 1 resepi makanan kucing yang konfem kucing mesti suker punyer...

resipi dia sonang je..

"IKAN REBUS"

ni kira termasuk kategori beri makanan yang kita sendiri makan seharian la..
sape tak penah makan ikan rebus?
cik aifa pun xminat gak... tapi cuba kome goreng ikan rebus tu..
perghhhh.. masyukkk giler makan dengan nasi dengan budu pedas..haha
k.. yang xmakan ikan xpelah.. ni just nak bagi kat kucing je kan..hehe

resepi dia senang je..
beli ikan, sudah siang2 ikan tu, basuh cuci2...
lepas tu masuk lam periuk, letak asam keping barang sekeping dua, pastu tambah garam bersesuaian dengan jumlah ikan.. masuk air sket agak2 tenggelam ikan je.. pastu rebus..
bila dia menggelegak.. tutup api bila air dalam periuk tu nak2 kering tp bukan kering sepenuhnya ok.. t hangit pulak ikan rebus awk.... bila dah sudah, sejukkan...

ikan tu nanti suka hati koranglah nak gaulkan dengan nasi terus bagi kat kucing ke, atau bagi ikan je saje2, suka hati korang.. tp insyaAllah kucing mesti makan punya...
tak de punya istilah 'kucing aku tak makan benda lain, makan friskies atau whiskers je'.. kalo tak caya cuba try..
biasa cik aifa bagi nasi gaul dengan ikan tu je...
ada jugak kawan cik aifa cakap, kucing kalo selalu bagi nasi barulah gemuk..
cik aifa sendiri pun tengok kebanyakan kucing macam tu..
tak kira kucing parsi ke siam ke biasa ke mesti gemuk kalo bagi makan serba serbi ni..
memang betul makanan paket tu bagus untuk bulu lah ape semua lah, tp banyaknya kucing tu keding je.. harap bulu je kembang... tak sihat ok... monyok semacam ja... (ini PENDAPAT saya OK!!)

*1 peringatan, jangan bagi kucing anda makan ikan mentah atau ayam atau daging mentah serba mentah la senang, and perut ikan ke masa anda siang ikan tu, tak bagus untuk kucing sebenarnya.. nanti kucing tu jadi muntah2 wane hitam and kua balik makanan yang dia makan dan boleh menyebabkan sakit2.. (lainlah kalo kucing anda ni kucing hutan yang memang makanan ruji dia sama cam harimau..)

k.. tu saje dari cik aifa..hehe..
pada yang nak cuba, silakan..hehe...


p/s: kalo nak cam kucing tu nak berak ke nak kencing kat lambakan kain ke lam bakul ke, tengok kalo kaki depan dia dok kais2 macam nak gali pasir tu, cepat2 amik p letak luar rumah atau dalam bilik air, tu tandanya dia nak kencing atau nak berak... (kucing kalo tak nak ada perangai kalo dipelihara dari kecik, kita kena tekun ngajarnya nak membuang kat mana.. barulah dia punya perangai tip top..)

raya 2012... adik2 cik aifa bersama kucing2 kami..

dalam kenangan...

my new pet










Tuesday, January 08, 2013

Obuse Lip Tint

tengok banyak sangat dalam fb orang jual benda nie..
so, macam tertarik la plak nak beli jugak...haha.. (dasar gedik..)
so, dah beli pun dr kawan cik aifa..
asalnya rm12 tp sebab beli 2pcs dapat rm20 je..hehe
untung sangat sebab kalo beli online walaupun 1 rm10 tp belum masuk postage lagi rm6.. so, disini saya jimat rm6..


cherry pink and red apple

before pakai ape2
(maaflah bibir xseksi.. gambar pun guna handset cabuk je..=))

ni lepas pakai sket red apple.. nampak natural je..
(cik aifa xminat sangat pink cherry sbb wane pink, haha)

so, overall cik aifa punya pendapat...
bau dia sangat bes.,. bau manis..
dia cair macam air..
cuma rasanya pahit2.. xsuka rasa dia..
tahan agak lama jugak pada bibir..
masa mula2 dapat lip tint nie, cik aifa ada calit kat tangan...
dah 20 jam masih tak hilang lagi kesan dia kat tangan tu...

p/s : budak kuat makan (C OREN)



lucu bagi AKU!!!

my fb identity card

harga facebook aku

tak hade orang nak kan aku lah!!! haha

aku rasa ni mesti 1 penipuan besar...haha

love

im so happy with my life now.. though living alone feel quite lonely.. but its okay.. i have my friends, family and pets.. thanks to them for always warming my heart.. with them, i step on little by little to live.. but.. happy moment not always come... sometimes a bit of bitterness showed up and i'm weak... i know im weak when my tears start falling.. people says that time will heals everything.. maybe its true.. but now.. its been over 1 years.. its so difficult.. yes i want it to be forgotten.. trying to give lesson for myself from that.. maybe we are not destined for each other... so, life must go on.. dont be sad.. La Tahzan..!! i know i can do it..


p/s: bila kita clash dengan seseorang.. its not that he is not perfect for you or you arent perfect for him.. its just that he is perfect for other woman and you are perfect for other man..


Sunday, January 06, 2013

travelling 2

seperti yang dijanjikan..
cik aifa janji nak tunjuk gambo2 masa g travel selatan tanah air ari tu kan..
mostly gambar banyak di melaka dan negeri sembilan..
terselit sket gambar di kuala lumpur..

sory lambat sangat hupdate sebab internet baru ada..

DAY 1


sempat g cari tenet kat kolej kediaman um..hehe


highway utara-selatan...


uniknya pokok2 tersebut adalah kerana dicat belang putih pada pokok tu..knp ya?

menara taming sari




with family at kota A Famosa


pandangan menara Taming Sari dr Puncak A Famosa


DAY 2

ni gaya pompuan gedik...haha

cantik kan lukisan kat belakang tu..
abah and his friend.. - doing reminiscent 
xtau lah bila masa pak cik naik moto rambut putih ni lalu.. tup tup ada dalam gambo...

bandar diraja Seri Menanti






IstanA Lama Seri Menanti

Air Terjun Ulu Bendul - abah ngidam air soya

makan kambing panggang.. - kelantan xde okeh.. siyes sangat sedap... t nak g makan lagi..hahaa.. 

rezeki di tengahari.. meletoppp

berjalan2 di pasar malam rembau.. (ada aku kisah kau tengok aku mcm kepelikan amik gambo ditengah orang ramai??)

DAY 3

otw ke pd

singgah disini otw ke P.D


agak terasa seram disini

abah with my baby.. ok.. we come here by kancil only.. ape kau ingat buruk sangat ke?? hahahaha

at pantai Teluk Kemang

aktif sungguh aktiviti di pantai ni.. tak macam Pantai Timur..




thanka Angah sbb bg tinggal semalaman kat umah... hehe

bersama budak comel

at Yayasan Saad Ayer Keroh, Melaka..

kalo xkerana budak ni, tak dapatlah nk bercuti di melaka n N9..
walaupun xlepas interview ni, its ok..
you deserved better place..
cahiyok2 and tahniah..


p/s: SELAMAT MALAM...
12.36 am

Search This Blog