Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Saturday, October 23, 2010

sajak

aku minat bersajak..
aku juga meminati seni...
namun, aku masih disini..
menyulam impian bersama realiti yang bertentangan dengannya..

kenapa??
kerana haluan hidupku jauh dari kesenian yang aku suka...
kerana haluan hidupku kini bersama kesenian yang aku lemah padanya..
kerana haluan hidupku yang telah berubah walaupun ku menolaknya..
kerana haluan hidupku lain dari yang biasa..

lalu..
aku berlabuh di pelabuhan ini..
aku berlabuh seketika demi mengesat setitik peluh di dahi..
aku berlabuh seketika tuk menghirup udara di sini..
aku berlabuh seketika tuk merasai kehidupan di sini..
aku berlabuh skeetika dengan harapan ada harapan hidup untukku..
aku berlabuh seketika kerna aku percaya adanya ilmu..
aku berlabuh seketika kerna aku percaya adanya secalit rahsia untukku di sini..
aku berlabuh seketika untuk menyulam kenangan..
aku berlabuh seketika demi mencari sedikit kekuatan..

wahai teman.. atau taulan.. atau kasih..
berilah aku kemaafan..
berilah aku bantuan...
berilah aku jalan...
berilah aku cahaya..
berilah aku pedoman..

terbitkanlah secebis rasa dalam diriku..
untuk memahamimu..
untuk menyayangimu...
untuk menjaga hati kecilmu..
untuk menjaga semuanya...
kerna.. aku xkan mampu... andainya hanya aku di sini..
tergapai-gapai mencari penghujungnya...
tergapai-gapai mencari dimana seharusnya aku berada..
kerna aku mungkin gagal..
tanpa bantuanmu..

No comments:

Search This Blog