Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Monday, August 09, 2010

Bila..

Bila jari mula memetik nada,
bila kepala mula memerah akal fikiran,
bila mata mula memberi pandangan,
bila mulut meluahkan bicara,
bila lidah melontarkan kata-kata,
bila telinga mendengar desiran angin yang berlalu,
bila kegelapan menghilang bersama datangnya cahaya...

dan aku masih disini..
menunggu ketika masaku untuk pergi..
namun aku tahu..
masih jauhnya perjalanan yang aku harus harungi..
masih banyak rintangan yang harus aku lalui,
masih banyak yang perlu aku selongkari,
apa??
ERTI KEHIDUPAN..

jika hari ini aku begini..
apakah yang menjadikanku begini??
jika hari ini aku berceloteh..
apakah yang terlontar dan bermain di hati??
jika hari ini aku menghadapi satu penyesalan..
apakah yang telah aku lakukan??
jika hari ini penuh dengan kesyukuran..
apakah yang menjadi balasan??

bila hati mula tersentuh
dengan kesantunan dan kesenian yang ada padanya
bila hati mula berbicara
dengan janji2 yang tertabur bersama impian yang tersulam
bila hati mula berkata-kata
dengan jawapan penuh pertanyaan
bila hati mula menerima
dengan keadaan yang menenteramkan jiwa...

adakah ini kehidupanku??
adakah ini jalan hidupku??
adakah ini yang dipilihku??
adakah ini ketentuanku??

yang nyata, aku xboleh sekali-kali lari darinya..
kerna ini adalah aku..
aku bukan orang lain..
aku hidup kerna hidupku dan insan lain..
insan yang meletakkan seribu harapan di pundakku
insan yang mendidik aku menjadi kan aku sebegini..
insan yang membuat terjadinya aku di alam ini..
insan yang aku xkan kesampaian untuk mengecewakan..
dan insan yang memberiku semangat agar meneruskan perjuangan ini
insan yang mengenalkan aku dengan erti sayang dan pengorbanan..
insan yang menenangkan aku di kala aku keresahan..
insan yang memberiku rasa rindu..
insan yang mendidik aku agar mengerti erti penerimaan..
insan yang sudi mendengar semua pengkisahan dariku..

p/s :
sajak ini kucipta sendiri.. kata-kata hatiku.. kata-kata luahan hatiku.. apa yang etrsemat di hatiku.. apa yang selalu bermain difikiranku.. InsyaAllah, sekiranya ada perjanjian dibuatku, aku akan tunaikan.. sekiranya istilah 'lupa' itu tidak mengganggu pemikiranku.. 
sajak ini  khas kutujukan buat diriku sebagai renungan dan peringatan diri sendiri..
sajak ini khas kutujukan buat insan bernama ibu bapa dan keluargaku..
sajak ini khas kutujukan buat para insan yang mengenali diri ini agar kamu lebih mengenali dan betapa aku bertuah mengenali kamu-kamu
sajak ini khas kutujukan buat insan yang sudi menerima kelemahan diri ini.. dan membantuku ketika aku di jurang kesusahan..
TERIMA KASIH SEMUA..



No comments:

Search This Blog