Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Sunday, October 03, 2010

sunat dikejutkan apabila...

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut..

1. Seseorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis, Abu Bakrah RA berkata, "Aku keluar bersama Nabi SAW untuk menunaikan solat subuh. Baginda tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggerakkannya untuk solat dengan kakinya". (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Orang yang tidur berhadapan dengan orang yang solat kerana mengganggu orang yang solat.

3. Tidur di atas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah SAW bersabda, "sesiapa yang tidur di atas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan) sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak. Nabi SAW bersabda, "apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahri naik dan sebahagian tubuh kamu terkena pancaran matahari dan sebahagian yang lain tidak kena, hendaklah dia beredar". (hadis riwayat Abu Daud).

5. Tidur sebelum isyak kerana makruh tidur waktu itu. ini disebut dalam hadis yang panjang riwayat dari Abi Bakrah RA di mana berkata, "Baginda todak suka tidur sebelum isyak dan sembang-sembang selepasnya". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

6. Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda, "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai Allah dan RasulNya". (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

7. Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi SAW bersabda, "Alah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan dia akan merenjiskan air ke muka suaminya. (Hadis riwayat Abu Daud)

8. Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh". (hadis riwayat Muslim)

No comments:

Search This Blog