Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Monday, July 09, 2012

rasa hati

betul setiap permulaan ada penghujung..
setiap yang bermula pasti akan berakhir...
dalam satu kahidupan..
ada satu permulaan iaitu kelahiran..
dan ada satu pengakhiran iaitu kematian..
antara permulaan dan pengakhiran ini..
terkangdung lagi pelbagai permulaan dan pengakhiran..

yakni..

ada satu permulaan iaitu alam persekolahan
dan pengakhirannya tamat pembelajaran..

ada satu permulaan iaitu perkenalan dengan teman..
dan pengakhirannya satu perpisahan atas kepelbagaian sebab..

ada satu permulaan iaitu pertautan dua hati..
dan pengakhirannya samada kebahagiaan ataupun perceraian hidup atau mati..

ada satu permulaan iaitu percintaan
dan berakhir dengan penyesalan

dan berbagai lagi..

dan aku??

sepanjang rentetan kehidupan yang telah kujalani
pelbagai permulaan dan pengakhiran yang telah aku lalui..
tipu kiranya aku nyatakan tiada pengakhiran yang gembira..
namun tipu juga jika aku nyatakan tiada pengakhiran yang derita..

kini..
aku sendiri..
ya..
aku sendiri..
semakin melanjut usia dengan bumi yang semakin tua..

dengan apa yang berlaku..
andai aku gembira..
aku tak mampu untuk ketawa..
kerana bila aku ketawa
seringkali aku terfikir 'adakah kegembiraan ini akan berulang kembali'
yang kemudiannya membuahkan rasa sedih..

andai aku sedih..
aku tak mampu untuk menangis..
apatah lagi untuk mengadu kepada sesiapa..
kerna aku bukan jenis yang sebegitu..
mungkin..
mungkin kerana keegoanku..
keegoanku atau ketakutan??
entah.. aku buntu..

dalam suatu perhubungan..
bohong sekiranya aku nyatakan yang aku tidak kecewa..
ya.. aku kecewa..
walaupun aku berhenti berharap..
namun pabila sirna datang..
aku dalam diam menaruh harapan..
tanpa sedar yang harapan itu telah setinggi gunung..
dan tiba-tiba..
sirna itu hilang... 
terus kelam di kabut malam..
dan aku??
kembali diam..

p/s : aku sedih.. tapi aku xmampu menangis.. xmampu untuk meluahkan..

No comments:

Search This Blog