Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Thursday, August 30, 2012

Tips Jerawat

ni saje nk share apa yang dah cik aifa baca pada pagi ni...
hope enjoy...

___________________________________


Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi. Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang. Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
  • Ambil wudu’ sebelum tidur.
  • Pastikan diri berwudu’ sepanjang masa.
  • Elakkan diri daripada tekanan.
  • Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
  • Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
  • Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
  • Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
  • Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
  • Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  • Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
  • Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.
Sumber: ILuvIslam.com
Daripada sumber yang diambil dari wikipedia, Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.
Bagaimana jerawat boleh terjadi?
  • Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
  • Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
  • Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
  • Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
  • Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
Jenis-jenis jerawat yang biasa berlaku:
  • Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
  • Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
  • Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.
Punca Berlakunya masalah jerawat:
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.
Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit). Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Tips untuk mengelakkan dari pembentukan jerawat:
Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:
  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertektur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
  • Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran Sinar UV (Ultraviolet) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.
Sumber: Wikipedia

Incoming search terms:

  • makanan yang menyebabkan jerawat
  • hilangkan jerawat
  • pakar kulit muka
  • cara menghilangkan jerawat lelaki
  • cara menghilangkan jerawat bagi lelaki
  • cara menghilangkan minyak di muka
  • makanan yg menyebabkan jerawat
  • petua hilangkan jerawat muka
  • bagaimana jerawat terjadi
  • makanan hilangkan jerawat

p/s: nk balik umah.. rindu kucing n arnab...ngee~!!!

Wednesday, August 29, 2012

slipper



korang kenal tak gambar ape atas tuh??
nk crite sket dulu2 zaman putung berasap dulu,
orang kitA xtahula dorg pakai apa sbg alas kaki
hanya mereka d zaman itu yang tahu
sehinggalah orang Jepun datang nk jajah kita dkt Tanah Melayu,
brulah orang-orang Melayu ni pakai selipar..
haha.. suka aku je buat teori..
tp kan.,. betul kan..
bab tu orang panggil selipar jepun..

untuk semua,
korang tahu tak
populasi manusia yang pakai selipar Jepun ni sebenarnya adalah berjuta kot..haha
sbb praktikal, banyak gaya, mcm2 corak n bagai2 pilihan lagi...
tp kan... 
maaf la banyak2...
cik aifa xreti pakai selipar nieyh..
cik aifa tahu memang ada yang akan kata cik aifa poyo ke ape ke
tp ini kenyataan..haha
kalao pinjam selipar rommate or kawan-kawan2
mesti jalan terjingkit2
sbb kalo jalan mcm biasa cam orang lain pakai
tak sampai sejam  of kos melecet
celah kaki tu jadi gatal2 n merah2
lame sket jd luka2...
so, mmg sampai skang dr kecik lagi
cik aifa memang takda koleksi selipar atau sandal yang ada celah kat kaki...

p/s: trendy is fashion.. being myself also my own fashion.. our own style is the best~!!!

Sunday, August 26, 2012

adakah berbeza


ce korang tgk..
beza sangat ke..
sebelah pakai cf n loose powder naturactor..
sebelah xpakai hape2...
xbeza mana pun kan..
cuma eyebag jd kurang sket je...
pendapat anda??
sila sumbangkan komen anda.. ngeh3...

Saturday, August 25, 2012

hari raya

hari raya pertama

satu keluarga


tahun ni lain sket dr raya tahun lepas-lepas sebab selalunya first day raya kat kg,
tapi tahun nie dekat rumah..
memang rasa sangat2 suasana raya tahun nie
dengan hiruk pikuk raya yang macam-macam ragam...
dengan baju raya yang siap pada pagi raya and ada agi nk tambah..
dengan selesema and batuknya yang tidak henti2..
entahlah.. mudah sangat dapat sakitnya..
puasa ari tu pun masa sahur mmg kena makan ubat sbb kalo x, mmg sakit kepala n perut satu hari..
pastu 5 6 orang pakat-pakat buat lemang..
85 batang kauu....hahha
dapatla satu rumah dalam 11 batang bermodalkan rm20...
haha.. murah la tu kalo nk banding kau beli kan..
bila lagi nak merasa pengalaman buat lemang...

rendang buatan sendiri untuk raya..hahaha
tolonglah tolong percaya ni rendang yang aku buat...haha
cuma cakap je nk rendang kuning ke merah..keh3..
ni ayam dua ekor..
aku jugak yang siang dr yang sekoq sampaila berketul-ketul kecik sesuai untuk kehendak rendang..
nasib baik kira terer gakla aku buang perut ayam..haha

malam raya main bunga api bersama kanak-kanak riang
ni malam raya, model : awatif.. hak3..
layan bebudak main bunga api and mercun..
cuma kena berhati-hatilah ye....

kuih buatan kedai n buatan sendiri untuk raya..
tahun ni jugak kuih raya beli jangan cakapla memang banyak...
dengan lemang, ketupat, dodol dan rendang..
macam-macam agilah...
tapi yang bestnya ialah habis...hahah..
cuma ketupat umie aku je tak habes...
bebudak zaman skang...
tak makan ketupat.. isk3...

hari raya kedua

raya kedua berkisar pasal kucing je..haha..
pagi-pagi lagi siap-siap then amik gambo dengan kucing..
arnab je xamik..ngeh3...

bersama 4 ekor kucing kesayangan sya..

comelnya.. lanun..

kucing umah mak long

hari raya ketiga

selamat pengantin baru...
ni kawan baik aku mase darjah 6 sampai sekolah menengah rendah..
tapi sampai skang pun baik jugak..
cuma jarang sangat jumpa..
inipun nasib baik sempat amik gambar dengan dia..
apela mak andam dia xpandai mekup..
yag cerah jadi nampak gelap sket..isk3...
haa.. cite pasal mak andam..
cik aifa nk amik kursus mak andam..
cuma tak tahu nk amik kat mana..
hajatnya awal tahun depan bila dapat elaun nkla amik..hehe...
sebenarnya hasrat ni dah lama terkubur sbb berhajat nk amik lepas SPM dulu..
tapi kena pulak PLKN...isk3...
so, skang nak meneruskan hajatla..haha...

hari raya kelima

rumah terbuka umah iqbal di tanah merah
hari ni paling best sebab boleh jalan-jalan sendiri dengan clasmate..
g umah iqbal kat tanah merah..
walaupun masa datang n balik tu jalan jam berejam..
tapi xpela.. 
berbaloi-baloi..
yeah.. bila lagi kan nak sampai nk kenal umah dia..
time dia buat umah terbuka ni baik g j terus...
asalnya nk g umah cik zahari je..
tapi alang-alang tu terus naik..
dah keta pun dapat pelepasan..
kua 9 pg sampai umah 7 malam..
haha.. berjalan je keje..

hari raya kelapan

hari ni dah menghadirkan diri ke kelas..
waa... xnak buat assignment..
nak makan je boleh??haha
korang tau tak..
raya ni sakan tu xla tapi sakanla jugak..
situ sini ada rumah terbuka n kenduri sampai xlarat nk p dah..
dr rendang, lontong, nasi himpit, nasi dagang, mee kari, coctail, nasi minyak dan lain-lain sume aku jumpa...

p/s: xmau balik mktb ag.. sbb ada byk ag umah terbuka nk p...

Monday, August 13, 2012

SBE

Assalamualaikum semua...
apa khabar..
cik Aifa skang ni ada kat skolah buat sbe..
iaitu pengalaman berasaskan sekolah..
hari yang kedua...
kena buat 5 hari sebenarnya tapi disebabkan skeolah ni amik cuti ganti selama sehari
so ada 4 harilah semuanya cik aifa kat cni..ngehee...

overall kerja berjalan dengan lancar...

seterusnya...
tadi cik aifa semak permohonan wang ehsan..
so, dapat.... yayy..
Alhamdulillah...
dpt topup duit elaun yang nak habis nieyh...huhu....

tapi tetap kena berjimat cermat....
sebabnya elaun nk dpt lambat ag..
ni baru ogos...
nk sara hidup sampai november n januari tahun depan...
februari bru dpt elaun...huk3...
makan pakai duit yang ada ini jela...
so, berjimat ok....

p/s: perutku pedih.. kenapa oh kenapa.....

Saturday, August 11, 2012

tips make-up

cik aifa skang ni nk dekat2 raya ni tetiba excited pulak belajar cara nk  mekup..
cuma nk apply tu..
separuh separuh jela.. sebabnya..
cik aifa xde bendalah2 mcm blusher and eye shadow n eye liner..
belum memerlukan lagi kot..
maskara pun pakai jarang2..
xpandai pakai sebenarnya..
dah puas apply tp krg jadi..huhu..
kelas cik aifa ada yg pandai makeup.. iaitu cik sarah..
hehe.. xberpeluang lagi nk belajar cara mekup dr cik sarah...

okeh.. setelah berjalan2 dalam internet ni, cik aifa nk share2 sketla apa yang cik aifa jumpa untuk cara2 makeup nie...

okeh.. untuk make up tahan lama..
boleh baca kat sini..
dkt blog zoeyzauyah... (klik sini)

and untuk solekan ringkas..
boleh baca dkt blog teratak desa ni.. (klik sini)

cik aifa nk petik sket apa yang menarik bg cik aifaa k..

1) “Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air,” katanya.

dan hal ini memang terbukti terjadi pd cik aifa..
oleh sebab cik aifa kulit ni berminyak,
cik aifa pakai bedak loose powder atau silkjy lucent powder naturactor..
bedak debu...
harga dia masa beli ari tu 76 termasuk postage..
terjumpa tempat mahal.. tp xpelah.. hasinya bagus..
tp if sape nk beli boleh beli dgn naturactor collections, rm41 je..
ori pulak tu dr jepun...
kalo pakai loose powder jenis lain pun bole...
jangan risau..
tp mmg kalo nk banding dgn bedak compact powder,
bedak ni agak susah nk dibawa kemana-mana dan risau jugak terbazir bila bukak and debu dua tu terbang merewang ntah kemana...
so, kena cermat dan agak cerewet la kalo nk pakai loose powder k...

ni hasilnya setelah hampir sebulan cik aifa pakai produk facial care natural 99, toner nona sutera and cf n loose powder naturactor..

kalau korang nak tahu, cik aifa ada masalah kulit berjerawat, berminyak, berparut yang tak la kuat sangat kot dan tona tidak sekata dan siap berbelang lagi...

sebelum pakai... close up

sebelum jugak.. ni awal julai 2012..

selepas : 8 ogos.. ni lepas berjam2 pakai2.. mmg dah berpeluh2 dan raup muka banyak kali dah sbb berpeluh punya pasal.. tp still ok ag kot..hehe

7 ogos.. lepas solat maghrib, touch up loose powder je lepas sepetang berjalan2 shopping dkt kota bharu... 

hasilnya skang : muka dah xnaik jerawat..
dah kurang berminyak even dok tengah panas sekalipun..
yang berbelang2 pun dah makin hilang..
back to years ago mase zaman skola..hehe..

yg tggl skang nie, nak wat cmana a dgn lengan ni berbelang sakan kes pakai baju lengan pendek n then berjemur tengah panas.. adoyai..
ni la salah satu penyebab orang kata aku tempek bedak pasai muka xsama cerah dgn belakang tangan..
padahal yang itu burn berbelang dorg xtengok..
tension gak la bila pikir2.. adoii....

p/s : maaflor kalo ada yg kata tetibe muka aku putih sgt mcm terpakai lebih bedak, masalahnya aku pakai sket jew.. sbb 1 lagi berjimat guna bedak tkut habis cepat..haha.. lgpun, xkan xnk pakai bedak langsung kot..  yg kata bila malam je flawless bila malam je flawless, maafla kalo semak kat mata korang.. bgi aku biasa je.. dah kau tak penah tgk.. mentang2 selama ni aku mengabaikan diri sendiri..

p/s buat diri : jaga kesihatan, peribadi dan kecantikan diri sendiri.. sampai bila nak jadi selekeh sampai bila melaram skali dua orang ejek2 cakap tempek bedak.. adoii... apa nak jadi..

se ag, aku pun pelik nape setiap perubahan yang berlaku pd diri aku mcm diperhatikan orang, even buat slight changes pun orang perasan.. mati kutu den ni haa....~!! pdahal orang lain berubah lagi banyak, melaram lagi habis xde plak dorg tegur..ish3..

Tuesday, August 07, 2012

bukak puasa girlsmate~!!

hai korang..
mesti dah tdo kan..
nk bangun awal sahur esok...huhu..

td ptg bukak puasa dgn girlsmate dkt pizza hut jerteh...
total rm300.00 mcm tu la utk 10 orang..
purata dlm 30.00 sorang la kan..haha...
sekali sekala bukak puasa same2...
penat dah nk cite panjang2..
so, nk tido pulak..
enjoy the pic...





creamy carbonara fettucini...
sodapppp...~!!!

ini sy punya meals.. double delight xsmpai ag..

bersungguh sangat nk makan..


inilah kami.... 3 xmasukla plak dlm gambar..heheh

timbunan setelah habis melantak...

p/s : 
selamat malam..~!!! sodapnya....

Monday, August 06, 2012

aktiviti ahad

semalam 5 ogos 2012..
wahh.. dah ogos dah...
cepatnya 2012 nak berlalu..

petang semalam g bukak puasa kat umah pn hajah che zaini che chik.. yeke ni.. mandai je eja..
tengahari tu cik aifa g jerteh dgn my roommate cik wani and cik nik classmate cik wani..
mmg jalan jam habis la.. dalm kul 5 baru jalan beransur kosong..
pasal org dok serbu bazarla pulak kan nk beli juadah berbuka..
cik aifa sampai je maktab dalam kul 5.30 terus bertolak g umah che zaini kat kuala besut..
betul2 depan balai polis kuala besut umah dia..
mase tu, ada 1 peristiwa lucu dan mencemaskan terjadi..haha
lucunya sbb cik aifa tak nampak pagar rumah dia tu..
jadi terlepas sket..
bila pusing nk masuk ke rumah dia..
alamak tak lepas la pulak..
dahla dok tetengah jalan..
seb baek pemandu2 keta yang lalu tu sabo je a dgn cik aifa...
undur sket baru masuk..haishh...
semua orang yang nengok nya gelak..
yang cik aifa ni pulak..
woii.. sentap jantung mak...
dahla lori bapak beso kat belakang ni haa...
Alhamdulillah..
dugaan selesai..

gambar diambil kat umah pn hajah CHE Zaini b4 balik..
suka lightning dia.. chantekk candeliar...

korang semua minat brooch tak..
malam td jalan2 g jerteh dgn cik sarah, cik syimah, cik aida dan cik zora...
g tu lepas bukak puasa umah cik zaini...hehe
pastu cik aifa amik kesempatan beli brooch kecik2 and 1 brooch panjang, dan 2 brooch sederhana panjang...
suka sbb designnya baru dan banyak ag yang menarik perhatian tp xpelah..
lain kali pulak kan..
meriah sangat2 bandar jerteh waktu malam..
jam habess..
sampai cik aifa sendiri pulak mati kereta tetengah jalan tu beberapa kali..
yelah.. 
1. pemandu baru
2. keta manual pulak...
3. baru nk kerapkan naik keta..
4. xcekap lagi..

kotak kanan tu berisi jam, gelang, pin dan brooch kecik2 kepunyaan cik aifa..
hujung kiri pulak kotak produk cik aifa guna..
sayang seyh nk buang...
kiri depan plak nampak tak mask garnier...haha..
and lain2 mcm dlm gambar produk yang cik aifa post hari tu...
semakkan...
maklumla.. cik aifa bukan jenis yang pengemas orangnya...

p/s : ari ni bukak puasa kat bukit kluang beach resort dgn classmates..~!!

kosmetik saya 2

hai sume..
ari tu cik aifa ada cite tentang alat kosmetik and facial care ape cik aifa guna kan...
k.. post yang ni cik aifa nk tambah lagi..hehe...

ni cover face naturactor 171..
khas untuk kulit yang ada banyak parut jerawat dan kulit muka tona xsekata..
tp cik aifa belom try lagi guna.. 
sbb belom sampai ag yg nie..
kebetulan ada promosi dkt naturactor collections (blog, fb), so, cik aifa cepat2 beli..
hahaha...
ni apply before pakai cover face tone wana kulit muka kita atau pun before kita pakai foundation...
tentang naturactor collections tu..
dia adalah salah seorang penjual barangan naturactor yang diambil dan dibeli sendiri dr jepun..
so, barang dia mmg orila dan harga dia pun berpatutan...


ni pulak make up base naturactor... 
kena apply after guna facial care produk and before concealer if ada concealer atau before foundation atau bedak..
tujuan dia nak bagi make up tahan lebih lama je..hehe..
pun belom sampai lagi....
nk guna everyday tu xkisah la kan..
tp kalo ada dinner yang kadang-kadang je ada, mesti nak nampak cantikkan..haha..
(even cik aifa sendiri xpandai nk makeup2 bershadow2 berblusher nie.. jd ini je la jalannya..)


untuk lips pulak.. cik aifa guna lip ice je..
sbbnya dah penah banyak kali gakla cik aifa try guna gincu atau lip bam biasa..
tp nnt bibir cik aifa jadi kering, kehitaman, dan menggelupas..
so, yang ini je yang ok..
tu pasal hari-hari kalo korang tgk cik aifa nampak pucat je..
sbb ini lip ice xda warna..
tp xpela.. sbb pakai ni, bibir tak kering and xbermasalah..
dah berkurun kot pakai ini..
cik aifa pakai yang lemon punya sbb dia nya bau n rasa lebih segar gitu..




ni sejenis lagi lip ice..
cik aifa guna yang kanan skali..
yang fragrance free punya..
dia wane putih tp bila kena bibir kita, automatic akan berubah warna kepada warna bibir kita...
kadang-kadang je pakai ini..
ni pun bole pakai sbb dia nya bahan adalah mentholatum..
berangin.. best...

sebenarnya kan...
cik aifa ada gak perancangan nak guna semua produk naturactor nie.. 
tapi sekarang tak bolehla...
kena tunggu elaun kua sem depan la pulak..hahaha
walaupun produknya agak mahal..
tapi membuahkan hasil...
bagi cik aifa ok la kan..
berbaloi sbb guna pun berbulan bulan nk dekat setahun baru habis..
so, ekonomi beb...
lagipun, cik aifa teruja sikit dgn produk jepun ni...
terbaekkk...
tp buat masa ini cik aifa guna cf and silky lucent powder dia je...hehe

untuk tengok list produk naturactor, 
ni cik aifa sertakan die nya link k..
klik je link tulisan besar kat bawah tu..
mana tahu korang berminat..hehe..


setelah membuat pengiraan :
semua skali kos untuk produk skincare and kosmetik sy untuk tempoh masa setahun adalah lebih kurang rm400.00... 
tak termasuk bahagian minyak rambut, losyen, shower cream, shampoo and perfume... ish3....


tapi xpe.. sbb cik aifa xni sangat pasal benda2 ini ni..
maksudnya xberhabis banyak la bahagian yang ni...

sbb losyen pun jarang pakai..
perfume pun jarang sangat...
perfume kena pakai sket2 je..
yang bau xsangat plak tu..
sebabnya cik aifa alahan benda2 yang bau wangi nie...
nnt jadi bersin manjang, selesema and batuk...
nasib baik ada cik syimah, cik aifa beli perfume dr dia,
walaupun harganya murah aja rm7 sebotol,
tp disebablan baunya xsangat,
so, sangat suka....

shower cream pulak cik aifa guna yang goats milk sbb baunya yang refreshing..
tak wangi tp segar la...
pelikkan..
ada jugak orang mcm cik aifa ni..
yelah, sbb xleyh hidu bau wangi nanti sakit pulak...
orang lain kalo boleh semua nak wangi..
kan kan kan....

deodoran pun cik aifa xpakai..
maafla kalo sape2 bau ketiak mase dok tepi cik aifa...haha
tp memang cik aifa jarang berpeluh pom..
pemalas kan dah asyik tido aje dalam bilik..
sbbnya xpakai sbb dah mcm2 produk try tapi xmemuaskan..

same jugak pasal kosmetik and facial care tu..
macam-macam dah cik aifa try..
produk yang senang kita nak cari dekat kedai and pasaraya..
contohnya macam
fair & lovely, safi balqis, syahirah, syurah, olay, eversoft, mustika ratu, and macam-macam lagi..
kurang berhasil..
safi balqis perfect 10 tu pulak mmg la menjadi untuk cerah tp untuk masalah kulit jerawat and minyak, mmg kurang la hasilnya..


cik aifa rasa sekian ini jela review dr cik aifa...
yela sbb nanti korang ngata cik aifa ngada-ngada pulak dok crita itu ini
sedangkan orang lain pakai gak...
kulit orang lain pun lagi cantik..
haha...
saja nak share..

p/s : mula menjahit manik.. + selesema...

Sunday, August 05, 2012

Kisah di sebalik gambar~!!


2 dari kiri tu kawan cik aifa..
cik baizurina bahtiar..
cik aifa ingat ag nama dia..
dulu cik aifa ingat ag...
masa zaman skola...
she used to sleep beside me on the bed..huhu..
used to talk for hours with her..
used to eat meals with her..
used to go out with her..
and also used to study with her..
sejak dulu lagi..
memang dia bercita-cita nk jadi doktor..
sEmoga cita-citanya tercapai.. Aminnn...

dua beradik nakal..
si puteh n si lanun..

si puteh yang suka tunjuk muka kesian..haha

si apek..
abang si puteh and si lanun..
nampak je gitu..
tapi suka gigit orang..
muka haku dah bape kali dah dia ngap..
habis cakar2.. eee

cik aifa masa kelas cik zaini minggu lepas..
saje amek2 gambar hilangkan boring...haha

p/s: assignment cik sam ni nk wat cmana hah.. xreti..

Saturday, August 04, 2012

harian

good evening.. sihat x semua nie??
hope sihat walafiat la yer..
buat apa tu.. terawih ke..hehe
cik aifa amik masa 15 minit ke setengah jam jap eyh nk update blog nie..
sbb tangan gatal gak nk naip jugak
even tak tahu nk taip ape..
jap g nk jahit stone kat baju cik nisa'..
aduh..
banyak baju raya dkt 7 pasang nk siapkan ni..
mau tak tido la sampai malam raya..
kus semangat..
semua ini terjadi sbb cik aifa dah lama rehat dari memanik..
ni terima pun sbb xnak hampakan hasrat2 kawan2 yang nk letak jugak manik kat baju raya dorang nie..
hope nanti dorang sukala dgn design cik aifa ni..
yela..
cik aifa bukannya kreatif sangat...

korang ohh korang..
nak tau tak..
cik aifa skang gila sangat survey brang kosmetik dr jepun..
ahha.. rasa nak beli je semua..
nauzubillah.. jangan membazir ok..
beli ikut keperluan k..

minggu ni jadual bukak puasa :
sabtu : sendirian bertemankan roommate
ahad : umah ketua jabatan sains, cik zaini.. aka mama i..haha
isnin : dgn kelas kot..
selasa : kalo jd, umah cik zakaria..
rabu : xtahu lagi.. sendirian la kot.. sbb cik asmad ada bukak pose umah lecturer die..
khamis : bersama famiy d rumah.. sampaila raya...

korang banyak tak beli biskut raya??
cik aifa beli 2 bekas, dpt free 2 bekas, popia nestum beli sekilo dgn cik zahraa sdp amat tester die, n karipap kecik 100 biji sepaket dgn maa..
baju raya pulak cik aifa siap beli lace nk letak kat baju,
patut beli biru sbb kain biru hitam tp disebabkan nyanyuk ke hape cik aifa g beli wane merah... bangang tol la...
pastu tudung raya tak beli lagi, nanti nak kecek abah bila dia dpt bonus raya minggu depan..haha
xmahal pun.. akak pakai bawal seploh hengget je abah..hehe
pastu selipar raya xdok la..
pakai yang mana ada tu je buat basahan...haha

yang paling tak sabar skali nk pergi umah kawan baik cik aifa masa menengah rendah dulu..
sbb??
sebab dia nk kahwin dah hari raya ketiga ni..
dia suh cik aifa tido sana
tapi macam xsempat je kan nk p..
so, maybe cik aifa g pagi tu kot..
semoga BAHAGIA lah kehendakNya...Aminn...

takat ni je kot dulu cik aifa update blog nie..
mcm dah panjang sangat dah..

p/s : xtahu apa rasa hati.. heartless...~!!

p/s 2: assignment cik sam pun haku xbuat ag.. kertas pun xda...

Wednesday, August 01, 2012

kosmetik saya

hai sume..
ni cik aifa nak share tentang barang-barang penjagaan muka dan kosmetik cik aifa guna..
kat bawah nie cik aifa cite serba sedikit k..


haa.. ini set nona sutera..
produk from japan..
memang bagus la produk from japan ni..
tengok gambar atas 1 set kan..
hurmmm.. tp cik aifa guna 1 je.. 
iaitu toner nona sutera..
sangat best pakai dia..
kalau dulu liang roma kat kulit muka cik aifa besar skang dah mengecil dah..
botol dia pun cantik..
nampak eksklusif gitu..
harga dia 21.90 hehe..
ada rasa jugak nak try dia nya pembersih wajah n night n day cream tapi xpelah dulu kan..
sbb nya cik aifa ada guna produk lain untuk itu..hehe..
agipun habis untuk barang-barang ni sume ada mau dekat rm200 dah campur dgn naturactor..
yelah.. dah naturactor je cik aifa habis dalam rm122..
gara-gara beli cover face dengan loose powder..
dah lama xappreciate diri..
so sem ini, elaun dapat bei benda ini..hehe..
kat bawah tu ada description sket pasal set nona sutera ni..
kalau korang berminat leyh lah baca n beli nanti kan..hehe













haa... atas ni naturactor cover face..
nanti bacala kandungan dia apa ye..
cik aifa pakai no 140.. 
mase cik aifa beli ni, promosi, dpt rm40.00 cmpur postage kira rm46.00 lah...hehe..
tapi xpe.. sbb ramai cakap ada pakai hampir setahun pun belom habis..heee
kulit cik aifa jenis berminyak tapi bila pakai ni mmg best sangat sbb muka dah kurang berminyak..
pastu tak rasa mcam pakai pun even pakai cover face ni..


kandungan cover face:
minyak jojoba (jojoba oil)
beras (rice)

1) Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap. So, dengan adanya ingredient ni, Cover Face mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

2) Cover Face ni jugak adalah rice based powder, so ia menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

3) Kombinasi dua ramuan di atas mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, lembut dan berseri.

4) Cover Face juga terkenal sebagai ''moist powder foundation'' - yang bertindak sebagai bedak asas dan pelembab. Sambil menjadi foundation (menutup cela di muka), ia juga bertindak sebagai pelembap pada kulit.

5) Bertindak sebagai pelindung dari sinar UV, menjadikan kulit tidak mudah gelap (act as sunblock too)

6) Tidak menutup pori2 di muka, ringan, tidak melekit, tidak bertompok2 apabila dipakai.

7) Bertindak sebagai 3-dalam-1 foundation; sebagai bedak asas, pelembab, dan juga sunblock.






NATURACTOR Silky Lucent Powder, 25g
#31 - untuk kulit cerah (Chinese skin)
#41 - untuk kulit melayu cerah (Fair Malay skin)
#51 - untuk kulit sawo matang/medium (Typical Malay skin)

tu jugak dikenali sebagai loose powder..
cik aifa gna no 41 sbb cover face cik aifa guna 140..hehe..
cubala.. mmgla agak mahal..
tp gunakanla dengan berjimat..
insyaAllah tahan lama punya...
kalau korang pandai cari, yang ori dah dapat harga rm40.00..


ni kalo made in china ada 10 pilihan..



bagi untuk set penjagaan muka iaitu pembersih wajah, krim malam n krim siang,
cik aifa guna produk natural 99 yang disyorkan oleh classmates cik aifa sendiri, cik syimah..hehe..
dia ada cakap kulit akan gelupas sket2 bila pakai ini..
tapi Alhamdulillah cik aifa pakai xda pun gelupas2..
semua ok..
cuma masa mula2 pakai tu naik jerawat satu dua..
maybe sbb dah lama xpakai produk kat muka kot..
lepas tu skang dah ok..
kulit muka pun rasa lembut sket..

Produk Kecantikan Natural 99 berasaskan bahan dari alam semulajadi yang terbukti memberi banyak kebaikan untuk kulit wajah dan diperkaya dengan Vitamin E yang sememangnya terkenal untuk kecantikan kulit wajah. 
Krim Putih - Krim Putih menggunakan Temu Lawak sebagai bahan asas untuk menghasilkannya Kebaikan TEMULAWAK Dalam Kecantikan “Temulawak adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede" dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.” 
Krim Kuning - Krim Kuning menggunakan Kunyit sebagai bahan asas untuk menghasilkannya Kebaikan Kunyit Dalam Kecantikan “Kunyit mencegah kulit daripada cepat berkedut, mencantikkan kulit,menghaluskan kulit, melembapkan kulit dan banyak lagi kelebihan kunyit dalam menjaga kulit wajah.” Kunyit juga telah terbukti memberi kebaikan dalam menjaga kesihatan dan serta mencantikan kulit. Ia juga telah digunakan secara meluas dalam produk pemakanan kesihatan yang lain. Kini krim kuning natural 99 telah menjadikan kunyit sebagai bahan asas dalam penghasilannya. 
Sabun Pencuci Wajah Sabun pencuci Wajah pula dihasilkan dari ekstrak buah buahan terpilih yang dapat menjadi kulit wajah anda



n last skali, garnier mask..



Pale blue clay of the Garnier Pure Self-Heating Sauna Mask is to remove impurities and excess sebum in order to unclog pores and refine skin texture. Face will be deep-cleansed, looks shine-free and feels purified for up to 7 days, according to Garnier. To use, leaves for 3 minutes on cleansed face, then rinse off.

serius mase first time pakai mmg nk melompat rasa sbb panas sangat..
bila dah 3 kali pakai, dah boleh tahan sket dah dia nya suhu tu..haha
well.. mula2 pakai ni,
bila dah basuh, even dah 2 3 jam pun masih rasa effect suam dekat muka tu..huhu
roommate cik aifa pun join skali pakai ini..haha
best kot tgk muka jadi wane hijau2 macam tu..

p/s: haha.. xsangka cik aifa pakai benda segala bagai nie..

Search This Blog