Followers

LaLaLa GrEEtiNG..

Wednesday, August 26, 2009

oh ketua pengawas....

"Ina ko tugas mane minggu ni?" tanya Alia.Mereka berdua merupakan pengawas tingkatan 4 di salah sebuah sekolah di Slim River,Perak.
"Hmm..tah la.Rasanya jaga belakang blok.Aku tak tengok lagi jadual.Ko da tengok ke?"tanya Ina kembali.
"Aku baru je tengok tadi.Aku kena jaga kantin la.Gila tak best tol.Da la situ budak-budak perangai cam kambing suka lepak.Memang kambing tol.Da habis rehat susah tol nak blah masuk kelas walaupun da kena halau"rungut Alia.

"Ha ha ha.Diorang kan kambing.mana nak faham.Eh2 suka hati je kita ni mengutuk orang kan.haish2"kata Ina sambil menepuk-nepuk mulutnya.Kambing yang dimaksudkan mereka adalah pelajar-pelajar yang susah hendak mendengar kata walaupun sudah berulang kali ditegur.

"Sekali sekala takpe kannn.Eh2 tu ketua pengawas kesayangan ko kan?fuyoo hensemnya.tergoda I.Ko minat dia kan Ina? Takpe-takpe aku takkan rampasnya.Aku suke tengok muka dier.Cam chinese skit-skit.Mata dier sepet and ade lesung pipit bile senyum.Comelnya.Ehem2 Ina.hahah"usik Alia.Ina sudah kemerah-merahan mukanya.Memang sejak tingkatan 1 lagi Ina sudah meminati ketua pengawasnya itu.

"Wei da-da la 2.Tengok tu.Blue hippo datang.Kang tak pasal-pasal kena marah.Ko la ni ajak aku sembang lagi.Tengok da kul 7.25.Eh2 sebelum tu teman aku tengok jadual tugas dulu"kata Ina sambil menarik tangan kawan baiknya,Alia.

****************************

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa.Seperti dijangka Ina bertugas di belakang blok D bersama-sama dengan seorang pengawas f5.Kadang kala apabila ketua pengawas meronda kawasan itu jantung Ina pastu berdegup kencang.Alia pula tidak habis-habis memerlinya.Pada suatu hari ketika berada di dalam kelas Ina dikejutkan dengan kehadiran sepucuk surat di celah buku Matematik Tambahannya.Dia memandang sekeling dan kembali menatap suratnya itu.Selesai membacanya dia melipat surat itu dan menyimpannya di dalam beg sekolahnya.Sungguh nak muntah membacanya.Uwekk!.Ayat jiwang karat seh!.Entah siapa la yang memberinya surat itu.Ayat cam hampeh je.Jiwang betul.Ina memandang Alia disebelahnya yang sedang tidur nyenyak.

'Ewah! sedapnya ko tidur.Mentang-mentang takde cikgu.Nanti ko!'hati Ina berbisik nakal.Perlahan-lahan Ina menepuk bahu Alia dan berbisik

"Oii cikgu masuk la.Selamat pagi cikgu" Alia yang terkejut terus bangun dan menjerit dengan kuatnya "Selamat Pagi Cikgu".Kelas yang hingar-bingar itu terus terdiam.Kalau ada orang kentut pun pasti semua akan mati di situ juga.Semuanya memandang ke arah Alia.Alia memandang sekeliling dan tersengih-sengih.Dia duduk kembali di tempatnya.Mata Alia tajam memandang ke arah Ina yang tergelak-gelak tak hengat dunia."Amboii anak dara.Nak gelak tu tak yah la over sangat.Tu ketua pengawas ko depan pintu.abis la dier tengok ko gelak.jatuh saham."terus terdiam Ina mendengar ayat Alia itu.Matanya terus memandang ke pintu dan mencari-cari ketua pengawasnya itu.Dia memandang semula ke arah Alia yang sudah tergelak.Cis! 1-1.

****************************

Peperiksaan pertengahan tahun sudah sebulan berlalu.Result yang diterima juga amatlah membanggakan.Kini pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 sudah mula sibuk untuk pergi 'berperang' dengan En PMR dan En SPM.Pelbagai strategi mula dirancang oleh mereka.Namun bagi Ina dia sudah berjaya mengalahkan En PMR tahun lepas dan hanya menunggu untuk berlawan dengan En SPM pada tahun hadapan.Sedang Ina sibuk mengulangkaji pelajaran di belakang blok D ketika sedang bertugas,ketua pengawas sekola mereka lalu.Ketika itu hanya Ina sahaja di belakang blok itu.Blok D tidaklah tersorak.Blok itu terletak berdekatan dengan kantin dan dewan jadi tidaklah Ina terlalu takut menjaga di kawasan itu kerana jika terjadi apa-apa sudah tentu ramai yang melihat.Eh apa merepek tiba-tiba ni? masuk balik cite tadi.Ketua pengawas itu mengatur langkah ke arah Ina dan terus dengan selamba beruknya duduk di sebelah Ina.Ina yang perasa ada orang duduk di sebelahnya hanya membuat muka selamba beruk sahaja.Ah! buat pe sibuk nak tengok.tempat awam.sape-sape pun dipersilakan duduk.

Tiba-tiba pembacaan Ina terganggu apabila orang disebelahnya berdehem.'Aphal lak ni?Sakit tekak ke ape? Jangan la H1N1.kang jangkit kat aku lak.habis la.Oii! kalo sakit tekak pegi la makan strepsils jangan la kaco aku study ni'hati Ina merungut.

"Nur Qistina Alesya?"aik? cam kenal je name tu.eh bukan name aku ke tu?jap2 tengok IC jap.Ina mengeluarkan ICnya dan melihat namanya di IC itu.Nur Qistina Alesya binti Azam Luqman.Eh betul la tu nama aku.Ina menyimpan kembali ICnya dan memandang ke sebelah kanannya.What the..? Ketua Pengawas? Muhammad Zakri Fikri? Oh la la.Dan Ina tiba-tiba melihat semuanya gelap dan dia sudah tidak ingat apa-apa.

Ina perlahan-lahan membuka matanya.Dia memandang ke sekeliling.Mana aku ni? Kat syurga da ke? Alhamdulillah.Eh sape kat sebelah aku ni? cam kenal je.Ina membesarkan lagi matanya.Dia memfokuskan ke arah lelaki yang berada disebelahnya itu.Oh la la.Zakri la.Ape dier buat kat sini? Dia pun masuk syurga gak ke?Ina berdehem perlahan-lahan.Zakri mengangkat muka dan memandang ke arah Ina.Dia tersenyum

"Awak da sedar?Syukur la.Risau saya awak tiba-tiba pengsan kat sekolah tadi.Kelam kabut gak saya panggil cikgu and bawak awak kat hospital ni.Doktor cakap awak ok cuma tekanan darah awak je rendah.Tu la lain kali jaga kesihatan.Study2 juga tapi kesihatan tu penting."bebel Zakri.Haish mamat ni..tau la anak doktor tak yah la nak membebel-bebel mengalahkan mak cik tiri sebelah rumah arwah atuk aku je.

"Hospital?Bukan saya kat syurga ke sekarang?"tanya Ina spontan.Zakri mengerutkan dahinya.Syurga? minah ni betul ke tak?

"Apssal tiba-tiba syurga lak ni.Awak kat hospital la"kata Zakri

"Ouh yeke?hmm..family saya mane? Alia?"tanya Ina.Haish musykil aku.Aphal mamat ni je ade kat sini.Papa ngan Mama pegi mana lak? Abang long.Angah semua mana?

"Diorang otw.Saya baru je call.Tadi tak sempat call"

"Ouh.hmm"

"Awak..saya sebenarnya ade mende nak cakap dengan awak ni"kata Zakri teragak-agak.Aphal la mamat ni? nak cakap pun teragak-agak ke?

"Hmm..ape dia? cakap je la"

"Err2...suki desu" uitt..pehal bahasa jepun la mamat ni merepek? da la aq ni failed bahasa jepun.setakat tau artis dier je la.

"Pardon?"

"I like and love you" ulang Zakri dengan muka yang kemerah-merahan.Ceh! straight forwardnya mamat ni.Takde kias-kiasan lagi da.nak je aku balas.I like and love u too.ha ha ha

"Zakri,I'm sorry.Kita masih muda.Mungkin perasaan awak tu hanya cinta monyet semata-mata.Kalau awak betul-betul cintakan saya,awak hantar la rombongan meminang 10 tahun akan datang"muka Zakri kelihatan hampa tetapi dia masih tersenyum.Tidak lama kemudian dia meminta diri setelah family terchentaku datang.'Oh mama..saya mau kawin..kawin dengan siapa...dengan muhammad zakri fikri'.gatai!

***********************

Sudah 10 tahun berlalu.Kini aku telah menjawat jawatan sebagai setiausaha di salah sebuah syarikat swasta.Pada suatu hari,aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada..? Boyfriend? Tunang ? Suami ? Ex-boyfriend ? semuanya bukan.Sudah tentulah daripada mama terchentaku.Mesti dia rindu akan anaknya yang comel lote ni.opss terlebih sudaa..eh2 bukan tengah cakap telefon dengan mama ke? sebentar ya.

"Assalamualaikum.mama ke ni? ada apa call? hah shh2..Qis tau..mama rindukan Qis kan? ye la hujung minggu ni Qis balik jangan risau ye mama." sebelum mama sempat berkata apa-apa aku sudah melancarkan peluru mulutku ini.suka hati je.

"Waalaikumussalam.mama la ni.saje call.tak rindu pun.sapa nak rindu kat budak tak comel tu" usik mama

"Waa!! mama tak rindu kat Qis la..huhu sedihnya.tak mo kawan.Qis nak mengadu kat Papa la camni"

"Mengadu la mama tak kesah pun"ciss! mama sudah semakin kejam.

"Ni hah mama call ni nak bagitau.Aritu kawan papa kamu datang meminang untuk anaknya name Ari.Handsome budaknya.Nasib baik la mama ni ade papa kamu kalo tak memang mama amik la budak 2.Da la hensem.pandai lak 2.doktor katanya.Budi bahasanya,pandai tol menghormati orang tua.Kalo berborak dengan dia memang tak kering gusi la.Agama pun ok.Kira semuanya menepati citarasa la.and FYI mama ngan papa da terima pinangan mereka tu.hehe.jangan marahh sayang.bye.assalamualaikum."kata mama cepat-cepat mematikan talian sebelum jeritan anaknya memecahkan gegendang telingaya.Seperti yang dijangka.."MAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" bergema satu pejabat sehingga kertas-kertas di atas meja pun berterbangan jatuh.Seisi pejabat memandang ke arah Ina.Ina hanya mampu tersengih dan mengangkat dua jarinya tanda 'Peace'.

**************************

Akad nikah dijalankan seperti yang dirancang iaitu pada tarikh 17.7.2017.Tarikh kawin pula pada 22.7.2017.Sememangnya 7 merupakan nombor faveret Ina.Tah la.Tiba-tiba je suka.tak tau napa.Ina tidak dapat membantah perkahwinan tersebut kerana awal-awal lagi papa dan mamanya buat tidak tahu apabila dia membantah.Di rumahnya juga,apabila dia sampai di muka pintu untuk membantah sudah tertera sebesar-besar gajah papan tanda berbunyi 'Sebarang bantahan tidak akan dilayan'.Uwaa!! sedihnya.Abang long ngan Angah juga buat tidak tahu sahaja.Alia juga seperti turut berkomplot.Terpaksa la Ina mengikut.Segala jenis mogok yang dilakukannya tidak dilayan oleh ahli keluarganya.

"Qis dok elok-elok.Suami kamu nak masuk kejap lagi tu"mama menegur.Aku sudah selamat menjadi isteri kepada lelaki yang tidak ku kenali.Yang ku tahu namanya ialah Ari.Itu saja.Seorang lelaki masuk ke bilikku dan duduk di hadapan ku.Dia menyarungkan cincin di jariku dan aku menyalaminya.Apabila dia hendak mencium dahiku,aku memusingkan muka dan dia hanya dapat mencium pipiku sahaja.Kamera cepat saja menangkap adegan itu.Aku memandang ke arah mama dan membuat tanda 'peace' dalam diam.Selepas acara membatalkan air sembahyang,aku memandang ke arah suamiku itu.Yela tadi tak pandang lagi coz malu.

Dan pabila aku mengangkat muka memandang wajah suamiku..aku terus pengsan.sebab? Suami ku alien? Suami ku tak hensem? suami ku gemuk? suami ku muka macam kambing belakang rumah opah aku? Tidak! Tidak ! Tidak! Semua salah.Sebab...

************************

Aku memandang ke arah anakku yang mengayuh basikal beroda tiganya itu.Sungguh comel sekali anakku itu.Ehem! tengok la sape mak dia kan? opss terlebih sudaa.Anakku yang berusia 4 tahun itu sungguh nakal dan lincah sekali bermain.Penat betul melayan kerenahnya.Macam manalah agaknya kalau adik dia ni lahir ek?.Aku mengusap perlahan perutku yang semakin memboyot ini.Bukan buncit sebab makan banyak tetapi sebab aku akan melahirkan cahaya mata lagi 4 bulan.Tiba-tiba seseorang mencium pipiku.Aku mendongak dan tersenyum.

"Hai sayang.Baby sihat?"tanya suamiku a.k.a Muhammad Zakri Fikri.Diulangi MUHAMMAD ZAKRI FIKRI.Ulang lagi? cukup la tu.kang glamer la dier.

"Hai dear.Baby sihat la kot.dari tadi menendang-nendang je."

"Aktifnya anak papa.Qairi Fitri meh kat papa.Da maghrib ni jom masuk."kata suamiku mengarahkan anakku masuk.Aku bangun perlahan-lahan apabila azan maghrib berkumandang.Suamiku memimpin anakku masuk ke dalam rumah.Sampai dimuka pintu,aku berbisik ke telinga suamiku..

"I love u dear.Thanks sebab sudi tunggu sampai 10 tahun.I love u so much" Sejak berkahwin aku sudah semakin jiwang.

"I love u too sayang.1000 tahun pun I sanggup tunggu.You know why? Because you are my princess and I love you so much since we in high school dear." ucap suamiku.Aku tersenyum dan terharu lalu mengucup pipi suamiku itu.Suamiku hanya tersenyum dan kami saling berpandangan.

"Mama!! Papa!! Tak elok la berasmarada depan pintu tu.Kan da maghrib ni" kata anakku nakal.Walaupun baru berusia 4 tahun,dia sudah pandai berkata-kata tanpa ada pelat langusung.Aku tak sangka..akhirnya dapat aku dan dia bersama.Oh ya lupa..Alia juga sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya.Mereka bahagia bersama 3 orang anak.Happy ending.

No comments:

Search This Blog