Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Monday, October 22, 2012

Tak Senang / Jeles / Cemburu

hai sume... ape khabar... hope sihatla semuanya...
malam ni cik aifa nak berbicara tentang sikap jeles / cemburu..
kalau tak silap cik aifa, cik aifa pernah sebut tentang ni dalam entri cik aifa berzaman dulu...
cari pun tak larat sebab dah lebih 700 entri dah cik aifa buat..
dan kesemua 700 entri tersebut tak menarik pun...
sekadar luahan perasaan sbb blog personal mestila tak glamour..hak3

ok.. tentang jeles atau cemburu nie.. jeles ni ada banyak jenis.. antaranya :
- suami cemburu pd isteri, isteri cemburu pd suami
- jeles sbb kepandaian seseorang
- jeles seorang kekasih
- jeles dengan kecantikan seseorang
- jeles dengan bakat seseorang
- jeles akan harta orang
- serba-serbi jeles tak leyh lebih orang dari dia.. (berlambak kat pasaran~!!!)
- dan lain-lain (tak larat nak pikir dah..haha)

okeh, cakap pasal jeles, yang paling cik aifa benci giler adalah jenis jeles serba-serbi..
semua kategori jeles ada kategori ni..
orang beli itu, dia beli jugak.. (biar xpandai nak guna pun.. asal ada..)
orang ada ini, dia pun nak ada jugak..

orang dapat kejayaan sikit dalam bidang yang dia ceburi, paling tak boleh nak berjaya jugak, boleh pulak dia menyindir or kate macam-macam yang tak baik kat kita..
payah betul ada manusia macam nie...

bila orang cerita tentang itu ini, boleh pulak dia kata 'tak masuk akal'.. (bodoh, dah sendiri tak tahu terima jelah hakikat tak tahu.. orang tak bercakap kalau tak tahu.. pokok takkan bergoyang la weyy kalo angin tak tiup.. sikit punya akai ada ka...)..
pastu dahla kata tak masuk akal, kata kita ni tak tahu apa2 pulak... (adoila sikit punya sakit manusia macam ni.. - penah jumpa tak orang macam nie?? cik aifa penah.. hahah.. berdasarkan pengalaman sendiri pulak ye..)
kalau nak cakap, memang banyaklah...

antara contoh lainnya, bila dia bermewah berbelanja, kawan ni tak kata apa pun..
lantak kau nak beli ape... sampai ratus-ratus orang tak hambik tahupun..
tp bila kawan ni beli 1 barang harga baru 50hengget je pun kalo nak banding dengan barangan beratus kau tu, boleh pulak menyindir depan kawan-kawan lain cakap kawan tu pakai barang mahal..
nak jugak p jela beli.. (dasar tak leyh tengok orang senang hati..)..

sesungguhnya ingatlah.. sikap macam ini tak lama nanti akan bawa padah..
kalau macam ni kau buat kat kawan kau,
tak mustahil nanti kau akan hidup tanpa kawan tanpa sesiapa.. (semoga masa tu kau akan sedar kesilapan diri sendiri..)
yelah.. sesetengah orang dia mudah dapat kesan perangai, kelibat, habit seseorang tu.. samada baik ke buruk tu terpulang la kan..
sesetengah pulak jenis lampi (lambat pick-up) sket nak kesan sikap kawannya ni sbb banyak sangat minat dia sama dengan kau ataupun kau baik dengan dia sebb takut kau xda kawan.. (dah banyak kali kena barulah kau rasa pahitnya..)

yang paling tak leyh blah skali, orang macam ni biasanya dia jenis yang tak mudah nk menang bercakap bila bercakap dengan dia..
kita hidup ni kena ada mengalah-menang.. barulah fair and square ye x??
ini tidak, terang tang-tang kita tu zero knowledge pasal sesuatu benda itu, boleh pulak kau cakap macam-macam kat orang tu kata dia ni tak berkembang (darak kalu kelate kato)..
haish nak menang dia jugak.. payah orang macam nie...
tapi ingatlah, tak selamanya kau boleh bersikap macam nie..
sebab lama-lama nanti akan ada orang yang akan lawan jugak cakap kau tu... (barulah kau tahu nanti macam mana kalau buku bertemu ruas)..

jenis orang yang tak leyh serba-serbi ni jugak biasanya suka menghina orang...
bagi dia yang mulutnya meluahkan xpela kan tak terasa apa.. (kau tak rasa pape tapi kau sedar tak kau sakitkan hati orang??)
contohnya kalo bab makan.. semua orang ada rasa, minat dan mengidam nak makan apa2 kan...
tahulah taste kau pizza hut, dunkin donnut, domino, secret recipe ataupun starbucks...
tapi jangan dok hina orang yang hanya nak makan ayam kfc atau burger McD...
dah dorang suka yang itu.. apa yang masalahnya??

dan kena ingat jugak..
tak semua orang mewah, senang dan taste tinggi macam kau...
kadang-kadang ada makna disebaliknya...
ada orang dia rela ikat perut sbb nak beli apa yang dia nak...
sbb tu dia nak makan nasi putih dengan sup je hari-hari.. (di samping diet..heheh..)
so, tak bermakna kau nampak dia mewah dari 1 bahagian, dia mewah dalam semua bahagian..

ada orang yang tak suka makan mewah-mewah hari-hari sbb bagi dia sekali dua setahun cukupla sekadar nak melayan dan memanjakan diri..
jangan samakan keadaan kewangan dan kehidupan orang lain sama macam kau...
macam cik aifa ni, bukanlah nak kata family tak senang, tapi buat jugak bisnes disamping minat boleh jugak cari pendapatan sket-sket... boleh jugak meringankan beban umi and abah kan??
kau tetiap bulan dapat duit poket dari mak ayah tapi cuba fikir semua orang ke macam tu??
tak semua.. kau antara yang bertuah sebab dapat..
tp sesetengah orang dia malu nak mintak duit mak ayah.. sbb dia tahu dia dah banyak susahkan mak bapak dia.. jadi, apa yang dia dapat contohnya elaun, itulah yang dia guna dengan bercatu-catu... (cik aifa pun macam ni..)
jadi jangan cakap kat orang tu 'ala, murah je pun', 'ala, bukan selalu' dan lain-lain..
mungkin bagi anda macam tu tapi bagi sesetengah orang tu, membawa maksud lain.. (ataupun menambah beban - 'aku baru nak jimat')


akhir kata, sebagai renungan dan juga peringatan untuk diri sendiri,

kata-kata ini dipetik dr blog cik sarah (mintak permission ya sarah,hehe)
"Please do appreciated  you life.Tk yah nk menjeles dengan orang lain.Kau sebuk jeles ngn orang lain sebenarnya kau tak tahu pun apa yang disebalik kehidupan dia.Setiap kebahagiaan sebenarnya ada harga yang perlu dibayar .Contoh kau tengok laki orang kaya , laki kau tak.Kau tak tahu taw yang laki dia main kayu tiga,Even laki kau tak kaya tapi laki kau setia ngn kau.Kau tengok orang lain keje best, kau jadi kuli bos jek.KAu taktau disebaliknya orang keje best kena outstation sokmo , tinggal anak bini.Anak kurang kasih sayang , bini terabai.Kau tengok orang lain sokmo melancong obersea , kau menjeles tak memasal , kau tak taw dia ikat perut hari-hari sebab nk g melancong obersea.Even kau melancong dalam negeri sendiri , intipatinya tetap melancong.Biar berbeza situasinya, namu bahagia biar terasa.okeh?"


p/s: pukul 1.40 pagi.. (hujan lebat.. jom tidoo...)

2 comments:

Cikgu Sarah said...

aku setuju.
Bila kita berjimat , org kata kite kedekut..padahal ye tak tahu kita ikat perut nk beli sesuatu dgn duit sendiri..aku paham perasaan tu : )

Anonymous said...

I have wanted to post something like this on my site and you have given me an idea. Cheers.

Search This Blog