Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Monday, September 24, 2012

Cara Pilih Foundation~!!!

ok.. ni cik aifa nak share sket apa yang cik aifa baca banyak-banyak kat internet ni.. and kat sini cik aifa nak share beberapa benda yang maybe ramai kat luar sana tu ingatkan betul.. tapi rupa-rupanya benda tu agak tak tepat sebenarnya..

first sekali... cik aifa nk share tentang cara nak pilih foundation.. ni untuk orang pompuan la kan.. yang laki pun boleh nk buat pengetahuan.. mana tahu nanti nak belikan foundation kat awek ke makwe ke isteri ke bini ke mak ke adik ke atau kawan pompuan, boleh pulak membantu kan.. 

ok.. biasanya korang kalo g guradian ke watson ke atau kedai-kedai yang jual alat make up, biasanya ada tester kat situ kan?? and ramai cik aifa perhatikan kalo nk pilih foundation, mesti korang calit kat belakang tangan.. and tgk benda tu blend ke x dengan kulit belakang tangan korang.. kan kan kan??

sebenarnya cara tu kurang tepat... sebabnya?? cuba korang perhatikan tekstur kulit belakang tangan anda tu.. kalo kamu perasan la kan.. nampak berkotak-kotak macam tanah yang merekah sebab kemarau je.. cuba kamu tengok pulak kulit muka anda kat cermin.. and bandingkan dengan kulit muka anda.. sama ke lain?? lain kan.. kulit muka tekstur dia lagi halus.. sbb kita kan guna pembersih muka la, moisturizer la, krim bagai lagi.. so, xda merekah merekah macam kat kulit belakang tangan.. ok.. itu 1 aspek.. iaitu tekstur kulit..


ok.. aspek kedua ialah warna kulit.. mungkin korang akan kata cik aifa ni close minded atau salah faham kan.. sebabnya ramai yang kata kulit belakang tangan dengan kulit muka mestilah dalam warna yang sama... sebenarnya x.. dulu pun cik aifa macam ni jugak.. tapi lepas buat pemerhatian dengan mata sendiri dan jumpa beberapa pendapat orang lain kat internet ni.. persepsi cik aifa mula berubah.. sebenarnya kulit manusia ni ada beberapa jenis.. ada yang gelap, sederhana gelap, cerah, sederhana cerah, kuning langsat dan sawo matang.. ini antaranya la... ada banyak ag kot..hehe.. ok.. kalo korang perhatikan even kat korang sendiri.. kulit badan anda berlainan anggota adakah sama adakah lain?? ada yang tak sama kan?? yang sama tu bersyukur la sbb perfect sangat2 dah kan.. rata dah tona warna kulit... tapi ramai yang tona warna kulit dia xsama.. ada yang lengan lain, belakang tangan lain, muka lain, betis lain.. ada yang belakang tangan sama dengan kulit muka.. ada yang belakang tangan lebih cerah dari kulit muka.. ada yang kulit muka lebih cerah dari kulit belakang tangan.. ok.. selesai aspek kedua..


ok.. selepas lihat pada kedua-dua aspek ini..sebenarnya tips paling sesuai untuk pilih warna foundation adalah :

1) foundation sama dengan warna kulit. (kulit muka ok..~!!)
1) dengan sapukan sket foundation tester tu dekat rahang anda.. kan kerap kali kita try foundation tu kulit tangan.. xsalah tapi yang ini paling tepat..

Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, nah.. Itulah warna yang paling sesuai untuk anda. Mudah bukan? tahu x mana rahang anda?? kiri atau kanan sisi pipi anda bahagian bawah..bila sentuh rasa tulang dr telinga ke dagu tu..

___________________________________________
lagi panduan atau cara pilih foundation :


1. Kenal pasti jenis kulit. Dry, combination dry, combination oily or oily. 
2. Kenal pasti tona kulit anda.
3. Untuk oily skin, pilih color foundation yang slightly/one tone lighter dari warna kulit asal.
4. Untuk dry skin, pilih color foundation yang paling sama color dengan warna kulit asal.
5. Pilih lebih dari satu warna foundation untuk dicuba untuk membantu pemilihan warna yang paling sesuai.
6. Apply foundation on oily area seperti forehead and nose bridge dahulu, lepas tu baru area lain seperti pipi dagu dan sebagainya.(if muka anda berminyak la..)
7. Apply mengikut downward movement atau mengikut arah bulu roma pada muka untuk hasil yang smooth, cantik dan sekata. Circular motion for better coverage.
8. Lebih bagus apply guna brush instead of jari demi mengekalkan texture of foundation. For better result, of course.. guna sponge pun boleh.. sy guna sponge hari-hari.. rata je.. sangat memuaskan..


__________________________________________
antara foundation atau cover face atau bb cream yang cik aifa tahu berkualiti adalah :
1) naturactor cover face, naturactor foundation, naturactor summer cake (sangat2 mudah blend dgn kulit anda even apply kat belakang tangan anda..)
2) octard cover face, octard foundation (lebih smooth and lembap drp naturactor.. dua2 produk meiko dr jepun..)
3) maybelline liquid foundation..
4) jenama lain ada ag tp xingat pulak.. depend pd taste korg la k..


___________________________________________
ni cik aifa share antara site-site yang sangat berguna untuk rujukan anda dalam bidang penjagaan diri dan make up:
1.http://female.kompas.com/read/2011/02/09/17254171/Tips.Memilih.Foundation.yang.Tepat
2.http://avonparadise.blogspot.com/2010/02/tips-pemakaian-foundation.html
3.http://zoeyzauyah.blogspot.com/
4.http://makeupholicmia.blogspot.com/
5.http://naturactorcollections-zunitaramli.blogspot.com/
6. and banyak agi site yang korang leyh jumpa kat tenet ni haa.... SELAMAT MENCUBA..

p/s: teringat pesanan dr kawan cik aifa mase sekolah dulu.. nama dia Yatul.. dia cakap mcm ni "tak kira dalam keadaan macam mana pun kita, sebagai perempuan mesti sentiasa kena jaga penampilan diri kita..".. so, xkiralah anda cantik ke hodoh ke xpandai mekup ke kurus ke gemuk ke besar ke masuk hutan ke dok laut ke, kena jaga personaliti anda.. =))

No comments:

Search This Blog