Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Sunday, July 29, 2012

BIG SIRI 3 FASA 4, SEMESTER 4 PISMP AMB.JAN 11

pada 26-28 julai 2012 telah diadakan program bina insan guru (BIG) bilangan fASA 4, KUmpulan SIri 3, bagi pelajar unit pengajian sains, pengajian reka bentuk & teknologi 2, dan pengajian Pendidikan Islam 1 di Felda Chalok, PErmaisuri, TERengganu..
semua guru pelatih dan pihak urusetia menginap di SK.KG.Rahmat yang terletak di Felda Chalok tu jugak..
secara kesimpulan aktiviti disini tak terlalu berat dan banyak jugak masa rehatnya...
cuma pada hari pertama, ramai pelajar yang memenuhi kedai-kedai yang dibuka sekitar masjid chalok untuk membeli air berais dan ais kosong disebabkan cuaca yang amat panas..
malah ramai jugak yang pada pagi jumaatnya tu sakit tekak kerana semalam tu masa berbuka terlalu banyak minum air akibat dehydrated..
hari jumaat tu pulak,
bermula dengan motivasi bersama pelajar tahun 4 dan 5,
program habis pukul 11.30 pagi dan semua terus berehat..
pukul 3 petang barulah bermula kembali aktiviti iaitu aktiviti khidmat sosial..
semua guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan,
satu bergerak ke barat, 1 bergerak ke timur dan membersih surau yang ditemui..
setelah sudah sempurna kerja-kerja pembersihan,
pengisian borang penilaian oleh warga kampung yang ditemui berjalan
dan semua pelajar berkumpul di masjid chalok untuk solat asar..
kemudian balik untuk siap diri untuk berbuka..
malam pulak ada makan buah2 lepas terawih..
antara buah yang ada terdiri daripada durian, rambutan dan salak..
semua makan dengan selera sekali kecuali cik aifa sbb cik aifa sakit perut gastrik teruk sangat..
pada hari terakhir iaitu sabtu, majlis perasmian penutup berakhir pada pukul 11.45 namun kami bertolak baik pada pukul 2 petang kerana bas lewat tiba di tempat penginapan kami..
serius dalam bas sangat sunyi sbb semua tidoq~!!!
pada pukul 3 ptg, semua selamat sampai di IPG..

last skali, enjoy sedikit gambar dr kamera cik aifa yang sempat diambil sebelum bateri habis..
charger pulak tertinggal kat bilik hostel..
betapa bodohnya diriku...~!! hahaha

tunggu bas

menunggu utk taklimat JKKR FELDA CHALOK

pejabat JKKR

pokok kaktus berumur 14 tahun

pak atoz.. ahli grup sy yg jgk classmate sy..

nami.. ahli grup sy aka classmate sayer..

ahli grup sy mase jalan2 umah pakcik ni

malam pertama - briefing dr che mat utk ldk 1

aktiviti ldk 1

pembentangan ldk 1

solat subuh di masjid felda chalok

motivasi budak2 tahun 4 n 5

ahli group sy

final day - my class

last day - semua peserta

jumaat - end of program motivasi

No comments:

Search This Blog