Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Saturday, November 10, 2012

travelling 1

pasir puteh, kelantan --> Universiti Malaya, Kuala Lumpur --> Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh, Melaka --> Taman Rama-rama, Ayer Keroh --> Bandar Hilir, Melaka --> Kuala Pilah, Negeri Sembilan --> Istana Seri Menanti --> Hutan Lipur Ulu Bendul --> Rembau, Negeri Sembilan --> Pedas

tomorrow hajatnya nak ke Port Dickson, Negeri Sembilan..haha...

seterusnya balik ke Ayer Keroh, Melaka, fetch Amad then masuk Johor, singgah Kuala Rompin kenduri Fazi n straight away balik Kelantan..


p/s: travelling 2 will be updated soon along with pictures... 

HAPPY HOLIDAY U OLLLSS....~!!!

Friday, November 09, 2012

a journey

hai semua...
apa khabar... hope semua sihat..
tambah-tambah ni weekenda daj.
xkua g jenjalan ke adik adik abang abang kakak kakak..

cik aifa skang ni ada kat universiti malaya dah..
semalam balik dari maktan pukul 1.00 tengahari..
Alhamdulillah sampai rumah kul 1.30 tengahari setelah anto mr.jelor kek bando pasir puteh..
well u ollss...  selamat bercuti ya pada yang telah memulakan cuti semester tu..
tak kirala panjang ke pendek..
mohon pergunakanlah dengan sebaik-baiknya cuti tersebut...

malam td tepat pukul 9.30 malam,
cik aifa bersama abah dan adik nomor 5 bertolak ke kuala lumpur..
Alhamdulillah kami selamat tiba di disini pada puku 4.30 pagi td..
rasa happy sangat bila tengok kiri kanan jalan ada pelbagai bentuk rumah dan bangunan
dengan pemandangan malam yang bagi cik aifa adalah sangat indah..
sesungguhnya.. inilah yang cik aifa sentiasa rindu-rindukan selama ini..
the feelings.. yes.. that feeling..
seriously.. i love k.l..
the surrounding... feels just right for me...

skang pulak..
tengah tunggu adik nomor 2 dekat universiti malaya seap2 nk serah kunci bilik..
dia pun start cuti sem jugak...
tp dia cuti 10 hari jer..
then lepas tu kena sambung journey to ayer keroh, melaka
anta adik nomor 5 ni kek Kolej Yayasan Saad..
for the interview 4 hari 3 malam..
hope sangat-sangat dia dapat buat dengan baik dan got selected in that interview later..
good luck..~!!!

lepas hantar dia, abah kata dia nk proceed ke kuala pilah, negeri sembilan pulak..hehe
lepas tu ada kenduri umah rakan sekerja dia di melaka lusa,
tak ingat pulak area mana..
lepas tu 12 hb amik adik untuk journey balik..
kalo sempat dan takda aral melintang..
nk singgal di kuala rompin for kenduri kahwin cik fazi batchmate cik aifa di maktab nie...
hope dia bahagia dengan perkahwinan ni..

next, wait for the pic k..
i'll update later.. muachh~!!!

p/s: sape dia ni budak maktab mesej aku tp taknak bgtau dia sape.. yang pasti ada classmate aku komplot dgn dia ckp pasal aku..sape dia.. aku tahu t seap ah dia..

Tuesday, November 06, 2012

Aku giler kotak!!

hai semua..
dah tido belum memalam nie...
perghh sejukk masyuk giler malam nieyh sebab hujan..haha
jom tido..
tp cik aifa takeyh tido awal malam nie...
kena siapkan separuh baju nie..
kalo tak..
mau tak tido malam esok ni..haha..
tulah keje menangguh sangat...
nipun sempat ag tulis blog haa... isk3..

malam td dah kemas brg sket..
Alhamdulillah sudah 3 kotak buku dan fail masuk stor..
2 kotak pakaian pun sudah masuk stor..
1 kotak beg pun sudah masuk stor..
2 rak tengkat bersama isinya pun sudah masuk stor..
1 kotak besar manik pun dah selamat perjalanannya sampai di umah
sama jugak dengan printer dan bantal sebijik..
tinggal lagi baldi2, brg mandian, heater and seterika untuk masuk dlm stor khamis nie..
dan 1 luggage pakaian serta 1 beg alat2 body care, facial care and make up tuk dibawa pulang..muahaha.. banyak giler....
and sebijik lagi bantal untuk ke rumah..
serta sebuah kotak yang aku telah sediakan utk seludup sekoq kucing ni balik ke umah..
bukan apa.. aku keesian ti xda orang cuti sape nk bagi makan kat dia..

barang-barang penjagaan diri.. tunggu masa nak dibawak balik umah..
ko tgklah tu.. macam-macam ada..
sape nak beli, boleh pm aku tanya mana nak beli..
antaranya ialah, foundation/cover face naturactor 161,171,140, make up base naturactor, loose powder naturactor, toner nona sutera, vaseline, maybelline make up remover, losyen johnson baby, krim malam dan siang natural 99, deodoran garnier, clay mask garnier, eye-brightening roll garnier, mask daiso, maybelline blusher, compact powder miyami, lip-ice lemon, panadol actifast, miss rose mascara and eyeliner and lipliner, silky girl mascara, freshkon color fusion warm hazel contact lens, minyak TYT, sponge foundation, maybelline eyeliner, cermin, bedak enchanteur, dan lain-lain banyak pulak aku taip buat semak jew nieyh...
nasebla sape yang bace mesti penat kan..haahha

kotak yang belom terisi apa2..
kisah disebalik kotak,
aku sampai kat sebuah kedai ni, nampak banyak sangat kotak.. so aku amik banyak2 masuk lam keta..
sekali kali kedua nk amik kotak, sorang pakcik lalu cakap kotak tu sekilo 30 sen..
cepat-cepat aku masuk keta terus balik...
walaupun malu.. tp aku terpaksa jugak...ahha.. sebab aku giler kotak.,..

kotak2 yang telah masuk stor..

sekotak jugak kasut aku dan roommate ku

kalo betul kena tukaq bilik sem depan...
sumpah aku rindu dgn hiasan ni sume..


menjahit manik pada baju kurung...
harap dapat siapkan separuh malam nie..
itulah.. sape suh bertangguh...

 lambat pulak tunggu elaun sem depan..
aku dah buat dah list ape aku nak beli..huk3..haha... pemboros..~!!!

p/s: sambung memanik... enjoy tidoq ya sume..

Monday, November 05, 2012

exam sce3108 sem 4

finally.. tepat tepat kul 11.00 sudah jawab exam ni...
exam yang paling lama aku amik masa nak siapkan..
nak wat cmana..
esei 2 soklan tu dua jam aku guna..
seb baik dah jawab yang subjektif td awal2...
xlah terasa sangat xsempat masa..
serius aku tawakkal je..
harap 2 lulus..
xdpat A+ pun xpa asalkan lulus..
AMINN.....

dilema wanita


duka derita duka laraku didunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesakit kita apapun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi cintaku

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua..


~kiai kanjeng~
____________________________________________________________

dah tido ke sume?
sebelum cik aifa tidur, 
cik aifa share lirik lagu sayang padaku nie...
ingat!!!

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua..


p/s: selamat malam... 

Sunday, November 04, 2012

hargailah..

kadangkala..
 orang yang menyintaimu
adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu
kerana..
 orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya
dan..
bila di suatu masa dia hilang dari pandangannya
kau akan menyedari..
dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari

...

pagi esok exam..
tapi malam ni still tak bace ape-ape lagi..
serius sangat tak da mood nk study..
sebab tibe-tibe aku rasa hiba..
teringatkan mereka..
lebih sebulan sudah mereka pergi..
sampai skang bila aku balik rumah
kadang aku menangis teringatkan mereka..
setiap tempat ada kenangan bersama mereka..
Ya Allah tabahkanlah hatiku...

aku xmahu bersedih..
kerna aku takut bersedih..
kerna bila aku sedih..
semua kenangan datang dan aku mula teringat..
sesuatu yang harus aku lupa..
yang hilang pergi tanpa penjelasan..

p/s: 

La dan Jelawat

Assalamualaikum semua..
apa khabar di pagi yang indah dengan bunyi2 pekebun mesin rumput kat padang tu..kekeke
ni ada satu cerita..
semalam cik aifa g La Hot Spring kat Keruak kot..
jalannya nak g ikut jalan ke belakang bandar Jerteh..
cik aifa tak tahu jalan dalam ke La yang lama dah dicantikkan atau tidak..
jadi cik aifa g ikut jalan Felda Tenang..
nun jauh masuk kejalan bengkak bengkok..haha...
ada sekali tu naik bukit, kereta macam tercangkung je kat atas tu sbb kepala pun terjengul nak tengok jalan tu kiri ke kanan sebab tak nampak..hahaha..
ni nasib lalu jalan ni bengkak bengkok nya banyak..
kalo jalan satu lagi yang cik aifa tak pasti dah dibetulkan atau tidak tu,
seingat cik aifa jalan tu bukan bengkang bengkok tapi naik turun kadang mencangkung atas tu tak tahu nak g mana..haha
sebenarnya dulu masa kecik2, 
cik aifa selalu datang sini..
boleh kata tiap-tiap minggula datang sini dengan family..
jadi semua jalan cik aifa tahu.. (haha.. riak riak..)

pukul 7.30 bertolak dr rumah disebabkan ada masalah air terpaksa datang lewat,
sampai sini kul 8.10 minit..
terus bertolak ke La...
pas ada delay2 sket..
dalam pukul 9.45 ke 10.00 baru sampai..
perjalanan dia lebih kurang sejam..
jauh nun masuk ke dalam..
memang adventure sungguhla..
jenuh drive..

sampai je terus berendam dalam air panas...

inilah krew kami yang semuana sporting habess...!!!
sayangnya cik mus tak dapat datang sebab ada kenduri kahwin abangnya di umah..

hah... this is me and my roommate cik jacobs...
merendam kaki dalam air panas...
jangan risau..
memang kami semua siap menyelam lagi dalam kolam nie..
walaupun panas and naiknya kepala agak pening,
maybe sebab darah-darah berjalan dengan lancar..
bagus untuk kesihatan..

dulu cik aifa ingat ag..
ada sorang pakcik ni dia lumpuh..
jadi tetiap minggu anak dia bawak dia berendam dekat sini..
setelah beberapa lama, diizinkan Allah..
akhirnya pakcik ni dapat berjalan seperti biasa berkat usaha dan keizinan daripadaNya..
serius ni tak tipu.. (INI CERITA BENAR)..
so, sape2 yang sakit tu bolehla kesini..
bagus untuk kesihatan..

cara nak berendam :
masukkan kaki dulu..
tangan amik air lurut-lurutkan dekat lengan dan lutut atau anggota badan lain untuk bagi pengenalan pada suhu air..
lepas tu masuk sedikit-sedikit dalam masa selang 10 minit atau lagi baik lagi lama...
sebelum meneruskan ke rendaman anggota seterusnya,
masa kita rendam kaki tu,
lama-lama kita akan rasa berpeluh merintik-rintik keluar tu
'barulah boleh nk masuk dalam lagi..
kaki, lutut, paha, pinggang, perut, dada, bahu, leher dan masuk habis..
INGAT!! jangan masuk terus semua skali tanpa staging mcm ni,
sbb ramai dah yang buat macam tu kononnya boleh buat,
tapi akhirnya PASSED OUT.. pengsan..



setelah puas hati berendam di air panas..
kami mencari port nak mandi air sejuk pulak..
sangat-sangat sejuk
sebab cuaca maca tupun mmg sejuk sebab  hujan rintik-rintik..

diz is me...

kami bertujuh..
nasib baik pandai pulak timing amik gambo..haha

ni saje je ni nak memcapap...haha

terima kasih pada sorang abang ni jd sukarela amik gambo kami..
walaupun tak da kiraan 1,2 dan 3..

inilah kami.... selepas melepasi tol masuk untuk keluar..
cik aifa berhenti kejap nak pakai tali pinggang keledar..
alih-alih cik jacobs suh bukak pintu..
so, kami bershooting di tengah-tengah jalan yang lengang tu..
tengok latar belakang tu.. chantek kan????
saujana mata memandang..


sampai asrama kul 1.00 tengah hari..
terus tumbang..~!!!
________________________________________________________________

pukul 1.30 terpaksa bangun balik...
kul 1.45 berkumpul untuk ke umah cik musfirah
nak makan gulai kenduri kahwin abangnya..
chantek sungguh pengantinnya sesuai sama sepadan..
kami konvoi 4 buah keta ke sana...
semua 15 org, balik 16 orang sebab bawak balik cik mus skali..haha...

bergambar bersama pengantin...
lepas tu terus pulang.... 
jam dalam kul 5 lebih sket kot..
tetibe keta jam tingkap bahagian pemandu..
lagi cepat nak balik sebab takut hujan..
sampai je tempat mekanik, boleh pulak dia elok-elok je menjadi..hahaha
terus balik tp sempat pulak singgah pantai timur...
sampai maktab kul 6.30 ptg kot..

mlm berjamu pulak dekat bilik tv makan-makan makanan yang dibungkus...

kul12.30 terus tido... sakit kepala..
bangun je naseb baik ringan balik kepala...
nak sambung kerja pulak..

p/s: lapor pulak tp mls nk turun.. tunggu pasar malam la...

Friday, November 02, 2012

geram

ni masa aku nk marah ada sorg nie suka tanya benda yang sama ulang2 kali
kalo tak jawab kang takut org kata sombong
jd aku jawab dengan nada marah.. 
so nilah jawapan aku..


_________________________________

ya
sy dok asrama
tp balik tetiap minggu kat umah
hah??
dah faham??
nk tnya lagi ke??
meh nk cakap biodata sy

nama penuh sy siti qurratul aini ulfa binti rodin jaya...
ayah sy keturunannya datuk cina, nenek jawa, 
mak sy keturunannya datuk india, nenek melayu...
sy adik beradik nombor 1 dr 8
sy umur 21 adik bongsu umur 3
anak kedua umur 19, ketiga 17, keempat 15, kelima 12, keenam 8, ketujuh 5..
sy nie ada kerja sampingan, iaitu jahit manik dekat busana pakaian, sarung bantal and all and buat barangan kraf mcm keychain, bantal, dr felt (boleh tgk album koleksi manik sy)
sekarang sy belajar dekat institut pendidikan guru kampus sultan mizan
ijazah tahun kedua semester 4
dekat besut, terengganu
umah sy kat pasir puteh kelantan..
hobi sy pun jahit manik selain tgk rancangan realiti tv korea tajuk running man, tgk movie english, and drama korea..
xsuka tgk cite antu, thriller sy suka... cite melayu sy benci..
sy orang kelantan tp xsuka sangat cakap kelantan..
so, xpyh nk belajar atau ckp bahasa kelantan dgn sy..
satu lagi sy suka english.. apa2 je berkenaan english..
jenis open minded tp grg terutamanya bila org bercakap ulang banyak kali pd sy...
warna sy suka biru, merah, hitam putih..
warna sy xsuka oren and kuning..
warna sy benci warna hijau bendera PAS tuh..

lagi satu sy minat kucing.
bg sy, kucing lagi penting..
sy sangat xsuka budak2..
tp saya tahu mcm mana cra nak jaga budak kecik walaupun umurnya bru sehari...
selain tu sy suka berjalan ke kuala lumpur..
dan pernah sekolah disana masa tingkatan 4 and 5..
lepas tu sy jugak suka makanan barat dan itali
macam pasta, spaghetti, makaroni, pizza, ayam kfc, burger dll
selain tu sy suka pakai baju kain ssatin
saya hanya pakai selendang and tudung bawal je..
sy xpernah ada dan xsuka pakai tudung sauk mcm tusung ariani tu.. sbb nampak pemalas sgt..

sebelah mak nenek je yg ada lagi
sebelah ayah dah xda sape2..
kalo ckp blik kg tu maknanya balik kampung mak je..
dekat je dengan sini..

saya single skarang..
so jangan tanya ada pakwe ke tak..

hah, apa agi nak tanya???
lagi satu...
sy ni jnis gila gambar...
g mana-mana je mesti sy amik gambar..
kalo xda org nk tlg ambilkan
sy amik sendiri..
biarlah oorang nk kata poyo ke apa..
pastu sy ni jenis angin suka berubah-ubah..
jenis mudah bosan pada satu-satu perkara..
macam dulu, sy gila big bang
skang sy gila barang penjagaan diri dan makup..
serta belajar make up..
lepas tu skang sy gila tengok brooch 3d pulak....
sy suka tgk benda yang chantik2, bling2, bersinar2, mcm labuci, beg berkilat, dan warna-warni.. sesuatu yang berseni....


p/s: aku menyampah kalo org tanya aku benda sama banyak2 kali walaupun aku dah bagi jawapan pd soalan tu dan dia dengar dgn jelas apa yang aku jawab..
dan aku jugak menyampah kalo aku tanya seseorang tu satu soalan, sampai sudah dia xnak jawab sampai buat aku tanya ulang2 kali... BODOH betul~!!

Thursday, November 01, 2012

kU pERNAh Miliknya....

dulu..
dia pernah ku miliki..
namun orang kata..
takdir yang menentukan..
sampai sekarang kadang-kadang aku terfikir...
apakah takdirku..
bagaimana kita nak tahu yang dia untuk kita?
betapa ramai yang hadir menjengah..
namun yang mana harus kupilih..
memang serius tak boleh fikir..
lama-lama fikir mesti kta akan cakap 'belom masanya lagi..' kan??

setelah sekian lama..
kadang-kadang memori lama mengimbau kembali..
kadang-kadang aku tertanya..
mungkin dulu aku terlalu keanak-anakan untuk menjaga satu hubungan..
dan tiba-tiba aku terfikr?
setelah sekian lama..
setelah bertahun-tahun
adakah aku sudah mampu??
hurmm.. aku tidak pernah tahu keupayaanku sebab selama ini hanya kegagalan yang menjelma..

setelah sekian lama...
aku terfikir sesuatu..
bayangkan.. 
dulu dia milikku..
lalu kami berhenti bertemu sampai sudah di penghujungnya..
lama tidak bersapa..
dah setelah lama  berlalu..
kami menyapa kembali sepatah dua namun ibarat insan yang tak pernah mengenali layaknya...
dan datang kembali kata-katanya suatu ketika dahulu 'aku tak kan lepaskan kau sehingga.....'
dan tiba-tiba aku terfikir..
adakah dia untukku..
mungkin akhirnya Allah tunjukkan jalan kepada kami..
pabila Dia merasakan kami sudah mencapai kematangan..

namun, dia dengan kehidupannya..
aku dengan kehidupanku..
usahlah berfikir lagi..
masa sudah tidak dapat diundur..
teruskanlah kehidupan...
lambat laun kita akan jumpa yang terbaik untuk kita... InsyaAllah..


p/s: jwb exam td best siot.. serius aku suka.. tp aku risau next paper nie..adeh.. sbb tu bermadah pujangga kojap..

Search This Blog