Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Monday, September 17, 2012

Kamus Bahasa Kelantan 1

korang korang...
korang tahu tak bahasa kelantan..
ni cik aifa nak share sket kat korang...
just untuk pengetahuan...
dan enrich ilmu korang tentang dialek kelate nie...
maybe segelintir yang mmg orang klate dah tahu bahasa ni
tapi kat sini..
cik aifa nk share jugak perkataan-demi perkataan..
so.. stay tuned k..
cik aifa akan update dialek klate ni secara berperingkat mengikut ingatan atau words yang cross kat mind cik aifa ni..
maksudnya.. based pada pengetahuan cik aifa la..huhu
and percayalah..
ada antaranya yang orang klate sendiri pun xbape tahu..
sebab nya adalah..
bahasa klate nie kadang-kadang ada perbezaan ikut daerah and masyarakat setempat..

1. nnotor = dderug / derak = berjalan-jalan atau merayau sama ada ada tujuan atau tanpa tujuan

2. ttumuh = satu perbuatan nak tersungkur atau terjatuh ke depan di tempat yang tinggi macam tunduk keluar jendela..

3. ttumah = bekerjasama bekerja keras kat tempat kenduri untuk buat segala persiapan yang perlu atau di mana-mana majlis atau bekerja keras buat kerja atau assignment yang perlu dihantar..

4. teajee = mengata yang lebih kepada menuduh seseorang itu membuat kesalahan tersebut..

5. so'oh / sooh / soo oh = biasa kita guna dgn perkataan 'panas' sbg kata penguat.. juga bermakna rimas..

6. ttiok = jjerik = menangis

7. koyok = mengupas, khas untuk mengopek makanan kulit bawang, mangga, salak.. lebih kurang macam mengoyak la...

8. ssoyok = terkoyak, untuk kain atau kertas

9. nnaim = ambik tahu

10. ttahaa = bertahan, seperti menahan tangan pada dinding..

yg ada 'double konsonan' tu mcm 'tt' tu korang kena bace dengan bersabdu sket..
yg ada 'double vokal' tu mcm 'aa' tu baca bagi panjang sket..

p/s : nanti sambung ag kayh..=))

No comments:

Search This Blog