Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Monday, July 12, 2010

PANGGILAN KEPADA MAYAT

Dalam suatu riwayat disebutkn, tatkala ruh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dar langit dengan 3 kali jeritan:

Wahai anak Adam,
-Apakah kamu meninggalkn dunia,ataukah dunia meninggalkn kamu?
-Apakah kamu mengumpulkn dunia ataukah duna mengumpulkn kamu?
-Apakah kamu mematikan dunia,ataukah dunia mematikan kamu?

Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan,maka ia dipanggil 3 kali jeritan:Wahai anak Adam:
-Di mana tubuhmu yang kuat,bukankah sekarang kamu menjadi lemah?
-Di mana mulutmu yang cakap,bukankah sekarang kamu menjadi diam?
-Dimanakah semua kekasihmu,bukankah mereka sekarang mengasingkan kamu?

Dikala mayat diletakkan di tempat kafan,ia dipanggil 3 kali jeritan: wahai anak Adam,
-Perglah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal !
-Keluarlah kamu dari rumahmu,dan tidak usahlah kembal !
-Naiklah kuda, dan kamu tidak akan naik seperti itu selamanya,kamu akan menjadi sesuatu di dalam rumah yang penuh kesedihan !

Sewaktu mayat itu dipikul di atas usungan, ia dipanggil 3 kali jeritan:Wahai anak Adam,
-Sangat berbahagialah kamu jika kamu di kalangan orang yang bertaubat
-Sangat berbahagialah kamu jika amalmu baik.
-Sangat berbahagialah kamu jika sahabat kamu dalam keredhaan Allah, dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah..

Sewaktu mayat diletakkan untuk disolati,maka ia dipanggil 3 kali teriakan:Wahai anak Adam !
-Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat !
-Jika amal perbuatanmu baik,maka kamu akan melihat baik !
-Jika amal perbuatanmu jelek,maka kamu akan melihat jelek !

Kemudian apabila mayat berada di tepi kubur,maka ia dipanggil lagi 3 kali teriakkan, Wahai anak Adam !
-Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?
-Bukankah kamu membawa keekayaan di tempat kefakiran ini?
-Bukankah kamu membawa cahaya yang terang di tempat yang gelap ini?

Dan apabila mayat diletakkan pada liang kubur,maka ia pun dipanggil dengan jeritan 3 kali lagi:
Wahai anak Adam !
-Kamu di atas punggungku bersenda gurau,tapi kamu dalam perutku menjadi nangis.
-Kamu di atas punggungku bergembira ria,tapi kamu di dalam perutku menjadi cemas & duka.
-Kamu di atas punggungku dapat berbicara,tapi kamu dalam perutku menjadi diam.

Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu, lalu Allah s.w.t berfirman: "Wahai hamba-Ku,kamu tetap terpencil &sendirian,para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur.Padahal kamu telah berbuat maksiat kepada-Ku kerana para manusia,kerana isteri &kerana anak. Namun Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan lmpahan Rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum.Dan Aku lebuh kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya.
Demikanlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan & jeritan serta teriakan2 yang di tujukan kepada mayat,sejak rohnya lepas dari tubuhnya hngga mayat tu dikurung didalam tanah kuburan...

No comments:

Search This Blog