Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Tuesday, January 31, 2012

nothing weird

so busy with 



while having


and also cant wait for another episode


cant wait for the allowance


and just now bought a

~the only thing that attract my attention when i am going anywhere- loads of brooch..~


p/s : watching tv in the block's tv room..

Sunday, January 29, 2012

gelagat alam

budak nakal sedang tido..

ikan baung....



nipun budak nakal....



budak nakal tido...

entah sapewla nie..

Saturday, January 28, 2012

apa beza industri filem malaysia dengan korea??

sebenarnya dah lame dah buat post ni mase cuti raya cina lagi...
tpi due to internet xde kat umah, so malam ni baru boleh nk post...hehe....

okeh.. berbalik pd tajuk kita kat atas nun ha...
apa pendapat anda??
sila tinggalkan komen di bawah k...haha..

pada pendapat cik aifa sendiri la...

cik aifa malas la nk komen banyak-banyak kan...
cuma cik aifa suarakan pendapat dari segi elemen pelancongan...
kalau kita tengok cite korea dan variety show dier, banyakkan diorang promosikan tempat diorang...
memangla ada sesetengah orang cakap cite korea mesti hero tu jadi manager hotel ke resort ke..
tapi cik aifa memang nk ucap syabasla kan pada diorang..
sebab???
sebabnya banyak cite diorang yang promosikan negara sendiri..
dan hal ini banyak kebaikannya mcm menaikkan daya tarikan pelancongan,
orang bukan negara die pun tahu tentang negara dia dan ada rasa nk pergi lihat sendiri tempat tu dengan mata mereka...

malaysia??
cite korea kalo bab nie susah sikit...
kurang sangat tonjolkan tempat menarik di negara kita nie..
kebanyakannya berkisar satu tempat je...
asyik-asyik jadi pengarah syarikat..
cite bisnes jugak...
cuma bidang lain sikit..

ape-ape jelah.. ni pendapat je..huhu

Sunday, January 22, 2012

nak share sket pasal alahan makanan kat semua...




l
l
l
l
l
l
l
\\//
\/


____________________________________________________________________________

Gejala alahan makanan



APABILA seseorang alami alahan makanan, badannya akan bertindak balas seolah-olah makanan berkenaan boleh membahayakan. Akibatnya, sistem imun badan (yang melawan jangkitan dan penyakit) akan menghasilkan antibodi untuk melawan alergen makanan pula iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.

Jika individu alahan ini tersentuh makanan (dengan tangan atau makan), badannya akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil histamin untuk melindungi dirinya sendiri. Bahan kimia inilah yang akan mencetuskan gejala alahan yang boleh membabitkan sistem pernafasan, saluran gastrointestin (usus), kulit atau jantung. Antara gejala mungkin dialami ialah hidung berair, kulit gatal, lidah terasa kebas, bibir dan tekak bengkak, sakit perut atau nafas menjadi kasar.

Ramai keliru antara alahan makanan dengan masalah tidak toleran makanan kerana gejala ditunjukkan hampir sama. Gejala tidak toleran makanan ialah kerap sendawa, masalah tidak hadam, banyak angin, najis cair, sakit kepala, resah atau terasa 'dipam'. Bagaimanapun masalah ini:

* Tidak membabitkan sistem imun

* Boleh disebabkan ketidakbolehan seseorang itu untuk mencernakan satu-satu jenis bahan seperti laktosa

* Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan tetapi tidak berbahaya

Masalah alahan makanan kini semakin banyak dilaporkan di negara kita, terutama di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh alah terhadap sebarang jenis makanan tetapi 90 peratus reaksi alahan berpunca daripada:

* Susu

* Telur

* Kacang tanah

* Soya

* Gandum

* Kekacang (walnut dan gajus)

* Ikan

* Makanan laut bercangkerang seperti udang

Walaupun sejak dulu lagi ibu bapa mendakwa bahawa coklat juga boleh menyebabkan alahan pada kanak-kanak tetapi ia jarang mencetuskan reaksi alahan. Secara umumnya masalah alahan makanan dialami kanak-kanak akan hilang sendiri apabila mereka menjangkau umur lima tahun; iaitu pada kadar 80 peratus bagi kes alah susu, dua pertiga bagi alahan terhadap telur dan 80 peratus bagi alahan kepada gandum atau soya.

Alahan terhadap makanan lain agak sukar hilang. Hanya 20 peratus individu yang alah terhadap kacang tanah dan 10 peratus kes alah pada kekacang bebas daripada masakan ini selepas mereka meningkat dewasa. Alahan terhadap ikan dan makanan laut biasanya bermula lebih lambat dan sukar hilang (berterusan sepanjang hayat).


Reaksi alahan

Reaksi alahan berbeza antara individu. Sesetengahnya alami gejala yang sangat kecil seperti ruam gatal atau urtikaria (di bawah kulit) membabitkan satu bahagian badan saja. Ada pula yang alami alahan teruk sehingga membabitkan lebih satu bahagian badan. Reaksi alahan ini boleh muncul dalam masa beberapa minit atau jam selepas bersentuhan dengan makanan.

Reaksi alahan makanan boleh memberi kesan kepada empat kawasan di badan iaitu:

* Kulit - gatal (urtikaria), ekzema, muka merah dan bengkak; bibir, lidah dan mulut jadi gatal dan bengkak. Reaksi kulit adalah reaksi yang paling lazim.

* Saluran gastrointestin (usus) - Sakit perut, mual, muntah dan cirit birit

* Saluran pernafasan - Hidung berair atau tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas

* Sistem kardiovaskular - pening atau pengsan

Reaksi alahan yang serius yang merebak ke seluruh badan dikenali sebagai anafilaksis. Ini adalah reaksi serta merta yang boleh membahayakan nyawa membabitkan dua atau lebih bahagian badan seperti disenarai di atas. Tambahan pula ia boleh menyebabkan saluran pernafasan membengkak dan menyukarkan pesakit bernafas; menurunkan tekanan darah, tidak sedarkan diri dan dalam sesetengah kes mengakibatkan kematian.


Diagnosis alahan makanan

Jika mengesyaki anak anda alami alahan makanan, segera hubungi doktor anda. Untuk mengesan alahan, doktor akan bertanyakan mengenai:

* Gejala yang ditunjukkan anak

* Berapa kerap reaksi berlaku

* Masa yang diambil antara makan satu-satu jenis makanan dan bermulanya gejala pertama

* Adakah ada ahli keluarga yang mengalami alahan seperti ekzema dan asma

Doktor akan melihat lain-lain keadaan yang boleh menyebabkan gejala alahan contohnya jika anak anda mengalami cirit birit selepas minum susu. Jika ini berlaku doktor akan memeriksa jika anak anda alami masalah tidak toleran laktosa.

Penyakit Celiac - ialah keadaan di mana seseorang tidak boleh menerima gluten iaitu protein di dalam gandum dan sesetengah bijirin lain. Ia juga boleh meniru gejala alahan makanan. Jika doktor mengesyaki anak anda alami alahan makanan, anda akan dirujukkan kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut. Antara ujian yang biasa digunakan ialah ujian kulit. Dalam ujian ini ekstrak cecair alergen akan diletak di lengan atau belakang badan, tunggu sekejap dan lihat jika ada reaksi alahan (bintik merah) dalam masa 15 minit. Keputusan positif pada sesetengah alergen makanan menunjukkan anak anda alah kepada makanan berkenaan dan ujian lanjut akan dilakukan untuk pengesahan.

Pakar mungkin melakukan ujian darah dipanggil ujian radioallergosobent (RATs); untuk memeriksa kandungan antibodi IgE pada sesetengah jenis makanan. Jika keputusan positif bagi ujian kulit dan RATs, bermakna anak anda memang alah terhadap makanan berkenaan.

Jika keputusan masih kurang jelas, pakar akan menjalankan ujian makanan. Biasanya ujian ini adalah untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah hilang alah. Ketika ujian ini, individu akan diberikan makanan dalam kuantiti yang ditambah sedikit demi sedikit dan memerhatikan kesan alahan. Namun ujian ini hanya boleh dilakukan di dalam pejabat pakar alahan atau di hospital yang mempunyai kelengkapan lengkap dan ubat kerana reaksi yang membahayakan nyawa boleh berlaku.


Rawatan

Selepas anak disahkan alami alahan makanan, pakar akan menyediakan pelan rawatan. Tiada ubat mampu menyembuhkan alahan makanan, jadi rawatan biasanya membabitkan langkah menghindarkan makanan yang mengandungi alergen pencetus reaksi alahan.

Anda juga perlu belajar mengenali makanan dan membaca label makanan untuk mengelakkan masalah kepada anak anda. Meskipun tidak boleh disembuhkan tetapi ubat mampu mengatasi gejala sama ada kecil atau serius. Ubat antihistamin contohnya digunakan untuk merawat urtikaria, hidung berair, sakit perut yang disebabkan oleh alahan.

Jika nafas anak menjadi kasar atau alami serangan asma akibat alahan terhadap makanan, doktor akan menyarankan penggunaan bronkodilator seperti salbutamol (yang dihidu dari pam tangan) secepat mungkin untuk mengurangkan masalah pernafasan.

Tetapi ingat, jika anak anda alami serangan alahan-asma, berikan dia epinefrin dan dapatkan rawatan secepat mungkin; bimbang jika ia adalah sebahagian daripada anafilaksis. Justeru, bagi ibu bapa ada anak yang alah teruk, sentiasa bawa epinefrin bersama anda (di rumah, dalam beg anda dan beg sekolah anak).

Buat pelan kecemasan alahan makanan secara bertulis untuk diberikan kepada pihak sekolah dan penjaga anak.


_________________________________________________

Alkisahnya aku share nie sebabnya aku pun kena mcm nie...

aku mmg allergic seafood kecuali ikan selain ikan tongkol atau kelantan panggil ikan aya....
alkisahnya dua hari lepas, ayah aku beli seekor hidupan laut nie...
besar la jugak kan..



ha... lebih kurang macam nie lah sotongnya...
besar kan..
masa aku makan tengahari aku makan ok je xde effect ape2 maybe sebab aku masak die lame kot.. 
2 jam kau aku masak...

skali bila malam menjelma, lauk tengahari dah habis, mak akupun tambah lauk sotong nie masak tp kejap je...
mmg isi dia kenyal xhabislah....haha...
aku muanya xmau makan...
tp sebelom aku tido mase tu dah pukul 11 dah..
tetibe rasa lapar..
g dapur tgk semua makanan dah habis..
tinggal sotong tu je 3 cebis..
aku pun makanla semua..
sikit je pun kan..
pastu aku masuk tido...
dengar2 lagu kat telinga..
walawehh senangnya hati dapat tido..
sekali dalam kul 2 pagi aku mula rasa rimas...
rasa gatal seluruh badan..
tapi aku cuba jugak tido...
sedar je pagi..
kul 6.30 pg lagi aku terus mandi..
yela...
time cuti biasa kul 10 pg ke baru aku mandi..
ni awal sngat dah nie..
fullamakkkk~!!!!
aku tengok badan aku dah tak dak rupa dah..
satu badan semua merah2 bengkak2 gatal2...
memang semalam hari yang sangat seksalah aku rasa..
sampai habis minyak gamat sebotol aku sapu...
dekat 12 jam jugak baru bengkak2 tu surut..
tp ari nipun tak surut habis lagi...
tak hilang sepenuhnya pun agi...
miang giler kot aku rasa....
tapak tangan, tapak kaki, muka, telinga, leher, perut, belakang semua semualah...
sampai kerja aku boleh tgk running man tanpa sesiapa kacau aku di depan kipas hanya untuk aku je..
yela...
nk jalan pun xberani sbb takut kena debu ke ape pulak takut makin teruk pulak...
kalo panas lagilah rasa miangnya...
sampai aku tido malam td pun peluk botol minyak gamat...hahhaha...
Alhamdulillah makin ok...
tp hari ni nk jalan susah sket ah sbb tapak kaki aku 100% gatal2.. 
tobat aku xmakan sotong dah pasnie....

p/s: kalau dah tahu mmg allergic, jgnla makan jugak.. kan dah dapat penyakit...

Wednesday, January 11, 2012

please semua tolong vote saya....heheh

Assalamualaikum kawan2.... mohon tlg undi untuk sy ye..=)

Untuk mengundi saya , perlu LIKE page Syailaa Beads Collection dahulu
http://www.facebook.com/pages/Syailaa-Beads-Collection/198449360205908

kemudian LIKE pic saya
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=298745540176289&set=a.294405347276975.89395.198449360205908&type=3&theater

Monday, January 09, 2012

ban phone

as i'm


there's

at


so, i am very


damn u...~~!!!!

_____________________________________________________________

p/s : dont call me at midnight or early in the morning though u have phone....

 4.30 am in the morning... suck u..~!!!

Saturday, January 07, 2012

my cat

xde cite pun nak crite..ahha..
memang kering idealah...

baju banyak lagi nie nak jahit...heee....

tgk lagak kucing la dulu..

meowwwwwwww... meowwwwwww.....

time die tido lagi nie..
dua beranak yang sangat nakal...

ni anak kesayangan c gemok....
namanya mek kecik...

nie penat main la nie...

mesra je dengan maknya..

siap gurau-gurau lagi tu.....


p/s : love them so much...

Thursday, January 05, 2012

bunga 3D





haaa kawan-kawan...
gambar bunga manik warna biru kat atas tu sebenarnya bunga 3D yang cik aifa buat..
nampak je gitue kan..
tapi sangat makan masa nk siapkan..
kira permulaan awal2 buat nie kire dah jadi la kan??
tapi masih banyak nak kena approve nie..
harga sulam bunga 3D ni pun boleh tahan..
entahla sape yang sudi ambik upah 3D dengan cik aifa nie..
sbb skang ni design ni yg paling mahal..
paling kurang RM100 untuk kedua-dua belah lengan baju...

cik aifa hajat nak buat kat baju kurung raya cik aifa nanti..
harap2 adalah masa nak mengadap baju sendiri..
hehe..

p/s: lambatnya elaun nak masuk...hurmmm...

Monday, January 02, 2012

detik2 ketika cuti

Assalamualaikum..
Dah lame kan cik aifa senyap je xupdate update blog nie ha…
Dah bosan dah sape yg bukak hajatnya nk tengok content baru…
Alih-alih asyik Nampak entry same je kan kan kan??
Tapi cik aifa nak wat cmane lagi..
Memang cik aifa akui..
Cik aifa baru saja menamatkan cuti semester cik aifa seama hamper sebulan setengah..
Tapi kawasan rumah cik aifa ada masalah internet..
So, xboleh lah nk online..
Lagipun broadband lame dah xbayar..
Harap sini ada wayarless je la..
Haa…
Mesti korang bosan kan..
Sebab ape??

Sebab asyik2 cik aifa dok ulang je cakap kat korang pasal hal ni kan???hahahha..

K la..

Banyak sebenarnya cerita nak dicerita terutamanya sepanjang cuti nie..
Cik aifa bagi ikut nombor k..
Tapi xikut sequence kejadian pown..hahha

     1.    Kat kawasan perumahan cik aifa, ada seorang manusia nie berjantina lelaki yang agak bermasalah.. dia sebenarnya askar.. tapi dek xtau lah kenapa dan apa kesalahannya, dia dibuang kerja.. rumah dia kat sini.. so, dia pindah sinila… ada sekali tu dia lalu depan rumah cik aifa sambil jalan kaki sambil bawak helmet.. dia kata nak pinjam moto.. nasib baik tak bagi.. rupa-rupanya lepas tu bising berserta riuhnya orang dok kata yang dia tu bukan takat pinjam je moto tapi tolong jualkan moto orang yang dipinjamnya tu haa.. pompuan yang selalu die kelek tu pulak bukan bini dia sebab abang dia bagitau yang dia dah becerai dah dengan bini dia.. pompuan tu pulak mengandung…. Mungkin dah 7 8 bulan… bayangkan.. habis pintu pagar depan n belakang rumah dia dia jual.. lepas tu kana da sliding door kat depan sebagai pintu rumah tu pun dia jual jugak.. jadinya dia pasang tabir kain sebagai penutup rumah dia tu.. memang pintu depan and belakang rumah dia pun dia jual skali.. sampai ada orang kata, kalau nak tangkap dia tu susah.. rumah xda pintu kan.. kalau orang serbu ikut depan, dia bantai lari ikut belakang.. haha.. lucu jugak bunyinya..
     2.    Cik aifa ada Tanya kawan cik aifa zaman sekolah asrama penuh dulu tentang kain sari.. sebabnya dia sekarang tengah belajar jurusan medic di India..  dia kata dalam rm50 pun dah boleh dapat dah sari.. 6 meter sepasang die kire… lagi mahal lagi cantik.. so, ada sesape nak pesan kat cik aifa?? Boleh cik aifa mintak dia tolong belikan sementelah cik aifa pun nak beli jugak.. lawa seyh.. murah lak tu.. sebabnya kat sini harga dia ada yang ratus2.. kira murah la sebab beli kat tempat dia..
     3.    Cuti ni cik aifa xdela bz sangat.. Cuma ada manik2 lebih tu, cik aifa kumpul2 campur2, maka cik aifa pun buatla sampel design manik.. ada tu cik aifa buat design 3D sekali… belum master pun lagi.. tapi Alhamdulillah.. cepat lah jugak pickupnya….hahaha.. so, sesape nk tempah sulaman manik dan labuci, bolehlah tempah k.. antara design yang ada ; 1. Simple, 2. Beriring, 3. Crumbe, 4. Shimmering flora 5. Exora bintik 6. 3D 7. Bracelet.. dan lain lain lagi…nak jahit stail elegen guna stone penuh pun boleh.. hias baju pengantin pun boleh.. ape2 sms je k Tanya pasal ni..
     4.    Akhirnya kucing cik aifa yang namanya ‘gemok’ beranak jua.. anak dia 4 ekor tp sayang.. baru je diberanakkan. Mati 2 ekor dimakan oleh bapak kucing yang jeles.. lepas tu hidup 2 je.,.. sekali ada satu petang tu sedang semua mak2 kucing, anak2 kucing dan manusia dalam rumah cik aifa sedang tidur, tibe2 si kucing bapak yang jeles nie boleh pulak masuk menyusup diam2 pastu gigit anak kucing tu.. darah bersembur terpercik sana sini.. cik aifa cepat2 ambil dia pastu sapu ubat.. sampai sekarang cik aifa masih lagi rasa anak kucing tu menggelupur kesakitan dalam tangan cik aifa… sayang.. umurnya tak panjang… sekarang nie tinggal sekoq ja.. haihhh… nakal betul..orang berjalan pun dia bleyh p tangkap kaki.. tapi memangla dia ni takut sangat kat air.. takat jentik telinga memang dia terkam balik…haha.. same macam mak dia.. gemok.. gemok.. kerjanya makan je.. sebab tu nama dia gemok.. dia ada anak dalam perut ke takda anak dalam perut memang xda beza sebab dia gemok…hahah…
     5.    Result exam semester 2 dah keluar.. Alhamdulillah.. leboh baik dari semester 1.. harap2 dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi.. risau jugak semester 3 ni.. sebab ada subjek fizik.. cik aifa nie lembab sikit bab nak selesaikan soklan die sebab cik aifa payah sikit nk ingat formula dan unit2 nya itu…. Adoila….
     6.    Aktiviti rutin hari2 cik aifa hanyalah tido, makan, tengok tv, terutamanya cite Hindustan.. so, sape ada cite Hindustan banyak tu lehla share kat cik aifa.. lepas tu, berebut nak main game dengan adik2 tu perkara biasala.. dah hantu game semua biasalah… bayangkan 1 pc dibahagi giliran antara 5 orang.. haha..

Dah tak de dah… kalo ada pun, cik aifa cite lain kali k….penat dah nie menaip2….
Ada dekat dua jam dah sambil2 tengok cite godjilla and zombie kampong pisang….haha..

p/s: jangan ajar diri anda bermalas-malasan….

Search This Blog