Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Tuesday, January 26, 2010

Nipah

Periuk Kera






















Pokok Nipah Nipah adalah sejenis pokok yang digolongkan dalam keluarga palma yang tumbuh dalam lingkungan Zon Hutan Bakau atau Zon pasang surut berhampiran tepi laut.

Taburan hutan nipah di Negeri pulau Pinang
Taburan pokok Nipah di Pulau Pinang adalah seluar 64.43 hektar dan didapati dikawasan Sg Pulau Betong,Kg Sama Gagah,kg Terus Air Hitam Dalam,Bagan Nyior,Bukit Tambun Tanjung Ketupat Simpang Empat,Permatang Bendahari,Kg Pulau Mertajam,Hutan Simpam Byram,Sungai Kerian Ampang Jajar,Sungai Burung,Sungai Kongsi , Bagan Air Hitam dan Sungai Rambai.

 Pelbagai kegunaan dari Hutan Nipah
Pokok Nipah yang berumur 5 tahun ke atas sahaja yang sesuai disadat (tapped) untuk menghasilkan nira nipah.Kadar pengeluaran nira adalah bergantong kepada persiapan awal sebelum hirisan dibuat seperti “ kaedah urutan tangkai bunga” yang dibuat, sekiranya tidak dibuat dengan sempurna pengeluaran nira agak berkurangan.Nira nipah mempunyai khasiat dimana dipercayai jika diamalkan boleh menyembuhkan pengidap penyakit kencing manis darah tinggi serta menyejukan tubuh badan.. Selain daripada penghasilan nira nipah , daun nipah boleh dianyam untuk dijadikan atap dan  juga dijadikan sebagai pembalut kuih tradisional (Gedong Chak), dibahagian tengah daun nipah bila diraut boleh dijadikan penyapu lidi. Dibahagian pucuk daun Nipah pula boleh dijadikan rokok (rokok daun nipah).Bunga nipah boleh dimakan  begitu sahaja sebagai ulam atau dijadikan kerabu.Kelopak bunga  menghasilkan aroma yang wangi bila dicampur kedalam teh.Buah nipah yang muda dapat dimakan yang dinamakan attap chee dan boleh dimakan bersama  ais kacang ,laincikang dan sebagainya

Sumber ekonomi
Hutan Nipah  dapat menyumbang  pendapatan tambahan  kepada orang kampong  dan harga pasaran hasil dari hutan ini adalah seperti berikut:-

a) NIRA SEGAR   500ML  RM 2.50 HINGGA RM 3.00

b) CUKA NIPAH    500ML RM 3.00 HINGGA RM 4.00

c) MANISAN         50ML    RM 5.00 HINGGA RM 6.00

D) GULA KABONG     RM 1.00 HINGGA RM 2.00

E) ISI NIPAH(ATTAP CHEE)  RM 5.00 HINGGA RM 8.00 1 KG

F) ATAP NIPAH  RM 1.50 HINNGA RM 2.00 SEKEPING

G) PENYAPU LIDI  RM 1.00 SEBERKAS.

H) DAUN ROKOK NIPAH RM 0.50 SEBERKAS.


Alkisah aku cerita kat atas tue pasal  buah nipah adalah kerana minggu lepas aku p cari lokan..
mase rehat tuh, leas makan,
penatla kan mencari..
so, ayah aku ternampak buah nipah....
kitorang tanyala...
"sedap ke???"
ayah aku jawab "sedap"
so, amikla makan..
buahnya rasa cam buah kelapa..
xmanis sangat...
wana putih macam isi kelapa gitue...

Berikut adalah gambar2 yang tlah ku ambil mase ari tue:



 

No comments:

Search This Blog