Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Sunday, August 08, 2010

KATA-KATA HIKMAH


aku suka kata-kata yang menarik untuk dibaca, dihayati, difahami maksudnya dan kadang kala xsemena-mena kata-kata tersebut dapat menyentuh hati kita..
dan aku sendiri suka mencipta kata-kataku sendiri.. mungkin ada yang xpercaya tp terserah..
kepercayaan itu subjektif.. jika kita mahu percaya, itu adalah kepercayaan kita..
jika kita xmahu percaya, itu juga adalah kepercayaan kita...

Ini antara kata-kata hikmah yang aku jumpa semasa surfing internet, dan kupetik sedikit untuk berkongsi di post ini..




"Bila kita ksorangan,bukan kita xbteman.... Bukan jua kita bsendirian..tApi akAL yg sjengkAL itu teman,iLmu ddada tu kawan.. Iman yg kukuh itula sahabAt.."

 

'Pengalaman lalu adalah guru yang paling JUJUR'

 

Belajarlah menerima apa adanya dan berfikirlah positif. Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas. Rumah mewah bagai istana, harta benda banyak tak terhitung, kedudukan dan jawatan yang luar biasa, namun.... ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak akan dibawa pergi, sehelai benang pun tak akan dimiliki

 

Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah...

 

"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu ke...rana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."

 

Orang yang tenang adalah orang yang bersedia
menghadapi perkara yang tidak disangkakan,
mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang.. 
 

(adakah aku dalam golongan orang seperti ini??)

 

Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu,
relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah
menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah,
ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi.


Dan kata-kata dariku sendiri :

malam yang gelap itu suram sekali, 
dari celah reranting pepohon yang rendang itu,
kelihatan senyuman dari sang bulan yang mengambang,
bersama-sama kerlipan indah sang bintang,
dihiasi dengan nyanyian lunak sang unggas,
ibarat dodoian seorang ibu terhadap sang anak di kala sepi,
perlahan menghilangkan redam sang hati yang sunyi dan kelam,
manakala ketenangan perlahan menggantikan kekusutan jiwa itu,
maka lahirlah perasaan yang harmoni serta penuh dengan bunga-bungaan kehidupan..
(ciptaan sendiri kayh, no ciplak2, my flow of mind..)

No comments:

Search This Blog