Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Tuesday, October 11, 2011

tanda-tanda awal kencing manis

1. kerap membuang air kecil 

2. berat badan yang menurun 

3. sentiasa merasa lapar 

4. sentiasa merasa haus dahaga 

5. letih yang tidak menentu 

6. pandangan semakin menjadi kabur 

7. mudah mendapat penyakit kulit 

8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan 

9. merasa penat dan sakit kaki 

10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha 


Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS 

1. sentiasa haus 

2. hilang selera untuk makan 

3. muntah-muntah 

4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri 

5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut 


Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS 

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti 

2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji 

3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya 

4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya 

5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga 

6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi 

UBATNYA 

Ambil
buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan
isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah
sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman
seperti minum kopi, atau 

ambil 20 gram pokok kemunting cina
bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air
sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan
sehingga sembuh, atau 

minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya' Allah dalam masa 2 bulan akan pulih. 

MEREDAKAN KENCING MANIS 

ambil
kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong
dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau 

ambil
5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah
sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh
debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang
hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari. 

"BAGI SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA"

No comments:

Search This Blog