Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Friday, April 01, 2011

MIGRAIN

Migrain adalah sakit kepala yang disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.
Mograin mungkin adalah antara penyakit yang oaling lazim dihidapi oleh manusia di seluruh dunia hinggakan banyak hasil seni juga lahir berkisar kepada penyakit ini.
Kemungkinan untuk kaum wanita menghidapinya lebih tinggi berbanding kaum lelaki iaitu kebiasaannya sebelum haid dan selepas monopaus. Kanak-kanak dan orang tua khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mereka mungkin tidak disebabkan oleh migraine sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.
Kira-kira 40 peratus migraine dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Migraine boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan ini amat mengganggu kehidupan sosial mereka.
Bagi migraine yang berlaku di bahagian hadapan kepala, ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah. Pada bahagian sisi pula, ini dipanggil migraine focul yang tidak spesifik. Pada bahagian belakang kepala, ini dipanggil sakit kepala occipital yang ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneurysm (yang tidak boleh dirawat). Bahagian atas kepala pula dipanggil sebagai sakit kepala vertex headache. Sakit kepala ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu dirujuk dengan doctor di hospital.

Bagi mengatasi sakit ini, pesakit diharuskan mengambil ubat yang sesuai dan selamat seperti ubat penahan sakit atau ubat merehatkan bagi merehatkan otot. Selain itu, rehat atau tidur di bilik yang senyap dan tidak terdedah dengan cahaya yang terang. Boleh juga mengambil suntikan botox yang akan menghilangkan sakit ini buat sementara waktu antara 6 hingga 12 bulan selain menjalani pembedahan kepala. Urutan, meditasi atau yoga juga boleh dilakukan bagi melancarkan perjalanan kitaran darah dalam badan serta kepala.

Antara tanda-tanda migraine adalah mengalami gangguan visual, Nampak tompok atau kilauan cahaya, sensitive kepada cahaya terang dan bunyi bising, mual-mual atau muntah, gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki serta tangan sakit macam tercucuk jarum dan akhir sekali berasa lemah atau kebas pada anggota badan.


Rasanya cukup sudah cik aifa cerita tentang penyakit migraine yang cik aifa sendiri pun hidapi.. haa, teman-teman pembaca blog cik aifa ada tak yang hidapi penyakit nie jugak? Serius memang banyak kebenaran terungkap setelah cik aifa selidik dan selidik dan akhirnya terjumpa pasal penyakit ini dan akhirnya cik aifa share kat pembaca-pembaca semua tentang sakit ini.
        Setelah cik aifa tengok dan tilik-tilik kat tanda-tanda sakit ni, hmmm… hampir semua tanda-tanda yang ada tue berlaku dan dialami oleh cik aifa.. mmg mase cik aifa migraine mmg terasa mual-mual tapi belum sampai tahap muntah, kaki cik aifa pun bila berjalan rasa macam kena cucuk dengan jarum tapi bila cik aifa bukak kasut ingatkan kot kot jarum menjahit cik aifa termasuk dalam kasut, xde la pulak. Aishh.. bahaya tol.. naseb baik xberdarah kaki ni taw.. cik aifa mmg sangat sensitive pada cahaya terang dan bunyi bising, walaupun cik aifa suka bercakap kan..huhu.. tapi sekarang nie cik aifa akan bising ikut tempat je.. nk wat camne dah mmg suara cik aifa kuat..huhu.. tapi cik aifa xleyh dok lame-lame mcm kat pasar atau dewan besar yang riuh rendah.. mesti cik aifa akan rasa dizzy, pastu letey dan nk tido.. sbb setiap kali cik aifa tido, berkuranglah sikit sakit nie..
        Bahagian yang cik aifa selalu sakit pulak selalunya bahagian sisi kiri atau kanan, kadang-kadang kat bahagian belakang kepala atas.. musykil sungguh.. adakaha itu termasuk ke dalam bahagian kepala atas..huhu.. memang sakit nie akan dating 5 hingga 6 hari atau seminggu dan lebih kemudian hilang dua tiga minggu kemudian datang balik.. dah lame sebenarnya cik aifa xsakit migraine nie, last skali cik aifa sakit nie mase cik aifa form 3.. dan ia kembali dating serang cik aifa setahun yang lepas mase cik aifa berumur 18 tahun nak masuk 19.. huhu.. tahun 2010 dalam bulan febuari gitue.. kemudian ia dating berlanjutan dan makin kerap pulak tahun nie.. adoiiii.. tambah-tambah time musim assignment.. nak kata tekanan, ada gak time die sakit tue cik aifa tengah hepi2.. pelik tol..huhu

No comments:

Search This Blog