Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Friday, December 10, 2010

thanks to dyaz hererra coz sudi share benda nieyh.. sgt berguna kan.. Subhanallah...Allah.. Besarnya ciptaan Allah...

Certain2 org pkir..inai just dipakai sje2 tuk kcantikan..bila sorang tuh nk kawin..bru pkai inai...actually..inai bnyk funtion..nk taw..?..bce lah!!

1. "JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM. BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN SATU DARJAT" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT ADALAH DENGAN INAI" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.

Inai telah lama digunakan di negara2 timur sebagai pewarna semulajadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan. Ciri2 perubatan inai: - boleh melarut - sejuk dan kering.

Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden.

Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk.

Kelebihannya: - Mengurangkan kesakitan - Mengurangkan kehilangan bendalir - Mengurangkan jangkitan/infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan.

Kelebihannya: - Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi - Mencantikkan kulit kaki - Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal2 dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap") dan biarkan selama 3 jam atau lebih.

Kelebihannya: - Menguatkan akar rambut - Memberi kilauan pada rambut - Menghilangkan kelemumur - Melembut dan memelihara rambut - Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung - Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari.

Kelebihannya: - Melindungi kulit dari cahaya matahari - Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2minggu) - Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu) - Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

2 comments:

mE iS aS said...

inai ape ni ? inai segera tu ke?

Dyaz Hererra said...

sama2 kasih..
as : inai serbuk boleh..inai ori pon boley..tp skunk kan susah nk dpat inai ori dah..

Search This Blog